kawan kawan Kak Zu

Saturday, March 23, 2013

sedikit perkongsian...

 Semalam kak zu ada baca entry terbaru Anim yang bertajuk kebetulankah.SINI.dan kak zu ada meninggalkan komen.kak zu bukanlah pandai sangat pun dalam bab agama ini.ilmu masih cetek dan perlu banyak belajar lagi dan kena menghadirkan diri dalam majlis majlis ilmu lebih kerap lagi.

Hari ni kak zu tengok Anim dah tukar tajuk entry dia kepada ketentuannya. Kak zu rasa macam tak sedap hati jer sampai anim kena tukar tajuk pulak.

Jadi hari ini kak zu panjangkan lagi perkara tersebut dalam blog kak zu pulak,supaya kita semua mendapat lebih manfaat.kak zu pun kadang kadang alpa dan tak berhati hati dalam pertuturan,walaupun sebenarnya tahu benda tersebut patut dielakan.

Dalam ceramah sempena sambutan maulidur rasul yang lalu,penceramah iatu Ustaz Tengku Raja Muda Wali ada mengingatkan bahawasanya orang islam yang beriman tidak digalakan menggunakan perkataan "kebetulan",kerana sesuatu yang terjadi semuanya telah ditakdirkan dan di tentukan oleh Allah SWT.perkataan kebetulan tidak berdosa kalau disebut.jangan salah faham nyer kawan kawan.

sebagai contoh..

kita selalu kata begini "kebetulan saya dah jumpa awak disini jadi saya teruslah bagi kad jemputan kawen ni pada awak.."

ustaz menyuruh kita tukar ayat tersebut kepada begini.."Allah dah takdirkan kita berjumpa disini jadi saya teruslah bagi kad jemputan kawen ni pada awak"

semoga kita semua mendapat hidayah dan minta Allah mengampunkan dosa dosa kita semua.Yang baik dari Allah yang buruk dari kak zu..

Wallahualam.


12 comments:

  1. janganlah susah hati zu. saya yang patut berterimakasih pada zu. benda salah yang saya sebarkan nanti, lagilah mengumpul dosa buat yg membacanya. bukankan kita dituntut menyampaikan ilmu yang kita perolehi?tak wajar kita simpan sendiri. janganlah serik tegur menegur. insya-Allah, moga kita semua mendapat kebaikan dari semua ini.

    ReplyDelete
  2. erm! begitu ye Kak Zu.. lepas bi kena praktik ckp mcm tu..lagi ilmu yg sy dapat dr blog Kak Zu.. betul kata anim..klu ada salah tu jgn segan nak tegur..sy lagi suka or betul kan...kekadang kita ni alpa..:(

    ReplyDelete
  3. Thanks kak zu.. See..lisa dah dapat ilmu dari sni..

    pstt.. Maybe kak zu x perasan kot tertulis SAW dan bukan SWT ..ke di bolehkan?sori lisa xtau ni... Confuse ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lisa..terima kasih atas ingatan dik..kak zu akui tersilap

      Delete
  4. Samalh kta...ilmu dlm dada ni msh terlalu cetek...

    ReplyDelete
  5. Tegur menegur dgn berhemah, saling menyokong dan membetulkan kekhilafan... suatu perkongsian yang indah sebenarnya.

    Terimakasih berkongsi kisah, dan saya pun belajar darinya...

    ReplyDelete
  6. itulah ilmu yang bermanfaat.....yang salah di betulkan......tq kak zu...

    ReplyDelete
  7. Memang dah jadi biasa kan cakap macam tu.. inyaAllah cuba berubah..

    Walaupun tak pernah jumpa tapi selalu sembang diblog rasa rapat jugak..makchaq rasa kalau untuk kebaikan elok jugak tolong betuikan kalau tersilap.. insyaAllah untuk kebaikan kita jugak..

    ReplyDelete
  8. Thanks utk perkongsian, saya akan cuba berubah dan sebarkan kepada teman2 lain.

    ReplyDelete
  9. Salam Kak Zu.
    perkongsian yang menarik.
    Nisah sendiri selalu gunakan perkataan "kebetulan"
    walhal itu adalah takdir. SubhanaAllah. terima kasih Kak Zu, perkongsian bermakna ini (^_~)

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum

    sgt setuju..kelemahan manusia,

    nasib baik juga selalu di gunakan org..bkn nak kata alhamdulillah.

    contoh "nasib baik tak teruk kemalangan tadi..bukan nak kata alhamdulillah tak teruk kemalangan tadi.

    ReplyDelete
  11. oh ye ke... tak pe mana yg baik kita panjang2 kan...mungkin kita tak tahu...insyaallah sesiapa pun dapat menerimanya...

    ReplyDelete