kawan kawan Kak Zu

Wednesday, June 26, 2013


WW

menunggu hari nak beranak.tak lama lagi kak zu dapat cucu..hehe

Friday, June 21, 2013

Nasi Arab di Ipoh

Assalamualaikum

Al kisahnya beberapa bulan yang lalu kak zu baru perasan yang buku ac Amanah Saham Bumiputra kak zu tak der dalam simpanan.Dah geledah semua tempat namun tak ketemu juga.Setelah di tanya pada kerani di pejabat pos barulah kak zu tahu yang tempat untuk mebuat buku baru ialah di PNB Ipoh atau pun seberang prai yang paling dekat..

Allah mentakdirkan yang abang Megat juga kena buat ujian telinga dekat Pakar Perubatan Ipoh atau KPJ Ipoh. Ujian telinga sangat penting bagi orang yang bekerja di pelantar minyak.Jadi hari ni kami suami isteri pun pergilah ke Ipoh untuk menyelesaikan urusan masing masing.temujanji abang megat dengan KPJ Ipoh ialah pada pukul 2 petang.Jadi lebih kurang pukul 1030 pagi kami pun bertolaklah dari rumah menuju ke destinasi..

Urusan kak zu di PNB tidaklah lama cuma yang lamanya ialah berpusing pusing mencari parking.3 kali pusing kawasan yang sama baru ada rezki.Kak zu kena bayar RM20 untuk buat buku baru.Duit simpanan tak banyak mana pun tapi bila buku ASB tu hilang kak zu jadi runsing sebab tak boleh  masuk kan duit utk menambahkan simpanan.sikit sikit lama lama jadi bukit tau..

Dah selesai urusan di PNB kak zu dan abang megat pun mencarilah tempat untuk lunch.Kak zu dah terbayang nak makan nasi arab.Setelah bertanya kepada seorang kawan yang bekerja di kawasan Ipoh maka kak zu dan abang megat pun terus ke lokasi yang diberitahu.Alhamdulillah senang saja mencari kawasan tu..Nama restoren tu ialah MALIKA SABA yang terletak di belakang bangunan MBI (Majlis Bandaraya Ipoh)



chicken mandy utk abang megat dan lamb mandy untuk kak zu.Abang Megat baru balik ke rumah hari selasa hari tu.Muka penat belum habis lagi...hehe


gaya harus ada.poyo jer kan kak zu ni.Nasi dia sangat banyak.kak zu dan abang megat makan tak habis.belum sampai hidangan sampingan yang lain kak zu dah bedal dulu nasi tu.dah pukul 130 ptg kelaparan mmg tak leh ditahan tahan lagi.Nasi dia mmg sangat sedap..


Kak zu pernah makan nasi arab kat Cyberjaya tahun lepas iaitu di Restoren Saba.Rasa lebih kurang sama jer.kat Taiping belum ada lagi restoren makanan arab ni.bila nak ada wallahualam taktau..disebabkan makan dengan banyak nya disiang hari maka kak zu kenyang sampai ke malam..dasat sungguh penangan nasi arab ni..

kak zu dan abang megat makan

-sepinggan chicken mandy
-sepinggan lamb mandy
-semangkuk mushroom soup
-teh o ais limau dan segelas fresh orange

semuanya RM50

dah selesai makan terus ke KPJ.semuanya ok dengan telinga abang megat.masih boleh mendengar kata hehe..kiranya tahap bebelan kak zu tak berapa teruk lah..kalau bebelan kak zu teruk sangat mesti doktor bagitau ada kesan nanah atau gegendang telinga pecah..kak zu boleh teruskan aktiviti bebelan seperti biasa...hahaha..(terpulang kalau ada sesiapa nak percaya.)

kami bertolak balik ke taiping pukul 5 ptg setelah berpusing pusing dalam Green Town Mall tanpa membeli apa apa kerana gaji belum terima lagi..Rasa nya kalau hari gaji mau lepas maqrib baru bertolak balik ke Taiping...

itu sajalah cerita hari khamis kak zu...

Tuesday, June 18, 2013

mak dah selamat operate mata

Assalamualaikum...

Hari Khamis yang lepas 13hb kak zu balik kampung ambik mak,sebab mak kak zu nak kena masuk wad hospital Taiping 14hb tu utk operate mata nak pasang kanta..Alhamdulillah setelah berulang alik lebih kurang 7 bulan ke klinik mata dapatlah mak kak zu pasang kanta kat mata kirinya yang dah rosak teruk di sebabkan oleh penyakit kencing manis..

Pagi Jumaat tu kak zu pun bawaklah mak ke hospital..abang kak zu yang tinggal kat KL pun ada balik jgk sekeluarga..mak ngah kak zu pun ada datang bermalam kat rumah kak zu juga..suasana rumah memang meriah dengan galagat anak anak sedara kak zu..

Lama jugak kat klinik mata tu sebelum dpat masuk wad.Yang membimbangkan kak zu tekanan darah dah bacaan gula dlam darah mak kak zu adalah tinggi.kak zu risau takut tak boleh dioperate mata mak kak zu tu.dah lah susah nak dapatkan tarikh tamu janji.klu tak boleh buat kena tunggu lagi temujanji baru,mungkin  3 ke 4 bulan lagi selepas ni..

pukul 11 pagi dah settle hantar mak masuk wad kak zu pun balik ke rumah..malam nanti kak zu akan bermalam kat hospital untuk teman mak kak zu..anak anak kak zu kat rumah tinggal dgn abang dan kakak ipar..balik dari hospital kak zu terus ke farmasi untuk membeli minuman kesihatan untuk pesakit kencing manis.


 gambar google.

Inilah minuman kesihatan keluaran Fadhilat Herb.selepas diminum berkali kali air ni bacaan gula dalam darah emak kak zu pun turunlah ke tahap 6..sebelum minum air ni bacaan gula adalah 'tinggi sampai takleh baca 'kata nurse yang bertugas tu..Alhamdulillah ..makna  nya pembedahan memasang kanta boleh di teruskan..amin laju laju..

Kak zu temankan emak kat hospital malam tu..keesokan harinya pagi sabtu tu emak kak zu pun di bawak ke bilik pembedahan mata.selepas sejam semuanya dah selesai..petang hari yang sama dah boleh keluar hospital..

Bila kat rumah kak zu kena jadi nurse sekejap.setiap 2 jam kena titik ubat ke dalam mata emak kak zu...masa muda dulu apply nak jadi nurse tak berjaya,skrg dah jadi nurse tak bertauliah pulak..hehe

Bila dah ramai ramai kat rumah memanglah tak sempat nak jenguk blog..Abang kak zu balik ke KL pada hari Ahad..sekarang rumah dah sunyi sepi tinggal kak zu dan mak sahaja kat rumah.Mak kak zu sekarang ni siang malam berkata mata hitam jer...hehehe silau beb!

terima kasihlah pada Atie Yusuf yang asyiklah dok ketuk ketuk pintu rumah kak zu ni..ingat jgk atie kat kak zu yer..sayang atie ketat ketat...













Wednesday, June 12, 2013

lima hari punya cerita..

Assalamualaikum...

Dah lima hari rupernya kak zu tak update blog..banyak urusan yang nak kena selesaikan..kenapa yer sejak akhir akhir ni seperti tak cukup masa 24 jam yang Allah berikan..Semuanya seperti terkejar kejar nak buatkan itu ini..Kak zu memang tabiklah pada kawan kawan blogger yang dapat up entri baru setiap hari..

okey..di bawah ni kak zu nak senaraikan apa yang disebukkan sangat dalam lima hari tu sampai biarkan blog ni bersawangan disana sini..last entri kak zu ialah pada hari Jumaat lepas..

HARI SABTU

kak zu ada kelas belajar buat maruku..mula pukul 930 pagi..awal awal pagi kak zu dah masak untuk anak anak .menu simple saja.nasi lemak,sambal bilis dan ayam goreng..makanlah wahai anak anak sementara nak tunggu ibu habis kelas kul 12 tghari nnti..


gambar kat kelas buat maruku..3 jenis bayar RM200..mahai tak???..bagi kak zu mahai..tapi takper banyak ilmu dan tips yang diperolehi untuk menghasilkan maruku yang sedap..

kelas maruku habis pukul 12 tghari.berdesup balik..rehat sekejap..pastu kak zu memenuhi jemputan kenduri tahlil rumah jiran merangkap kawan sekolah dulu..duduk tak lama pun..

Lepas solat zohor kak zu gunting kain putih untuk buat baju sekolah kakak...baju yang buat masa awal tahun dulu terbakar kena seterika panas..biasalah bila duduk hostel ni..kalau tak hilang..rosak..lepas gunting hantar jahit tepi..

lepas solat asar berdesup kedai cermin mata kat Tesco..anak anak pompuan kak zu semuanya dah rabun macam kak zu juga..terbang melayang berapa ratus buat cermin mata untuk dekna dan kakak.Anis dah lama pakai cermin mata....

Malam lepas makan malam pulun jahit baju sekolah kakak.lepas dah siap jahit..siapkan baju sekolah si Angah pulak sebab esoknya dah nak hnatar balik ke hostel..kak zu tido pukul 1 pagi..penatkan jadi ibu ni...

HARI AHAD

Awal awal pagi dah masak untuk Angah yang nak balik hostel di Balik Pulau..Dah siap masak ,hidangkan dan siapkan diri kak zu pulak untuk menghantar angah..Abang megat dah naik kerja jadi urusan menghantar anak anak semuanya terletak di pundak ku..hehe

Dah siap semua tiba tiba angah suruh potong kaki seluar dia pulak sebab labuh..merempit lagi mesin jahit kak zu..nasib sehelai saja..

Keluar rumah pukul 12 setengah..singgah beli barang angah dan isi minyak kereta..dengan lafaz bismilah dan doa naik kenderaan kak zu membelah lebuh raya utara selatan menuju ke balik pulau..Penang..sepanjang jalan hujan..kena berhati hati dan tak boleh mengantuk. tiba tiba perut terasa lapar,baru tersedar kak zu belum makan dari pagi..sibuk sgt siapkan anak diri sendiri yg terabai..singgah makan KFC kat balik pulau..lepas solat jamak qasar zohor dan asar kat surau MRSM kak zu terus balik..misi seterusnya untuk hntar kakak ke asrama pulak..

Sampai rumah pukul 5 ptg terus hantar kakak dan sebelum pukul 7 malam kak zu dah ada dirumah..bagi anis dan dekna makan ,solat magrib..ajar ngaji dan mula mengiron baju sekolah utk budak berdua tu..kaki kak zu dah mula terasa sakit ,mungkin sebab asyik main minyak dan brek masa memandu..dah siap iron baju ,buat itu buat ini terus tak sedar masa berjalan dengan pantasnya..kak zu tido pukul 1230 mlm..letak kepala ,belum habis baca doa tido kak zu tak tertido dulu...hehe

HARI ISNIN

Misi nak mengambil hadiah anniversary pukul 11 pagi..selepas anak anak dah pergi sekolah,kak zu pun macam lipas kudung kemas rumah yang macam tongkang pecah dikerjakan oleh anak anak sepanjang 2 minggu sekolah bercuti..kemas dapur..kemas ruang tamu..kemas keempat empat bilik.. bilik yang anak anak dah balik ke asrama kak zu salin semua cadar dan selimut..tiba tiba dpat mesej kata hadiah takleh ambik pukul 11..kena amik petang...dan dan slow buat kerja kemas mengemas ni..penat tau buat kerja laju laju bila dah berumur 40 tahun ni tau..

Petang selepas hantar anak2 ke kelas KAFA,kak zu dan ditemani dua orang kawan baik pun bertolaklah ke tempat yang nak ambik hadiah anniversary tu...

Inilah dia hadiah anniversary kak zu dah abang megat yang ke 17 tahun.sebuah kereta toyota innova.nak pakai estima tak mampu..hehe..no plate tu sempena tarikh perkahwinan kak zu dan abang megat..7/6/1996..Alhamdulillah rezki dari Allah..lepas ni selesalah sikit anak anak kak zu kalau kitaorang nak berjalan jauh..anak anak dah besar memang tak sesuai guna kereta sedan lagi..lepas ni boleh angkut mak bapak sekali dalam satu kereta...insyaAllah...kereta lama bolehlah abang megat gunakan buat berulang ke Trangganu..

HARI SELASA

kak zu ingat nak menjual maruku.bila dah bayar mahai mahai waktu belajar haruslah kena manfaatkan apa yang telah kita pelajari tu kan..kak zu dah tanya tauker kedai runcit untuk letak maruku kak zu tu.tokey kedai tu kata 'no problem'..

so..misi mencari barang barang utk buat maruku diteruskan...kawan kawan cikgu sekolah pun ada yang nak bawak maruku kak zu tu ke sekolah..alhamdulillah..dapatlah kak zu cari duit poket sendiri..

Sebelah petangnya ,kak zu pun bermarukulah dari pukul 4 sampai pukul 6 ptg..penat jugak rupernya yer buat maruku ni..tapi takper..nak cari duit poket punya pasal..ku redahkan juga...

HARI RABU.(hari ni)

Kelas fardu ain seperti biasa..hari ni dah mula guna kitab baru jilid ke 4 ..selesai kelas ada jamuan makan dari jemaah pengajian yang nak menunaikan ibadah umrah..alhamdulillah rezki lagi..

habis jamuan terus kelam kabut balik rumah.kak zu nak pack maruku untuk di letakkan di kedai runcit depan rumah tu..percubaan kali pertama..harap harap semua nya habis terjual dan pelanggan suka..

Sekarang ketika sedang menaip ,sekali sekala mata menjeling timbunan baju baju diatas sofa yang belum berlipat..sabar yer wahai kain kain ku semua..tuanmu ini ingin melepaskan rindu dendam pada blog yang lama sunyi sepi ni...

Haaaa..panjangkan entri kak zu ni..maklumlah lima hari punya cerita...terima kasihlah yang sudi singgah sini walaupun masa kak zu untuk BW mmg sangat sangat terbatas..tapi kak zu akan cuba juga menjengah blog kawan kawan semua yer...


*kenapa kak zu tak boleh nak ke blog blogger Norzila zakaria..klu norzila terbaca ni sila tinggalkan link blog norzila yer..

Friday, June 7, 2013

KENANGAN MENGUSIK JIWA

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE 17

Assalamualaikum dan salam Jumaat 

Kira kira 18 tahun yang lalu sewaktu kak zu sedang bekerja di sebuah bangunan pejabat dan gudang di daerah Petaling Jaya Selangor ,abang kandung kak zu yang juga bekerja di bangunan yang sama menyuruh kak zu menelefon emak di kampung.bila tanya kenapa dia cakap "taktau ..cakap dengan emak sendiri..."

Bila tiba waktu rehat kak zu pun ambil kesempatan guna telefon opis untuk telefon emak dikampung.Masa tu mana ada handfone macam skrg ni..lagipun masa tahun 90 an telefon tangan adalah sesuatu yang dianggap mewah.kalu gaji ciput empat lima ratus tak usah mimpi ler nak pakai henfon..

Bila dapat bercakap dengan emak barulah tahu bahawa kak zu telah dipinang orang...masa tu memang kak zu tengah 'kekosongan'..takder sesorang yang dipanggil kekasih atau 'pakwe'..mula mula tu terkejut juga tapi pandai control dengan buat buat gelak sambil bertanya kepada emak siapakah gerangannya..emak kak zu pun tak kenal juga orang yang nak meminang kak zu itu..

Kak zu serahkan sahaja segala keputusan ditangan emak.baik pada pandangan emak dan keluarga baiklah pada kak zu juga.kak zu kata pada emak asalkan tidak cacat seperti buta dan kudung serta sedap mata memandang ' mak terimalah'...( buta dan kudung pun klu Allah dah kata itu jodoh kak zu,tak boleh nak elak jugakkan)..MasyaAllah jahil nya kak zu masa muda remaja dulu..

Tapi emak tetap berkeras suruh kak zu balik kekampung dan berjumpa bertentang mata dengan orang yang merisik tu bagi puas hati..emak takmau dah bertunang nanti baru perasan ada yang tak kena dengan lelaki itu...emak kata perkara kahwin bukannya boleh dibuat main main..suka amik tak suka tinggal..kata emak lagi,biar kak zu tengok lelaki tu dan lelaki tu pun tengok kak zu jugak.baru adil..Rupernya dipihak lelaki pun sama juga..nak tengok sang gadis dulu baru nak buat keputusan ,suka atau pun tidak..(kak zu namakan jejaka itu "M" okey..hehe)

Jadinya pada hari Jumaat malam ,kak zu pun pergilah ke Pudu Raya utk pulang ke kampung.Tiket terakhir pada pukul 12 tengahmalam.Bayangkan dari pukul 6ptg dah tercongok kat situ.punyalah lama menunggu..

Pukul 5 pagi baru sampai Taiping.Bas paling awal utk balik ke Batu Kurau kampung kak zu tu pada pukul 7 pagi.Melangut lagilah kat stesyen bas subuh subuh buta tu.nasib ada kawan yang satu bas dari KL utk balik ke Bagan Serai.jadi taklah takut sangat menunggu sorang sorang dalam kesejukan pagi tu..

Sampai kat kampung apa apa hal qado tido dulu.emak sibuk dengan perancangan nak masak untuk rombongan merisik yang nak datang petang nnti.pagi tu jgk baru kak zu tahu ,rancangan mencari jodoh ni hasil usahasama makcik kak zu dan mak cik jejaka M.Dalam hati kak zu berkata kata "mesti jejaka M ni dah berumor , mengorat pompuan lain tak sangkut sangkut tu yg suruh emak yang carikan "...

Emak kata dengar dengar cerita jejaka M ni kerja kat tengah laut. Hati kak zu berbisik lagi "mesti hitam ni..habislah klu dapat anak mesti macam anak keling"..wakaka..baru nak datang merisik dah berangan sampai ke dapat anak..punyalah gatai..hehe

Petang seperti dijanjikan rombongan merisik pun sampai..kak zu pakai baju kurung bercorak kekuningan.rambut keringting setakat bahu dibiarkan lepas dan disepet berbunga di belakang.bermekap nipis ala kadar sahaja.(wlupun dah tahu dari awal jejaka M ni nak cari yang bertudung..saja tunjuk degil tak mau tutup kepala jgk hehe)

Seperti adegan merisik tahun  70an dan 80an dulu dulu..kak zu di suruh oleh emak saudara angkat dulung minuman ke depan dimana jejaka M berada.dengan malu malu kak zu pun berjalan lah kedepan angkat minuman dan hidangkan..masa sibuk dok atur cawan nilah jejaka M ambil kesempatan tengok/tenung /renung muka kak zu..(sekarang bila tanya jejaka M, berkenan kat mana masa tenung tu..dia jawap kat hidung yang mancung macam anak mami tu)..hehe

bila kak zu berpatah balik ke dapur..kak zu kena marah dgn emak saudara sebab kak zu berjalan laju dan langkah kak zu panjang katanya...huhu..dah semulajadi berjalan cepat.pastu kena paksa kedepan lagi hantar kuih muih pulak.dapatlah sekali lagi jejaka M menikmati wajah kak zu yang hitam manis pandang tak jemu ni ~eceh~...

Masa hidang minuman dan kuih tu kak zu pun ambil kesempatan kerling dengan ekor mata si jejaka M ni..aduhhhh hensem nya...kulitnya putih bersih dan tak nampak macam dah berumur pun.mulalah jantung kak zu pun dup dap dup dap..CINTA PANDANG PERTAMAKAH INI ???...mulalah terasa kekurangan diri..maukah jejaka M ni padaku yang berkulit gelap ni...takper kak zu akan tunggu keputusannya dengan jantung bergetar...hehe

Dah selesai semuanya..kak zu pun baliklah ke PJ utk meneruskan kerja seperti biasa...keputusan jadi ker tak acara atur jodoh ni adalah dalam masa dua tiga hari lagi..sambil buat kerja tu hati tak senang memikirkan keputusan dari pihak jejaka M ni..dalam hati berdoa moga moga jejaka M ni pun berkenan kan kak zu juga wlupun kulit kak zu gelap sikit dari dia..(skrg bila tanya ..dia kata "dulu tak perasan kulit gelap sekarang baru perasan..cissss hampehhh)..

Hari ketiga selepas balik dari kampung kak zu telefon emak dikampung (kes tak sabar punya pasal)..Alhamdulillah jejaka M pun berkenankan gadis Z jgk (kak zu ler tu)..hehe...rasa nak peluk cium tiang telefon depan opis tu bila dengar keputusan ni.kak zu dah tak guna telefon opis sebab takut kakak penyambut tetamu tu dengar perbualan antara kak zu dan emak.malulah weeee..

Rata rata gadis dan teruna pada masa tu berkahwin dengan pilihan sendiri.Jadi bila diorang dengar kak zu nak bertunang dengan jejaka pilihan keluarga mereka semua berasa cuak.ada yang tak percaya dan geleng kepala.gadis selincah kak zu pilih lelaki yang tak dikenali untuk dijadikan suami..tapi kak zu percaya seratus peratus pada pilihan keluarga...

Kak zu dan jejaka M bertunang hampir 7 bulan sebelum di ijabkabulkan.selama tempoh bertunang adalah 3 kali kami berjumpa itupun dirumah kak zu sambil ditemani adik lelakinya dan juga sepupu sepapatnya...ada suatu ketika dia datang ke stesyen bas sewaktu kak zu nak balik ke PJ.kami tak pernah keluar berdua duaan berpegangan tangan.jejaka M sangat menjaga akhlaknya semasa tempoh pertunangan berlangsung...itu yang membuat kan hati kak zu bertambah yakin dia akan mampu menjadi imam kak zu dalam kehidupan berumah tangga nanti..

Akhirnya pada tanggal 7/6/1996 pada petang hari Jumaat kami disatukan dalam ikatan suami isteri. keesokan harinya 8/6 kenduri di sebelah kak zu dan disambut meriah di rumah jejaka M pada 9/6/96..

Selepas itu bermulalah kehidupan kami sebagai suami isteri.masa ni lah baru nak mengenali hati budi suami yang tak pernah diketahui sebelum ni.kami bekerja keras utk memahami antara satu sama lain..maklumlah dua orang asing yang tak pernah bercinta sebelum ni akan berkongsi kehidupan bersama..Alhamdullilah semuanya menjadi mudah bila kita meletakan tujuan kita berkahwin adalah kerana Allah ditempat yang teratas..ibu mertua juga banyak membantu..oh ya !..dua minggu sebelum majlis berlangsung kak zu berhenti kerja kerana jejaka M takmau ikut kak zu menetap di Selangor. okey kita bina kehidupan baru di Perak..

Bergaduh ,merajuk dan berselisih faham tu semuanya asam garam dalam kehidupan berumahtangga..Gembira ,sedih ,bahagia dan berduka tu menambahkan warna warni dan rasa dalam kehidupan kami setakat 17 tahun ni..Doa dan harapan kak zu terhadap Abang Megat (jejaka M) semoga dia terus istiqomah dalam mendidik kak zu dan anak anak dlam kehidupan yang diredhoi Allah selalu..



Buat Abang Megat yang zu sayangi dan cintai dari dulu hingga kini..zu bukanlah isteri yang terbaik tetapi setiap hari zu selalu memperbaiki diri untuk menjadi yang terbaik dan sempurna..terima kasih kerana menerima diri ini seadanya. semoga cinta kita hingga ke syurga..



kak zu teringin nak tunjukkan gambar kahwin tetapi tak boleh sebab masa bersanding kak zu tak bertudung..


*terima kasih pada kawan kawan yang ucapkan selamat pada harilahir kak zu dan juga puteri Yasmin..

Thursday, June 6, 2013

SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU SAYANG

gambar google sahaja.
Hari ni 6/6/2013 ialah tarikh lari lahir anak sulung kak zu yng bernama PUTERI YASMIN ATHIRAH BINTI MEGAT SHAHRIMAN yang ke 16 tahun..Doa dan harapan kak zu sebagai ibu semoga anak ibu ni bertambah dewasa dan matang seiring dengan pertambahan usia.

Kakak Yasmin dilahirkan pada hari Jumaat pada pukul 2.15 ptg seberat 4.16 kg..besar tak anak sulung kak zu tu??? kelahiran nya  menambah kecerian dalam keluarga kak zu dah abang Megat.kakak yasmin cucu sulung bagi keluarga sebelah ayahnya dan cucu yang ketiga dan cucu perempuan pertama disebelah keluarga kak zu.

 takleh tulis panjang panjang mengenai kakak sebab air mata ibu takleh berhenti mengalir...satu sahaja pesanan ibu untuk kakak "WALAU DIMANA SAHAJA KAKAK BERADA DAN AKAN PERGI INGAT ALLAH SENTIASA"insyaAllah hidup mu akan selamat anakku..dunia ini sementara sahaja ,janganlah kamu berleka leka didalam nya..

Sunday, June 2, 2013

sehelai tudung berwarna pink..

Assalamualaikum semua...buat apa petang petang ni..kak zu baru habis memasak utk makan malam ni..masak asam pedas tumis ikan duri jer...

Tengahari tadi riang ria makan kenduri sampai dua buah rumah..rumah pertama makan nasi minyak..rumah kedua cuma makan laksa dan ais cendul sahaja..alhamdulillah..bukan makanan yg menjadi keutamaan tetapi mengeratkan silaturahim dan ukhwah yg terjalin yg harus kita beratkan..

pagi tadi kak zu ke pasar minggu sempat rembat sehelai tudung utk pakai pergi kenduri...bila tgk warna pink mmg takleh jalan dah..mesti beli jgk..padahal kat rumah dah ada berhelai helai warna pink..minat pink mengalahkan anak dara sunti...hehe

Cuti sekolah ni memang tak boleh nak update blog hari hari..kalau sempat pun kak zu jadi kesian plk kat kawan kawan yang berkunjung keblog kak zu ni tetapi kak zu tk sempat membuat kunjungan balas..jalan paling mudah takpayah buat entri baru.baru adil bagi pandangan kak zu lah...


sila abaikan lengan abang megat yang putih dan licin itu..