kawan kawan Kak Zu

Saturday, February 25, 2012

shopping kat pasar jewww...

senduk besi besar             RM10.00
tudung anis                       RM8.00
tudung dekna                   RM8.00
kurma dan kismis             RM18.00
ayam kampung sekor       RM15.00
cd surah2 pilihan              RM5.00
inai lukis                          RM6.00
sarapan                           RM10.00
ketupat dan rendang        RM5.00
cheese                            RM17.00
                                      ________
total                                RM92.00
                                     _________


Sejam sahaja aku keluar pergi pasar
habis RM92.00.kalu 2 jam kat pasar
tak tahu ler barapa akan habis pulak
itu pun tak semua gerai aku singgah
masuk khemah yang jual tudung
terus tanya tudung utk anis dan dekna shja
aku kuat kan hati tak belek langsung tudung utk aku
keraskan hati tak mau pandang tudung dewasa...
hari ni mmg berjaya
esok lusa minggu depan xleh janji lagi ...hehehe

motif beli senduk besi ????
sebenar nye aku ada cadang nak buat kenduri kesyukuran skit
nak masak gotong royong
nnti boleh lah guna buat ceduk gulai
bulan lepas ada beli sudip besi besar jgk
klu goreng bihun 2 kilo mmg senanglah

tengok ada orang jual ayam kampung
dah siap bakar berkunyit
dlm hati kata dah lama tak makan ayam kampung
buat rendang best ni
esok boleh buat rendang bwk buat makan2 ngan angah

benda makan mmg aku xmo komen
mmg kena beli sbb hidup mmg perlukan makanan
pak megat selalu cakap jgn menyesal klu beli benda makan
nak beli makanan jangan berkira...
baik bosss...

oklah nak kemas bilik tido jap.
nak tegang2 kan hujung cadar
bye...                                

Thursday, February 23, 2012

kakak...

Asyik2 bercerita pasal angah jer kan.cerita pasal akak ler pulak.tapi gambar kakak tak banyak sebab kakak tak suker bergambar.gambar2 curi adalah sekeping dua jer.setakat hari ni tiap2 minggu ibu pergi melawat kakak kat hostel..




kakak pesan suruh bawak sambal sotong kalau datang melawat dia.sebagai seorang ibu yg sayang sangat2 kat anak2 , ibu tidak menghampakan permintaan anak itu.ni dah tinggal sikit baru teringat nak tangkap gambar

tak pandang kiri kanan dah.


ayah with anak perempuans yang banyak ragam

apa yang kelakar sangat pun tatau..

ayah kesayangan kakak , angah ,dekna dan anis, rindu nyer kat suami ku...muahhhh *baling kiss*kena pipi abang...

angah sebelum pergi mrsm

boring tunggu kakak makan lama sangat,dekna ajak anis main kat belakang whiteboard..haha


Rindu nyer ibu pada insan2 yang jauh dimata tetapi terasa sangat dekat dihati..

Tuesday, February 21, 2012

Angah dan MRSM lagi..

dah masuk minggu ke 2 angah kat sana baru terhegeh hegeh nak tunjuk gambar.bukan apa masa terbatas sangat kebelakangan ni.masa baru2 dia kat sana aku pulak masih sebak setiap kali terkenangkan kecik2 dah duduk asrama anak ku tu.Masa aku tinggalkan dia pada hari pertama tu dlm perjalanan balik aku punya meraung tak ingat apa dah.kereta belum keluar dari kawasan sekolah lagi aku dah tercebik cebik menhan tangis.jenuh jgk pak megat dok pujuk siap pegang2 tangan aku lagi.N3 kali ni lebih banyak aku tunjuk gambar jer...layannnnnn

MRSM Taiping.tempat angah ambil ujian bertulis dah ujian lisan


diantara calon colan pelajar mrsm.permohonan seluruh negara adalah seramai 24 ribu org murid
belum apa2 apa dah berpeluh peluh.alhamdulillah anagh berjaya jugak menjadi salah seorang pelajar mrsm.walaupun ujian nyer susah dan saingan nyer ramai.



Alhamdullillah.Maktab Rendah Sains Mara Balik Pulau tempat angah akan belajar selama 5 tahun


malam sebelum berangkat kumpul barang 1 tempat supaya tak ada yg tertinggal.dalam beg besar tu pakaian seharian.beg yang kecik selimut dan kasut sekolah serta kasut sukan,2 biji bantal, baldi , yang beg warna hijau tu beg al quran dan sejadah.borang2 juga letak setempat.baju sekolah gantung jer dlam kereta

dia boleh relek2 jer main komputer.ibu yang sediakan semua.xperlah nak...



suasana pagi hari pendaftaran murid tingkatan 4 dan 1


dah sudah daftar kena masuk bilik ni.nama bilik ni studio 1.ambik gambar buat pas dan tentukan kelas mana.kat dalam ni jgk diorang check kebersihan murid.yg mana kuku panjang kena potong dlm tu jgk..gambar blur sbb guna hp jer...


keluar dari studio 1 kena masuk bilik PSS ni pulak.bilik ni mak bapak pun boleh masuk.dlam bilik ni murid2 kena berkenalan dgn hometown masing2.hometown ni macam guru angkat murid2 ni la.klu ada masalah apa2 murid2 boleh mengadu kat cikgu ni.hometown angah nama cikgu Azaizul..

 kemudian serbu Dewan Sri Pinang.kena bayar RM240.mak bapak tak leh masuk.hanya murid2 ajer.baru terkial kial angah kena urus sendiri.selama ni semua ibu ayah yang buat utk dia.bila dah bayar duit dapat 1 bag yang berisi cadar 2 pasang,sampin,tali leher,baju t shirt sekolah...ada lagi tapi aku tak ingat dah..

disebbkan angah dapat t shirt saiz m, maka kena tukar ke saiz xxl.kat sini jgk aku beli baju sekolah kaler biru.semua yang bertugas adalah pelajar.

ini ialah koperasi.semua barang keperluan asrama ada jual kat sini.

dah settle bayar2 semua, masa nyer untuk angkut barang2 masuk dlam asrama.nasib pak megat ler kereta parking jauh.merah2 muka angkut barang


bilik angah agak ke belakang sikit.1 bilik 4 orang,semua kawan sebilik angah budak perak.angah amik katil tepi sekali.ibu dah pening kepala nak susun barang.loker kecik barang yg bawak byak.itu pun ada yg balik blk sikit.


kakak ponteng sekolah semata mata nak hntar angah.dekna dan anis jugak ponteng.kasih sayang seorang kakak tolong ajar angah ikat tali leher.selama 6 tahun bersekolah rendah ibu yang tolong ikat kan.

dah siap susun barang2 .semua ibu bapa di kehendaki berkumpul dalam dewan ni utk sisi taklimat.lama jgk dlam ni.macam2 yang diterangkan oleh tuan pengetua mengenai perjalanan pembelajaran di mrsm balik pulau.ibu harap angah dapat sesuaikan diri kat sini...


lepas habis sesi taklimat mak bapak boleh bawak anak keluar makan.tapi kena hntar balik sebelum pukul 430 ptg.balik pada makan tengahari tu kami solat  dan kemudian lepak2 dlam bilik angah.pukul 4 ptg kami pun balik la.sedih nyer tengok angah kat luar kereta sambil lambai2.takper lah nak semua nyer demi masa depan mu...


Monday, February 13, 2012

anis dan dekna mandi kolam

Sangat sibuk menjak dua menjak ni.dok berkisah hal angah yang nak pergi mrsm.sebelum pergi ,kedua dua opah nak jumpa dia dulu.masa cuti panjang 4 hari baru ni bwak angah balik kg batu kurau jumpa opah nab.duduk tak lama pun sbb petang tu kena uruskan hal dia yang tak habis2.balik tghari, beli lauk siap masak jer.tak sempat nak ke pasar.sampai rumah mak keluarkan lauk pauk semua masuk dlam mangkuk dan makan cepat2.dah siap makan tunggu masuk waktu solat.dah selesai solat zohor terus gerak balik rumah amik kakak bwak pergi kedai buku.kakak PMR tahun ni..so mmg kena beli buku rujukan utk dia.

hari selasa pulak bawak angah pergi rumah opah atuk pulak.pun pergi tghari juga.sebelum tu kena pergi rumah tok ketua kampung dulu nak mintak cop borang mrsm .dua kali ulang alik sbb ketua kampung xder kat rumah.biasa la ketua kampung mestilah buzy memanjang kan.dah siap dapat cop terus bergerak balik kampung Air kuning yakni kampung pak megat.kat rumah opah atuk xleh beli aluk siap masak sebab umat ramai kat rumah tu.kena beli bahan mentah pastu masak dan makan ramai2.petang pukul 5 lebih baru bertolak balik rumah.

malam tu siapkan barang2 angah dan masukkan dalam kereta siap2 supaya pagi tak kelam kabut.manalah tahu tiba2 jam loceng tak berbunyi ker, ataupun berbunyi pastu tutup balik kengkonon nyer nak pejam mata 5 minit jer tup tup bila bukak mata matahari dah tinggi segalah.ha  sebelum terjadi begitu lebih baik sumbat barang2 masuk dalam bonet kete dulu..selamat...entry pasal angah kat mrsm lengkali lah aku buat..sebb gambar belum kecikkan lagi..


bila dah selesai semua benda..angah dah selamat kat mrsm balik pulau dan kakak pun dah hantar ke hostel sekolah menengah taman tasik..barulah aku dah pak megat dapat hidup dengan tenang.takde dah nak hidup dalam keadaan kelam kabut.pas semayang subuh boleh sambung bermalas malasan atas katil balik.dapat bawak dena dah anis pergi mandi pool.kesian diorang..macam anak terbiar jer..meh ler layan gambar2 depa mandi kat pool...aku nagn pak megat bwak budak berdua ni ke mandi kat Taiping Golf Resort jer..




habis jgk baca surah yasin dalam kitab majmu' syarif ni..alhamdullilah

dia pun nak menyelit jugekkkk

Sunday, February 5, 2012

angah dan mrsm


Assalamualaikum..dah lama tak update blog.aku sedikit sibuk kebelakangan ini.sibuk dgn urusan angah nak masuk MRSM.angah dapar mrsm balik pulau.alhamdullilah...jadi sebelum hari pendftaran pda 8/2/12 ni  kena uruskan segala persiapan nyer.mula mula sekali yang kena uruskan adalah penyerahan buku teks dan memaklumkan kepada sekolah lama yang megat izzuddin bin megt shahriman akan bertukar ke mrsm.

Dah selesai urusan kat sekolah lama bawak dia buat medical check up pulak.sebelum tu pergi pejabat MARA daerah utk bayr duit pendaftaran.kena bayar RM333.dapatkan resit pembayaran.nanti kat mrsm tak payah beratur panjang2 semata mata nak buat benda yang sepatut nyer boleh buat kat rumah.berbalik pada cerita buat pemeriksaan kesihatan tadi.mula mula ingatkan nak buat kat hospital kerajaan jer.tapi bila teringat klinik yang biasa pergi tu boleh buat so decide buat kat klinik swasta sahaja.lagipun ING insuran boleh kaver semua nyer.alhamdulillah dah jimat masa juga.cuma bila nak buat Xray kena bwk angah pergi Colombia Asia Hospital.kat situ jadi penat skit.ulang alik 2 kali sebab org ramai.

dari urusan beli baju dah barang barang kelengkapan asrama aku buat sorang sorsng jer sebab pak megat masih berada kat laut.cuma dia tolong isi borang yng banyak tu.aku suruh angah hntr semua borang2 ni kat email apak dia.bab isi mengisi ni aku paling malas sekali.nnati kat mrsm ada lagi benda yang nak kena beli seperti cadar dan sarung bantal,baju batik,tie,kain sampin dan juga buku2..duit???? jangan tanya ler berapa..laju macm air keluar nyer.aku redho walaupun ada barang yang aku nak tak dapat beli demi memberi laluan utk anak nak belajar...