kawan kawan Kak Zu

Sunday, March 17, 2013

Alhamdulillah doa ku dimakbulkan


Dah dekat dua minggu

Angah anak teruna kak zu

tak telefon...

kak zu punyalah rindu

nak dengar khabar berita darinya...

setiap kali telefon berbunyi

kak zu selalu berharap suara dia disana

selalu nya hampa

apa khabar agaknya anakku disana

lupakah dia pada bonda dan keluarga

kehabisan wang kah dia agaknya

ataupun kesibukan sentiasa membelenggu 

macam macam yang bonda fikirkan...

dalam hati berdoa yang baik baik sahaja 

untuk anak anak walau dimana saja mereka berada

sambil fikiran ligat memikirkan si anak

terus kaki melangkah untuk mendirikan solat

selesai bersolat..

dalam doa yang panjang 

bonda mengadu pada Yang Maha Esa

perkara pertama yang bonda mohonkan

diampunkan dosa dosa kita semua

kemudian terus bonda berdoa untukmu anak

jangan di lupa pada ayah bonda dan adik adik mu disini

juga minta di bukakan hati mu

untuk menelefon bonda yang kerinduan ini

aminnnnn..Ya Allah makbulkan lah doa ku ini


seminit dua minit sehingga sepuluh minit berlalu

tiba tiba telefon bonda berbunyi

sayup sayup suara garau Angah dihujung sana

Ya Allah terima kasih kerana

mendengar doa hambamu yang lemah ini
-
-
-
-
-

"angah nak telefon ibu tapi selalu telefon takder yang kosong"

"angah selalu tak cukup masa kelam kabut nak buat semua benda"

"selalu duit syiling tak cukup kalau nak telefon ibu "

"kad i-talk yang ibu beli dah hilang"

alasan anak teruna kak zu...
ibu faham keadaan mu di sana anak...



15 comments:

  1. Alhamdulillah..
    Kalau call seminit dua pun dah cukup kan just untuk dengar suara dan tahu semuanya ok.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah zu. Itulah, ibu ni ada deria ke 6..macam "internet connection"..hebatkan? apa

    p/s minta pada Allah. itu jalan terbaik..

    ReplyDelete
  3. Akhirnya doa ibu termakbul...rindu kan nak dgr suara anak dan keadaan dia...ju pernah jd si anak itu tadi...nak call mama ngan abah time tuh mana mampu nk beli hp...kena tggu dpn public phone berbaris lah nk call mama abah...syahduu yeeeeeee time itu...duit syiling bernilaiiiii sgt2 dari wang kertas....syukur...nak nangis lak baca kisah ibu :)

    ReplyDelete
  4. Selalu sang ibu akan rasa anak dah lupa pada si ibu, tapi mana mungkin ya...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah dpt juga bercakap dgn Angah kan Kak Zu.. doa Ibu mmg makbul.. hehe..ada je alasan anak2 klu di tanya kenap tak call kan Kak?...:)

    ReplyDelete
  6. instinct seorang ibu memang sangat menakjubkan dengan izin Allah...okje pun pernah berlaku jugak ZM

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah....dpt jugak kak zu lepaskan rindu pada anak ya..

    ReplyDelete
  8. Bukan x igat cuma x sempat je tu. maklum la public phone kat asrama tu haruslah ramai org. Teringat jugak zaman zaman dok hostel dulu. Klw nak tepon kampung haruslah call waktu siang after class break. Klw mlm mmg x de harapan la.

    ReplyDelete
  9. begitulah hebatnya doa seorang ibu ... alhamdulillah

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah,..terubat kerinduan ibu

    ReplyDelete
  11. assalam, macam tu lah hati seorang ibu...bunda dah merasa dah...even walau pun kini anak2 dah besar panjang, dua dah bekerja...pun masih rindu2an...
    kalau dah lama tak kol/msg..tertanya2 hati tu...sihat ke...apa yang dorang makan (maklum masih bujang)..
    kalau ada yang kol kata nak balik...mula lah tak senang duduk..mula kepala tu memikirkan apa juadah nak di masak nanti...
    yelah, orang bujang asyik makan kedai jer..kalu masak pun paling rajin mee segera..
    masa dorang balik ni lah nak di beri merasa makan dari masakan air tangan ibu...
    biar anak2 sentiasa ingat dan rindu kat kita...

    ReplyDelete
  12. alhmdlh ... mak ayah yana pon selalu klu ktorg kemana mesti diorg rsau. ^^

    ReplyDelete
  13. Doa seorang ibu makbul biasanyer !

    ReplyDelete
  14. cepat je doa ibu dimakbulkan..

    ReplyDelete