kawan kawan Kak Zu

Tuesday, April 30, 2013

Ho Chi Minh City Day 3 Chu Chi Tunnel

Assalamualaikum...

Siapa kata surirumah banyak masa terluang.kalau banyak masa terluang hari hari kak zu boleh buat entri baru tau.Tengok Salam Jumaat kak zu tu sampai hari selasa baru berganti dengan entri baru .sadis kan.

Buat Cho Zila yang dalam perancangan nak pergi vietnam terimalah catatan perjalanan kak zu ke Ho Chi Minh City ni.moga moga dengan membaca entry kak zu ni makin berkobar kobarlah semangat nak ke sana.

Pada hari ketiga dibumi vietnam rombongan kami di bawa melawat tapak tinggalan perang diantara askar vietnam dan tentera Amerika.Sarapan pagi diatas bas, cuma 2 ketul karipap yang besar dan sebotol air maneral.Alhamdulillah kenyang sampai tengahari.

Perjalanan dari hotel mengambil masa lebih kurang sejam.tapi tak terasa lama sangat sebab dalam bas asyik merapu meraban bercerita hal hal lama berkaitan alam persekolahan dan hal ehwal semasa.cerita sikit ketawa yang lebih.sedar sedar dah pun sampai ke destinasi.
.


vietnam memang terkenal sebagai negara yang mempunyai penonggang matosikal yang ramai.kalau kat atas jalanraya tu motor bersimpang siur tak ikut satu arah .diorang main hentam saja kot celah mana diorang nak lalu.motosikal untuk rakyat golongan bawahan.kalau yang ada kereta tu mmg betul betul kaya saja,ini kerana harga petrol disana terlampau mahai..


polis vietnam sedang menjalankan tugas.rata rata rakyat vietnam bersaiz begini sahaja.kekurangan zatkah mereka ni semua yer...hehe



bila dah sampai di chu chi tunnel tu ada pameran senjata lama yang digunakan dalam peperangan.ruang pameran ni di tepi tandas.kena buang air siap siap sebab dalam tu takder tandas disediakan.dulu tentera vietkong berak kencing ikut dan diorang jer kat dalam hutan tuh..hihi

dalam terowong nak masuk ke dalam Chu Chi Tunnel.Abang Megat ambik gambar dari belakang.apa raa..


sebelum meneroka hutan  tu kami bergambar ala ala budak kumpulan pancasitara dulu...

 abang megat pun tak melepskan peluang bergambar kat depan bangsal ni jgk..


Kat dalam kawasan tu kita akan di beri seorang pencerita yang akan menerangkan semua yang terdapat di dalam kawasan tu.mereka berpakaian seperti tentera.sebelum tu kena masuk bawah bangsal yang disediakan dan tengok video dokumentari mengenai peperangan..senyap sunyi jer bila video sedang ditayangkan.sedih menyaksikan kesengsaraan rakyat vietnam menentang penjajah..

tempat ni memang kesukaan Abang Megat.Apa yang tak faham tanya jer kat dia.dia siap boleh terangkan kat kami lagi apa yang tak tahu.mana taknya masa orang dok cerita kami dok bersembang bukannya nak dengar bekbaik...

salah satu lubang untuk bersembunyi.kak zu tak berani masuk takut tersangkut buah dada kat lubang tu.asal dia kecik lagi.muat muat badan askar vietnam jer,tapi di besarkan sedikit utk pelancong mencuba.kawan kak zu tu cuba sampai kasut dia tercabut tertinggal kat dlam.kalut sungguh masa ni..

salah satu jerangkap samar.

terowong ..

busut buatan.yang lubang tu dibuat utk pengudaraan.dibawah busut tu laluan terowong askar vietnam.

cara askar buat terowong.gigih untuk mempertahankan tanahair dari dicerobohi ..

kak zu mencuba mesin jahit askar vietnam.dari cerita pemandu pelancong kami, dulu semuanya mereka lakukan didalam kubu dibawah tanah.cuba bayangkan...


kat atas kereta kebal milik tentera Amerika yang musnah terkena periuk api askar vietnam

dah sampai kawasan ni bolehlah berehat sekejap.baju dh basah dek peluh.sini keadaannya bising dengan bunyi tembakan.saper saper nak cuba menembak ada disediakan lapang sasar.bayaran dikenakan.ada juga kedai cendrahati dijual disini.

bom

Abang Megat mencuba masuk dalam terowong ni.kak zu takut nak masuk .bila dia keluar muka merah berpeluh peluh.menurut pencerita tu panjang terowong ni boleh sampai hingga ke bandar saigon (Ho Chi Minh City) dan dalam nya ada yang mencecah 30 kaki kedalam tanah.

dalam salah satu kubu..

yang berdiri tulah pencerita (pemandu pelancong)kami.Dia sedang menerangkan bagaimana membuat kasut dari tayar trak .masa perang bahan terhad jadi askar vietnam menggunakan apa yang ada di sekeliling mereka...


dah puas berjalan dan mendengar penerangan ,kami di suruh cuci tangan ambik air sembahyang. ingatkan untuk apa...

rupernya nak jamu kami makan ubi kayu bakar cicah gula pedas.ini makanan waktu perang dulu katanya.disebabkan dah tengahari dan perut pun dah lapar ,ubi kayu pun terasa enaknya.ndak pulak makan beramai ramai.

sudah makan bergambar lagi untuk kali terakhir sebelum keluar dari kawasan hutan perang tu.separuh hari di dalam tu sangat menginsafkan walaupun  kadangkala suara garauan menenuhi suasana.banyak lagi tempat bersejarah dalam tu tapi Abang Megat lupa nak tangkap gambar sebab dia kusyuk sngat dengan penerangan pemandu pelancong tu...hehe

Menurut cerita pemandu pelancong ada lagi kawasan yang dibiarkan seperti asal dan hanya digunakan oleh pelajar pelajar universiti untuk membuat kajian.Yang dibuka untuk pelancong kebanyakan nya telah di baikpulih sesuai utk tujuan pelancongan...

Okey.baru separuh hari ketiga di vietnam.nanti kak zu sambung lagi cerita kami dibawa oleh Abang Amir ke kilang membuat telekung.tunggu naaaa...daaaa










Thursday, April 25, 2013

COMBO GIVE AWAY BY INTAN

SORRY BANNER SAYA X LAWA..HAHA..

SAYA NAK BUAT COMBO GA. JADI INI SYARAT2NYA, SILA FOLLOW YER SYARAT2NYA:-

1- WAJIB FOLLOW BLOG KOLEKSI TANTINTUN


2- JIKA ADA FB BOLEH LIKE FAN PAGE INI. (TIDAK  WAJIB, KALAU RAJIN LIKE LA YE).


3- BUAT ENTRY MENGENAI GA INI DAN COPY BANNER SERTA BUAT BACKLINK YER PADA BANNER TERSEBUT.


4- SILA TINGGALKAN LINK ENTRY DI BAHAGIAN KOMEN. 


5- TAG DUA ORANG SAHABAT ANDA. 


  SEKIAN.:))..WISH U ALL THE BEST !!HOHO


  • COMBO GA INI BERAKHIR 2 JUNE 2013 JAM 12 TENGAH HARI. 
  • KEPUTUSAN ADALAH MUKTAMAD. 
  • SEORANG SAHAJA PEMENANG BERTUAH AKAN DIPILIH.
kena buat entri baru sebab entri yang lama takder backlink..apa lagi sahabat sahabat maya yang kak zu sayangi meh ler ramai ramai memeriahkan segmen GA intan payung kita ni..hehe..oh ya nak bagitau dan berterima kasih juga kerana telah di tag oleh adik manis nisah idham.

sekarang kak zu nak tag KNOR cinnamon.com dan ANIM inilah ceritaku 

kak zu terpaksa delete entri yang lama dan kesemua komen komen kawan kawan semua kak zu dan CP balik...huhuhu camnilah klu buta IT cam kak zu ni...

Tuesday, April 23, 2013

Hari Anugerah Kecemerlangan SMK Taman Tasik

Entry mengenai makan angin ke Ho Chi Minh City akan di sambung lain kali sebab nak bagi laluan pada cerita mengenai hari anugerah kat sekolah kakak.

Hari Anugerah Kecemerlangan telah diadakan pada hari Khamis 18/4 yang lalu. Disebabkan Abang Megat ambil cuti seminggu bolehlah dia pun pergi tengok anak sulung kami Puteri Yasmin Athirah naik ke pentas untuk terima hadiah sempena kejayaannya mendapat 8A dalam peperiksaan PMR tahun lepas.

kakak dan kumpulan kompang nya.kena sambut tetamu VIP


gambar sekitar dalam dewan..

gambar luar dewan.yang pakai baju biasa tu bekas pelajar sekolah tu yang dah bertukar ke sekolah SBP ataupun MARA.ada juga yang tak dapat pelepasan dari pihak sekolah yang baru ..dalam beg kecik berbunga warna cokelat tu ada sijil,plag perhargaan dan juga wang tunai.

gambar ibu dan anak mesti ada juga..barulah berseri belog ahkak nih..baju si ibu tu ditempah dari vietnam yang boleh siap dalam satu hari sahaja.aisyemen nampak separuh jer baju tu..takper kita upload lagi sekeping gambaq penuh..

tada...

kat majlis tu kak zu jumpa blogger cempaka biru yang mewakili anak nya yang tak mendapat pelepasan untuk menghadiri majlis anugerah ini.anak dia dapat masuk SBP.sebenarnya anak kak zu juga dapat SBP tetapi nun jauh di Negeri Kelantan.kak zu serah pada kakak utk buat keputusan dan dia mahu kekal disekolah lama.

Monday, April 22, 2013

bawak mak ke klinik mata lagi...

Assalamualaikum dan selamat berhari isnin semua.kak zu bersiaran dari hospital taiping.entah untuk kali yg keberapa pun kak zu dah lupa.rasanya dah lebih dari 5 kali bawak mak datang ke klinik mata ni.hari ni kak zu sampai awal jadi dapatlah jumpa doktor lebih cepat dari orang lain..alhamdulillah..tak boleh nak taip panjang panjang sebab hanya menggunakan hp sahaja..

masani pesakit belum ramai lagi...

Friday, April 19, 2013

Ho Chi Minh City Day 2

Menyusuri Sungai Mekong

Hari ke 2 di Ho Chi Minh City rombongan kami di bawa menyusuri Sungai Mekong.Tepat pukul 8 pagi waktu vietnam bas yang akan membawa kami pun sampai.

inilah bas yang membawa kami kemana mana selama 4 hari kami di sana.tempat duduk pun dah tetap siapa yng punya..

Rombongan kami di beri sarapan dalam bas sahaja.Roti ni dibuat oleh orang melayu/islam champa.kulit luar dia sesikit liat.dalamnya berintikn isi ayam.sedap walupun sedikit pedas.dekat setengah jam baru habis makan ni.sangat mengenyangkan...

Perjalanan dari hotel utk ke Sungai Mekong ni mengmbil masa 2 jam untuk sampai.Ini kerana had laju kenderaan di sini ialah 60kmsejam.sangat boring..mujur kat atas bas tu riuh rendah suara gurau senda kawan kawan semua.maklumlah kawan satu sekolah dahulu.ada ada saja cerita yang membangkitkan gelak ketawa.

Sepanjang perjalanan kita akan disajikan permandangan sawah padi seperti di kedah.Ditengah tengah sawah padi pula akan kelihatan kuburan yang dibina cantik.menurut pemandu pelancong kami yang beragama islam dan pandai berbahasa melayu keadaan ini terjadi semasa perang bersama Amarika dahulu.penduduk bebas mengebumikan ahli keluarga mereka di atas tanah masing masing.

permandangan kuburan seperti ini adalah biasa di vietnam.sekarang tidak lagi.meraka ada kawasan perkuburan yang dikhaskan oleh kerajaan.gambar blur sebab tangkap masa bas sedang bergerak

berhenti buang air kat sini.lama sangat atas bas mestilah nak terkencing bagai.kat sini banyak pelancong mat salleh.harga barangan pun mahai jgk .kena sediakan sebotol air kalau nak masuk ketandas kerana dalam tandsa tu tak disediakan paip.sempat bergambar di sini.dah datang ngan kawan sekolah perangai pun harus macam budak sekolah jugak lah...hehe

gedik sekejap.lupa anak anak kat rumah.

 dah sampai pun..

 takder topi vietnam ni umpama tak lengkap apabila menyusuri Sungai Mekong.hrga topi ni 1 dolar.tapi sayang topi ni terpaksa kak zu tinggalkan kat hotel kerana tak muat nak di isi ke dalam bag.

boat yang akan digunakan utk meredah sungai dan membawa kami ke unicorn island
macam kak zu sorang ada laki.berpeluk sana berpeluk sini..lantak akulah...hehe

the mengong's club.Abang Megat kata kak zu lupa diri bila bersama kawan kawan..sampai hati abang..huhu

ni gambar atas boat.yang lelaki tu pemandu palancong kami,namanya abang amir.dia islam.dia hantar anak pompuan nya bersekolah pondok di Trangganu.yang pompuan tu kami panggil dia Jamilah sebab dia pandai nyanyi lagu dangdut "oh jamilah kau gadis ayu..."jamilah teman kami setakat melawat pulau pulau situ sahaja.dia pandai berbahasa inggeris sahaja.tetapi Abang Amir mengiringi rombongan kami selama 4 hari.dia sporting.kalau kita nak pergi mana mana cakap ajer dia akan tunjukkan jalan..

mendarat kat Pulau Unicorn jer terus dihidangkan dengan madu + limau + bee polen =sedap

kak zu beli jgk lah madu lebah dan bee polen tu.harga rm30.madu ni tak asli.kalau madu asli mesti dah melayang pinggan mangkuk kak zu baling kat Abang Megat hahaha..

jalan lagi jumpa wakaf ni pulak.kat sini dia bagi makan buah buahan seperti ciku ,nangka dan nenas.ada jual mcam macam kat sini seperti bag,baju,barangan kraf...haihh berhabis banyak jgk kak zu kat pulau nih..

sambil makan kami dihiburkan dengan persembahan nyayian.lagu sepatah haram pun taktau.ada dua tiga orang penyanyi silih berganti..lepas habis persembahan diarang hulur bakul untuk minta sumbangan.kesian kami pun pakat hulur jugak lah sorang sikit.


 dah puas dengar minah vietnam ni nyanyi kitaorang jalan lagi...lagi.dan lagi..sampai hujung jalan jumpa sungai dan ada banyak sampan yang menanti.bab ni kak zu cuak sikit..sampan kecik terolek olek dipermukaan sungai.kena pijak betul betul.klu tak sampan akan tercunggit.tangan takleh pegang kat bibir sampan tu sebab sampan ni akan berselisah dengan sampan lain dan bergesel sesama mereka.walaupun badan mereka kecik tapi kederat mereka kuat.kayuh punyalah laju.

dari perbualan dengan 'jamilah'.kebanyakan penduduk pulau ni buta huruf jadi kerajaan vietnam menjadikan pulau ini sebagai destinasi perlancongan untuk membantu penduduk pulau ni.dan usaha kerajaan adalah sangat berbaloi kerana setiap hari ada sahaja pelancong yang datang..


walaupun kak zu tersenyum tapi sebenarnya kak zu takut sangat.


dari sampan berpindah ke bot besar pulak untuk ke coconut island..masa nak melangkah dari sampan ke bot besar pun cuak jugak tau..."abang...abang...tolong tarik tangan zu" ..member yang tak bawak laki bengkek jer ngan kak zu.hehe



naik boat lagi sekali pergi ke coconut island pulak.kat sini lah diorang proses buah kelapa untuk dijadikan candy

jalan kedepan sikit jumpa orng buat paper rice .macam macam perusahaan diorng ni buat...

tengok jer.tak tergamak nak beli dan makan.

jalan lagi dan lagi..panas terik sangat masa ni.peluh meleleh sampai ke kaki.selepas melalui jambatan gantung kami tengok ada kereta kuda dah menanti. kami dibawa menaiki kuda pulak.Rasa nak nangis tengok kuda kecik bawak kami 4 orang + tuan kuda = 5 orang.nasib tak lama sangat pun kuda ni terpaksa bawak kami dalam 10 minit jer.aishhh sampai hari ni kak zu dok kesian kat kuda tu lagi.kuda ni bawak kami ke jeti utk naik bot dn kembali ke darat semula.habis dah jelajah sungai mekong dan pulau pulau sekitar nyer.

peta pulau pulau di delta mekong.

naik bas lagi dan singgah makan dan solat dimasjid nih.masjid ni berusia beratus ratus tahun dan di biayai sendiri oleh kariah di situ yang hanya ada 7 keluarga islam sahaja.kariah masjid ni ambil upah memasak utk agenci pelancongan yang membawa pelancong muslim.menurut pemandu pelancong kami jikalau tiada siapa yang menjaga masjid tersebut bila bila masa sahaja kerajaan akan ambil tanah tersebut.

dah selesai makan abang amir bawak kami ke kedai kain.rambang mata ooo..sutera vietnam memang cantik dan murah.4 meter rm 45 sahaja.kak zu tak beli pun sebab misi kak zu nak cari kain cotton.ada kawan kak zu yang beli sutera ni. bila dah balik ke malaysia baru rasa menyesal tak beli..

Dah selesai kat kedai kain ni rombongan kami dihantar ke hotel.boleh berehat rehat sementara nk tunggu makan malam.masa ni kak zu sakit kepala sangat.mungkin cuaca terlampau panas pastu makan buah nangka yang berangin tu dan di sua pula kopi ais vietnam yang super power pekatnya menjadikan kepala kak zu berdenyut denyut mujur bawak ubat tahan sakit dari rumah.

pukul 8 malam turun makan malam kat restoren 1 Malaysia ko.gambar restoren tak boleh muat naik ler pulak.restoren ni dekat jer dengan hotel.berjalan kaki 5 minit dah sampai.Lepas makan terus mengukur jalan ...jom pasar malam lagi.malam ni kak zu borong banyak barang.duit pun dah mula menipis...

okeylah nnti sambung lagi cerita ke chu chi tunel pulak tunggu yer