Hari Ahad yang lepas kak zu dan Abang Megat menerima tetamu.Mereka ialah kawan kawan sekolah Abang Megat semasa bersekolah menengah di Cheras KL dahulu.Kawan kawan suami bermakna kawan kawan isteri jgklah kan...
Disebabkan mereka yang datang ni kesemuanya perempuan maka kak zu jerlah yang lebih lebih melayan mereka.Selepas memberi kata kata aluan (eceh) pada kawan kawan ni laki kak zu tu pun terus menyorok dalam bilik.Tambahan pula salah seorang kawan tu mengenakankan niqab.Semasa nak makan dia seolah olah serba salah nak singkap niqabnya.Jadi lebih eloklah Abang Megat menyorok kat dalam bilik sahaja.Sewaktu kawan kawan ni nak balik baru abang megat keluar dari tempat persembunyian nya tu..hehe
Tetamu ni semuanya datang dari KL.Diorang datang berjalan jalan keTaiping.Diorang duduk dekat Sentosa Villa dikaki bukit larut.Diorang siap naik Bukit Larut dan pergi makan mee udang kat kuala sepetang yang femes giler tu.Kak zu yang dekat ni pun tak der rezki lagi nak sampai kat tempat mee udang tu.harap harap lepas ni Abang Megat terbukak hati ler nak bawak kak zu pergi sana.
gambar puncak Bukit Larut.google jer
Sentosa Villa Taiping.Tidur ditemani deruan air sungai.google jgk..
Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang.Gambar kak zu cilok dari FB depa.jgn marah na...
Kat bawah ni gambar Taman Tasik Taiping yang cantik dan tenang
Kak zu suka tetamu yang datang balik dengan perut yang kenyang. Sebab tu penting bagitau dulu sebelum datang.kalau main terjah dapat makan goreng pisang dengan kopi jerlah jawabnya.
Mula mulanya ingatkan diorang nak datang petang , rupanya tengahari.sebab derang check out villa pukul 1 tghari. Kak zu jamu diorang makan nasi lauk pauk kampung.kalau datang petang kak zu ingat nak masak laksa sebab geram tengok pokok kesum kak zu yang merimbun tu.
Ini gambar lauk pauk yang kak zu masak untuk tetamu jauh tu..
kari ikan tongkol.kalau tak tempat kak zu panggil ikan kayu.
sambal ikan keli cili padi.pedas menyengat.ikan keli ni masa goreng melekat kat kuali dan hancur masa nak kalih kalih tu.lagi pun dia kan meletup bagai masa menggoreng tu yang jadi lagu ni.tapi percayalah rasanya sangat marveles..hehe
ayam goreng kunyit.
sayur campur
ulam ulaman
dua jenis sambal.tempoyak dan sambal belacan.resdung tanggung sendiri...
kebetulan ada jiran bagi sambal jawa.pun kak zu hidangkan sekali ..sedap weh sambal jawa ni.
kak zu dan girlfrens abang megat...betul lah tu kawan pompuan...
Akhir kata "tetamu yang datang membawa rahmat ke dalam rumah kita dan membawa dosa dosa kecil kita semasa mereka melangkah keluar".Islam amat menggalakkan kita meraikan tetamu...
beh nya tgk makanan dier..rindu kat taiping..saya sekol kat seratas di taman tasek tu..siap time tu kena kejar dgn badak air yg terlepas dari zoo gitu ..rindu nya nak balik tepen..!!!
ReplyDeleteooo..pernah sekolah kat tepeng yer...dekat jer dgn umah kak zu..
Deletekak zu..
ReplyDeleteniqab tu apa?
sedapnyer..
nanti saya nak datg saya confirm
seminggu lebih awal
he he
niqab tu penutup muka macam purdah tu..tutup sampai nmpak mata jer..
Deletebagitau awal awal tau...
kalau camnilah hidangan yg dijamu, saya ingat jalan perak nanti nak calling2 zu lah...marvellous!
ReplyDeleteBeruntung nya tetamu yg datang ke rumah Kak Zu ni..mesti pulang dgn senang hati dan perut kenyang.. best nya!...
ReplyDeletelgipun memulia kan tetamu mmg di tuntut kan?...
mesti seronok klu dpt dtg umah akak...:)
Kalau kat kampung ida, ikan kayu tu kami panggil ikan mambu. :)
ReplyDeleteHarap2 terbuka hati abang KAk zu bawak makan sana. hahhaa
ReplyDeleteSedapnya lauk2 kampung, banyak jenis pulak tu... adoi la, terliur saya. Confirm la pasni saya singgah Taiping kalau Kak Zu hidang macam ni tau.
bestnya...nanti kalau ke taiping nak ajak hubby singgah umah kak zue..hihihih... tapi kan kak, memang seronok meraikan tetamu...intan pun kalau orang datang umah rasa besar hati sangat walaupun dapat masakkan sejenis dua je menu...
ReplyDeletemee udang di kuala sepetang tu kami pergi masa visit taiping dulu..cumanya nak jalan2 petang hari hujan la pulak...rindu taiping..bila la incik hubby nak bawak jalan ke sana lagi.....
Taiping memang best.. suka sekali dengan taiping ...
ReplyDeletealamak menu menawan kalbu kena padanannyer...nanti gi tepen leh ler singgah rumah kak zue yerk...
betul tu kak. tetamu yang datang tu membawa rezeki. lagi ramai tetamu lagi byk rezeki masuk.
ReplyDelete