kawan kawan Kak Zu

Thursday, March 21, 2013

persiapan untuk esok

Assalamualaikum...

sekarang dah pukul 11.30 mlm kak zu baru nak menulis di blog kesayangan kak zu nih.dua hari ni kesibukan melanda. hari rabu bawak mak kak zu pergi klinik mata dekat Hospital Taiping.emak kak zu ada masalah selaput mata.termasuk yang semalam (rabu) adalah kali yang ke empat temujanji dia dengan klinik mata

Kesian mak kak zu tu.Masalah rabun dia memang dah teruk sangat. bila tuang air mesti melimpah atau pun tuang kat tepi cawan.bila cuci pinggan mangkuk selalu tak bersih.padahal sebelum ini emak kak zu seorang yang amat menitik beratkan kebersihan.Selalu sangat minta kak zu bawak dia pergi kedai cermin mata sebab nak buat cermin baru.dia kata cermin yang lama dah tak okey.padahal cermin tu baru buat belum pun 6 bulan.

Bila di bawa ke klinik mata barulah tahu rupanya ada selaput di anak mata emak kak zu.bukan nya pasal cermin mata.setelah berkali kali ulang alik ke hospital insyaAllah bulan depan dah boleh buat pembedahan mata untuk pasang kanta.

Esok sekolah dah mula bercuti untuk seminggu.Dapatlah kak zu melepaskan rindu pada anak sulung dan anak kedua kak zu yang tinggal diasrama.Dalam kepala otak kak zu ni dah planning nak masak macam macam untuk di hidangkan pada anak anak.

Bahan basah untuk dimasak esok kak zu dah beli siap siap pagi tadi.Esok lepas memasak kak zu akan ke Balik Pulau untuk jemput Angah.Abang Megat kerja jadi kak zu kena drive sendiri ke Penang.Rasanya dalam pukul sepuluh pagi kak zu akan keluar dari rumah.Selesai amik angah ,kak zu kena ambik kakak anak sulung kak  zu kat sini pulak.Sebelum tu kena hadiri meeting PIBG dulu.Meeting ni penting untuk ambik tahu perkembangan hal hal berkaitan pembelajaran anak anak..

 kakak dan angah suka kalau kak zu masak sambal cili api ikan keli.bersiut siut kepedasan tapi masih menambah sambal ke pinggan.anak anak suka makan ibu masak kan ajer....

anis dan dekna suka sotong goreng berkunyit.

ikan kerapu saiz adik adik.ini untuk emak kak zu.kalau masak steam pun sedap ni.rasa rasanya kak zu akan goreng sahaja.cicah budu...hehehe

14 comments:

  1. Wah kak zu... Semangat kan nak masak kalau ramai2 makan... Tmbah2 lagi masak utk anak2 dan org2 trsayang :) mesti seronok... Erm..semoga pmbedahan mata mak kak zu nnti brjln lncar... Take care kak zu..drive safely nnti.. :)

    ReplyDelete
  2. seafood semuanya. :D:D kecuali keli, riverfood hehhee.
    Semangat la kakzu anak2 ada kat rumah nnt :D:D have fun with ur family.

    ReplyDelete
  3. seronoknya menanti anak2 balik rumah..safe driving zu. wah, wonder woman, super woman ya..
    mudah2an operate mata mak zu berjalan lancar. dapat bayangkan keadaan dia yang selalu terang mata, tiba2 ada masalah pula..

    ReplyDelete
  4. wah..teringat jaman dgn mak..klu abg kakak nak balik...ai ler yg kena kerahan siapkan bahan basah nie..hihihi..beh kenangan tu...
    kakzu..cer cuba bagi mak kzu wat amal minum sesudu teh minyak habatussawda pagi n mlm..mak kzu ada diabetis ker? Ni pemakanan sunnah..insya allah...

    ReplyDelete
  5. wah macam terbayang-bayang kesedapan sambal cili padi ikan keli tuh...dapnyaaa..nanti pos la gambar dah siap masak..hihihi..

    ReplyDelete
  6. Amboi semangat nak sambut anak balik bercuti kan Kak Zu?.. seronok nya budak2 ada ibu yg pandai masak.. makan sedap2 masa cuti...:)
    Moga operation mata Mak Zu berjalan lancar ya..amin!

    ReplyDelete
  7. sedanya....semua menu2 kegemaran yan juga tu he heee....

    ReplyDelete
  8. ala teringat kat mak kita dulu2.. kalau kami adik beradik balik asrama macam2 makanan utk memenuhi selera kami.. esp sayalah sebab mak tau masak apajer mesti saya habiskan...

    ReplyDelete
  9. seronoknya bila anak2 ada semua kat umah kan kak.... yg paling best msk makanan kegemaran dorang :D

    ReplyDelete
  10. budak2 kat rumah ni pun suka keli masak cili.

    ReplyDelete
  11. bestnya... teringat mak kt kg. huhuhu

    ReplyDelete
  12. nak sotong goreng kunyit skit buleh...hehehe:)
    PC suke gak sotong goreng kunyit!;p

    ReplyDelete
  13. tak siap lg ni..pun nampak macam nak tumpang mkn je ni..

    masak gotong royong..suka ikan keli tuh..goreng pun sedap

    ReplyDelete