kawan kawan Kak Zu

Thursday, March 7, 2013

Kita Menghajati Dan Allah Memudahkan


Pertama sekali kak zu nak ucapkan syukur diatas nikmat ketenangan yang Allah kurniakan kepada Kak zu dalam menjalani kehidupan sehari harian.Feeling ustajah sebab baru balik dari kelas tafsir Al quran..hehe

Kelas hari ni dimulakan dengan bacaan umul kitab iaitu surah Al Fatihah dan diikuti dengan bacaan Asmaul Husna..Hari ni baca tafsir surah An Nahli..sambungan dari minggu minggu yang lepas.

Kat sini kak zu nak bagitau kawan kawan semua yang kak zu telah berjumpa seorang kawan lama yang kak zu kenali semasa sama sama belajar menjahit tahun 2000 yang lalu..lebih dari sepuluh tahun tak jumpa dia.

kawan ni kak zu namakan sebagai Kak Ani sahaja.walaupun kenal dia tak lama tapi persahabatan yang ikhlas tu sangat terkesan dihati kak zu.Dari dialah kak zu tahu yang memakai pakaian berwarna putih utk solat bagi orang lelaki adalah di sunatkan.masa tu kak zu muda lagi baru awal 20an,jadi benda benda gini selalunya tak ambil peduli.Kelas kelas pengajian pun tak pernah nak hadiri.terukkan kak zu ni

Sejak diberitahu begitu oleh Kak Ani, Kak zu  hanya akan membelikan baju Melayu atau jubah  yang berwarna putih untuk Abang Megat.

Yang kak zu perasan sejak dua menjak ni kak zu asyik teringatkan si kak ani ni.selepas habis kelas menjahit dulu terus terputus hubungan.no telefon pun tak ambik.ataupun ambik tapi hilang ,yang mana satu kak zu pun dah lupa..kak zu berhajat sangat nak jumpa kak ani ni.

Alhamdulillah,Allah mendengar bisikan hati kak zu ni.Semasa kat kelas mengaji tu kak zu terperasan kelibat seseorang yang kak zu rasa pernah kenali.setelah diamat amati orang tu adalah kak ani.Dia baru join kelas tu sedangkan kak zu dah join lebih dari 2 tahun dah.

Syukur pertemuan sahabat lama ditempat yang boleh diumpamakan sebagai "taman taman syurga" iaitu di kelas pengajian.Alhamdulillah sekali lagi.Apa lagi berpeluk pelukan sakan lah kami.Rupanya dia pun tak pernah melupakan kak zu ni..semoga silaturahim sekali ini akan berkekalan hendaknya...aminnn..


suatu ketika kak zu bercadang nak mencari sesuatu yang seperti ini supaya senang nak lekat di dinding.Makna makna bacaan dlam solat.bahan bacaan yang terlekat begini amat menyenangkan kak zu untuk membacanya bila bila masa sahaja apabila terpandang.kalau guna buku sedikit leceh nak kena selak helaian demi helaian.

Dua tiga hari selepas berhajat tu ,ada seorang pemuda hari pusat tahfiz datang untuk membuat jualan sambil menderma.dengan senang hati nya kak zu membeli sambil menderma sebab memang benda sebegini yang kak zu idamkan.

benda ni pun kak zu berhajat juga.tup tup ada jemaah pengajian bawak kat kelas mengaji.banyak betul yang dia bawak.lebih kurang seratus keping.dapatlah dekat kak zu satu.semoga orang yang membawa ni dapat pahala yang berterusan selagi ada orang yang mengamalkan nya..


Ini almari baju kak zu merangkap papan kenyatan...hehe..apa juga yang kak zu  perolehi semuanya lekat di sini supaya senang nak membelik dan membacanya bila berdiri depan tu  masa nak ambik baju..yang kertas putih kecik tu jadual kerja abang megat.bertanda kuning hari abang megat kat pelantar minyak.yang putih selebihnya hari kat rumah.kiranya 6 bulan kat darat 6 bulan kat laut.sangat bagus untuk kaedah merancang keluarga...hehe

Yang sebelah kanan atas sekali jadual persekolahan anak kak zu dekat MRSM.yang berwarna unggu tu boleh pulang bermalam atau waktu cuti sekolah.bagus ada benda ni supaya ibu dapat tau bila anak nak balik rumah supaya senang nak beli makanan bnyk bnyk.anak kak zu ni suka makan.*sila abaikan bungkusan hitam atas almari tu..


*panjang lebor entry kali ni.asal nak cerita jumpa kawan lama jer.melalut kelaut sudahnya.oh ya! masa kat kelas mengaji tadi ada sorang makcik ni cakap "manisnya muka hang" masa kak zu salam dengan dia...hik hik hik...tak sabar  nak tunggu kelas minggu depan sebab nak salam dengan mak cik ni lagi...hehe

15 comments:

  1. Kita berdoa ..Allah memakbulkan dan mempermudah cara..amin! :)

    ReplyDelete
  2. Itulah beruntungnya bila menghadirkan diri ke taman-taman syurga. Berteman dgn sahabat yg punya minat yg sama kerinduan dan pertemuan pun Allah atur di taman syurga juga. Syukur alhamdulillah moga ukhuwah terus terjalin erat.

    ReplyDelete
  3. benar zu...kadang2 setiap pertanyaan/kemusykilan kita tentang sesuatu, ada pulak yg tolong tanya atau jelaskan dalam Tanyalah Ustaz dan sebagainya sama ada ikut kuliah.bacaan mahupun media..
    syukurlah...

    ReplyDelete
  4. hamboi kak. seume jadual ada. saya suka lekat kat peti ais kak. macam macam kertas, resit sume ada kat situ.

    ReplyDelete
  5. Seronoknya...dpt jugak akk jumpa dgn kwn akk tu..

    ReplyDelete
  6. Allah maha mendengar bisikan dan hajat Zu.seronok kan dpt jumpa kawan yg selalu di ingatan..

    ReplyDelete
  7. Doa yang tidak putus, insyaAllah akan dimakbulkan olehNya....(^_^)

    ReplyDelete
  8. slm singgah bila saikit sedikit kebah , tq doanyer ye

    ReplyDelete
  9. Allah akan makbulkan.. cuma masa yang menentukan :)

    ReplyDelete
  10. insyaallah apa yang di hajati Allah akan kurniakan cuma lambat atau cepat dia yang menentukanya......

    ReplyDelete
  11. Tapi yg Okje suka tengok benda atas almari tu ZM hehe...tu kira sikit tu cantik dah tu...hehe
    Allah kan maha mendengar....indahnya menjadi hambanyakan...bisikan dalam hati diperkenankan!

    ReplyDelete
  12. Panjang betul entry kali ni kakzu...biasalah tu bile dah start bercerite payah nak berenti...PC pun camtu jugak...hihi;p

    semoga doa dan keinginan kita sentiasa dimakbulkan Allah, ameen:)

    ReplyDelete
  13. Hahaha ending citer ni mmg la tergelak saya.

    ReplyDelete