kawan kawan Kak Zu

Friday, March 1, 2013

pokok pokok ku


Haha..tajuk macamlah kak zu ni ada kebun berekar ekar.Padahal tanam dalam pasu dan diluar pagar rumah jer pun.Tak kisahlah kan janji update blog...

Idea dah kering ni .Jadi bila dok termenung kat luar tu terpandanglah pokok pokok kat halaman yang kekurangan kasih sayang sebab tuan dia sebok berblog..hehe


tuan blog ni gedik tau.masa takder daun kesum gatai sangat nak masak asam pedas.siap pergi beli ataupun ambik rumah kawan lagi.bila emak kak zu datang dari kampung  dia bawak benih pokok kesum ni dan tanam dalam pasu tu.sekarang bila dah kaya raya dengan daun kesum haram sekali pun tak buat asam pedas.balik balik sup ayam jer.


pokok limau purut ni baru tanam awal tahun baru ni.pokok sebesar ni pun dah jadi mangsa tuan blog yang teringin nak masak tomyam.bru baru ni kak zu tengok dah ada peminat kat pokok ni.nampak tak yang putih putih bawah batang tu.apa benda kak zu tak tahu mungkin sarang semut sebab ada banyak semut kat pokok nih..

pokok kari kesayangan kak zu.dah lama pokok ni ,dari rumah lama bawak kerumah baru ni.tk tinggi tinggi.ketot jer.tuan dia yang makin meninggi.mungkin sebab tanam dalam pasu kot.terbantut agaknya.ataupun kekurangan baja..tuan pemalas nak membaja..

pokok serai ni kat luar pagar.ada tiga rumpun semuanya.tapi hanya serumpun ni yang kak zu selalu ambik.

dua rumpun laki bini ni tak der sapa pun nak ambik.kak zu offer gak kat jiran jiran tapi depa semua takndak.depa lebih rela beli dari terkena miang daun serai tu..takperlah depa semua orang orang kaya ..huk huk...

pokok mempelam ni dah masuk tahun ketiga emak kak zu tanam.iyer ulang sekali lagi emak kak zu yg tanam walaupun anak pokok ni kak zu yang beli.dah tiga tahun dok tinggi tu jgak.kalau pokok lain tiga tahun tanam dah boleh makan buah.tapi pokok ni nan ado.yng kak zu perasan tanah ni dalam dia tersangatlah banyaknya batu.asal cangkul jer kena batu ,asal korek lubang jer jumpa batu.tu sebabnya  akar pokok ni takleh nak membesar.esok pagi kak zu nak bisik bisik ngan pokok ni kalau dia takmau membesar kak zu nak tebang dia.nak tengok dia gabra tak...hehe

okeylah sekian sahaja lintas lansung dari ladang cik leha.oiiittt jangan gelak.nama glamer kak zu kat kampung leha tau...

22 comments:

  1. Suka pokok kesum, kari ngan daun limau purut tu. senang nak masak kan. Hr tu tanam jugak pokok limau purut tu. tapi rosak sbb ulat suka kacau. Pokok kari dgn kesum x de. Nanti nak mintak kat k zu sikit ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ulat pntg jumpa pokok limau purut hbis togel pokok dikerjakan depa

      Delete
  2. Bestnya dapat tanam macam2 pokok...saya tak pandai menanam...;(

    ReplyDelete
  3. walaupun dalam pasu masih dikira berbudi pada tanah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dlm pasu senang nk alih.jemu jemu jer ubah tempat

      Delete
  4. Bestnya boleh tanam pokok banyak-banyak..walaupun dalam pasu..rajin kak zu ni..

    ReplyDelete
  5. bestnya kak zu bertanam..dulu masa kecik2 suka tanam pokok bunga dn mcm2 lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg kita sibuk dgn benda lain

      Delete
    2. sekarang sibuk dgn anak2 kak zu..tak terjaga pokok2 kalau bertnam skrg ni hehe

      Delete
  6. nak daun limau purut sikit... dah lama makan tomyam xde daun limau purut :(

    ReplyDelete
  7. Sukanya tengok daun Kesum...Okje ada gak tanam dalam pasu walaupun tak banyak mana...tapi lepaslah nak buat asam pedas sesekali tu hehe....Kat umah OKje tak leh tanam kat luar sebab banyak anjing takut dia kencing ...

    ReplyDelete
  8. bestnya ada tanah utk bercucuk tanam...kita ni sekangkang kera pun tak ada...

    redha:)

    ReplyDelete
  9. kena tambah pokok kunyit dan kucai ni zu...senang nak masak lomak dan buat cekodok :D))

    ReplyDelete
  10. Salam Kak Zu..
    amboi rajinnye menanam ye..
    dalam byk2 pokok yg aka tanam
    kat umah nisah cume ada pokok serai, kari, kunyit. yg kunyit tu pun dh nmpk cam nyawa2 ikan aje tu hehhehe

    ReplyDelete
  11. ahhaha rajin Kak Zu, sini serai 4 btang dekat 2euro tau, gedik jugak saya time ada malas nak masak sampai kering kejung, dah takder baru gatai nak buat itu ini.
    Psstt baru tadi saya campak biji benih kangkung dalam pasu tepi tingkap, tak tau la boleh survive ker tak sejuk2 ni.

    ReplyDelete
  12. assalam k zu
    ok tu pokok2 ni berguna kat dapur he heee geram tgk pokok kesum tu, subur je. Sama la k.zu tanam dlm pasu je tp puashati kaan blh jg guna bila nak masak2 ni cam daun limau purut daun kari tu. daun kari sy dah tanam kat dpn umah tepi jalan cepat membesar betul, baru2 ni blk kan sy bawa ank pokok kelapa he heee bising jg si anak bujang tu katanya nanti org marahh. impian sy nk tanam pokok mangga je belum berjaya
    kat belakang umah dulu penuh pokok2 dlm pasu tp sejak jiran belakang reno rumah dia habis rosak pokok2 sy hu huu sedih k zu

    ReplyDelete
  13. Hi Kak Leha...opss! Kak Zu, im coming...hehe.
    rajin nya tanam pokok2 tu... tak payah susah2 nak beli.. hah! pasni boleh lah share resepi asam pedas...:)

    ReplyDelete
  14. bestnye kak zu ada pokok2 gini nanti nak masak main petik2 aje..

    ReplyDelete
  15. bagusnyer ada pokok2 tanam sendiri ni, teragak nak masak buat, boleh petik2 aje hehehe

    ReplyDelete