kawan kawan Kak Zu

Saturday, March 30, 2013

Kuala Kangsar Bandar Diraja

Assalamualaikum

Lepas dizikir zikir 40 x ditelinga Abang Megat akhirnya dia pun setujulah nak bawak kak zu dan anak anak keluar jalan jalan cuti sekolah nih.Masa makan tengahari tu slow jer kak zu cakap"bang ..jom pergi Cameron"..punyalah bulat mata dia pandang kak zu..tanda tak setujulah tuh..slow slow jgk kak zu cakap "oklah..pergi dekat dekat jer "..huhu


Ha...Kuala Kangsar jerlah yang paling dekat ...kalau dari kamunting nak kesana dalam 40 minit berkereta ikut jalan lama..Disebabkan pergi ke Kuala Kangsar makanya Si Kakak dan Si Angah takmau ikut.Hanya Dekna dan Anis sahaja yang pergi...


Bertolak dari rumah pukul 12 thgari..mula mula pergi Geleri Sultan Azlan Shah dulu.tahun 2008 dulu dah sampai.tapi masa tu budak budak ni kecik lagi belum pandai baca.sekarang depa berdua tu dah belajar kat sekolah tentang kesultanan Melayu jadi memang sesuailah bwk mereka ke sini..biar mereka kenal asal usul Kesultanan Negeri Perak...

pintu masuk dan harga tiket..murah jer

sejarah pembukaan

ada dua buah bangunan.ini yg kedua..

ini yg pertama..

Galeri kereta..dalam tu semua kereta,motosikal dan basikal yang pernah digunakan Tuanku Sultan




tak lupa jugak gambar gedik laki bini..Abang Megat ni saja tau..selalu rosakkan gambar dengan memek muka dia..




Dekna dan Anis tahun 2013

                                          Dekna dan Anis tahun 2008 ditempat yang sama..



bersolat zohor dimasjid yang cantik dan terkenal ni.Masjid Ubudiah


ok ..itulah xtvt kami cuti sekolah ni selain masak masak dan memasak...


*kak zu nak pergi makan kenduri kat sungai petani hari ni..blik nnti BW yer..semlam kak zu BW kul 1 pagi sampai kena tegur ngan nea lopah..hehe

Friday, March 29, 2013

kembali ke pangkuan keluarga..

Hati kak zu berbunga bunga bahagia.setelah berbelas hari terpisah kini sidia telah kembali ke pangkuan keluarga.terlerai sudah kegala kerinduan dan rindu dendam Punyalah teruja bila si suami dah balik , padahal dah lebih 16 tahun menghadap situasi yang sama..dia pergi dan dia kembali..

Lagilah tak boleh nak hadap blog lama lama sebab sibuk nak layan sidia.Tapi insha Allah kak zu akan curi curi masa ziarah blog kengkawan semua yer...


.macam nilah tempat kerja suami kak zu..terpisah beribu ribu batu dilautan untuk mencari rezki buat keluarga..

Wednesday, March 27, 2013

Tuesday, March 26, 2013

rendang ayam kampung


Assalamulaikum..

Cuti sekolah ni kesibukan makin berganda.sampaikan nak update entry baru pun takder masa.BW lagi lah tak sempat.Baru nak on lappy dah dengar Anis dan Dekna bergaduh mulut.hang kata dia..dia kata hang..geramnya....

Janji ngan anak teruna kak zu nak buat nasi ayam,Tapi gara gara lambat pergi pasar semua ayam dah habis.Masa arah nak balik nampak satu gerai berpayung ada jual ayam.kak zu pun serbulah..belek belek rupanya ayam kampung.sekilo RM15.Disebabkan malu sebab dah pegang pegang ayam tu kak zu pun ambiklah sekor.sekilo lebih.

Dalam hati cakap masak rendang jerlah.bye bye nasi ayam.hari lain lah pulak.

Bila tiba nak mula masak..ayam nak siap cuci masuk dalam kuali..cili kering pun sedang direbus..bawang bawangan dan serai pun dah ready nak dikisar..tiba tiba blender kak zu buat hal lah pulak.keluar air meleleh leleh ikut bawah...adoiiiii...


dah berkerodak kat tepi tepi tuh..agaknya dah lama kot bocor nih.rasa rasa dah 6 ke 7 tahun kot pakai blender ni..sebelum ni pernah beli balang baru tetapi tak sepadan ler pulak.ia yer jer tokey kedai kata sepadan.rugi duit...


terus berdesup naik kereta pergi beli blander baru.apa kesudah semua bahan nak masak rendang dah tersedia.ndak tak ndak kena beli baru jgk lah.beli yang berbalang 3..dua untuk basah dan 1 untuk kering...terfikir 1 untuk bawang/cili satu lagi boleh guna untuk blend daun pandan atau pun buah buahan..

akhirnya siap jugak rendang ayam kampung ku..takleh kering sangat sebab budak budak kat rumah ni suka rendang ayam yang berkuah.Angah keluar bilik tanya 'mana nasi ayam'..hari lainlah nk oiii...


*hari yang last sekolah tu kak zu tak sempat pun nak pergi mesyuarat PIBG.dari Balik Pulau sampai Taiping pukul 430 ptg..meeting pun dah habis..

Saturday, March 23, 2013

sedikit perkongsian...

 Semalam kak zu ada baca entry terbaru Anim yang bertajuk kebetulankah.SINI.dan kak zu ada meninggalkan komen.kak zu bukanlah pandai sangat pun dalam bab agama ini.ilmu masih cetek dan perlu banyak belajar lagi dan kena menghadirkan diri dalam majlis majlis ilmu lebih kerap lagi.

Hari ni kak zu tengok Anim dah tukar tajuk entry dia kepada ketentuannya. Kak zu rasa macam tak sedap hati jer sampai anim kena tukar tajuk pulak.

Jadi hari ini kak zu panjangkan lagi perkara tersebut dalam blog kak zu pulak,supaya kita semua mendapat lebih manfaat.kak zu pun kadang kadang alpa dan tak berhati hati dalam pertuturan,walaupun sebenarnya tahu benda tersebut patut dielakan.

Dalam ceramah sempena sambutan maulidur rasul yang lalu,penceramah iatu Ustaz Tengku Raja Muda Wali ada mengingatkan bahawasanya orang islam yang beriman tidak digalakan menggunakan perkataan "kebetulan",kerana sesuatu yang terjadi semuanya telah ditakdirkan dan di tentukan oleh Allah SWT.perkataan kebetulan tidak berdosa kalau disebut.jangan salah faham nyer kawan kawan.

sebagai contoh..

kita selalu kata begini "kebetulan saya dah jumpa awak disini jadi saya teruslah bagi kad jemputan kawen ni pada awak.."

ustaz menyuruh kita tukar ayat tersebut kepada begini.."Allah dah takdirkan kita berjumpa disini jadi saya teruslah bagi kad jemputan kawen ni pada awak"

semoga kita semua mendapat hidayah dan minta Allah mengampunkan dosa dosa kita semua.Yang baik dari Allah yang buruk dari kak zu..

Wallahualam.


Thursday, March 21, 2013

persiapan untuk esok

Assalamualaikum...

sekarang dah pukul 11.30 mlm kak zu baru nak menulis di blog kesayangan kak zu nih.dua hari ni kesibukan melanda. hari rabu bawak mak kak zu pergi klinik mata dekat Hospital Taiping.emak kak zu ada masalah selaput mata.termasuk yang semalam (rabu) adalah kali yang ke empat temujanji dia dengan klinik mata

Kesian mak kak zu tu.Masalah rabun dia memang dah teruk sangat. bila tuang air mesti melimpah atau pun tuang kat tepi cawan.bila cuci pinggan mangkuk selalu tak bersih.padahal sebelum ini emak kak zu seorang yang amat menitik beratkan kebersihan.Selalu sangat minta kak zu bawak dia pergi kedai cermin mata sebab nak buat cermin baru.dia kata cermin yang lama dah tak okey.padahal cermin tu baru buat belum pun 6 bulan.

Bila di bawa ke klinik mata barulah tahu rupanya ada selaput di anak mata emak kak zu.bukan nya pasal cermin mata.setelah berkali kali ulang alik ke hospital insyaAllah bulan depan dah boleh buat pembedahan mata untuk pasang kanta.

Esok sekolah dah mula bercuti untuk seminggu.Dapatlah kak zu melepaskan rindu pada anak sulung dan anak kedua kak zu yang tinggal diasrama.Dalam kepala otak kak zu ni dah planning nak masak macam macam untuk di hidangkan pada anak anak.

Bahan basah untuk dimasak esok kak zu dah beli siap siap pagi tadi.Esok lepas memasak kak zu akan ke Balik Pulau untuk jemput Angah.Abang Megat kerja jadi kak zu kena drive sendiri ke Penang.Rasanya dalam pukul sepuluh pagi kak zu akan keluar dari rumah.Selesai amik angah ,kak zu kena ambik kakak anak sulung kak  zu kat sini pulak.Sebelum tu kena hadiri meeting PIBG dulu.Meeting ni penting untuk ambik tahu perkembangan hal hal berkaitan pembelajaran anak anak..

 kakak dan angah suka kalau kak zu masak sambal cili api ikan keli.bersiut siut kepedasan tapi masih menambah sambal ke pinggan.anak anak suka makan ibu masak kan ajer....

anis dan dekna suka sotong goreng berkunyit.

ikan kerapu saiz adik adik.ini untuk emak kak zu.kalau masak steam pun sedap ni.rasa rasanya kak zu akan goreng sahaja.cicah budu...hehehe

Tuesday, March 19, 2013

popia pisang emas


Assalamualaikum . Sarapan apa korang pagi ni.Kak Zu makan kuih muih .Beli jer...mana sempat nak buat kuih bagai.Kalau untuk minum petang memang sempatlah  nak main masak masak. Buat kuih ker cucur bawang ker atau pun buat bubur.Tapi sejak dua menjak bila dua orang anak yng besar duduk hostel dah jarang sangatlah main masak masak ni.Tunggu cuti sekolah ni baru nak bersilat kat dapur balik.Semua anak anak dah berkumpul baru semangat ibu nak memasak datang berkobar kobar..

Oh ya..gambar kat atas tu ialah popia pisang emas.kak zu buat lama dahulu.Masa tu pisang memang banyak kat rumah.Sedap tau popia pisang ni.kak zu rasa korang mesti dah pernah makan. Rasa rasanya yang pandai buat pun ramai...

Okeylah bagi yang tak pernah makan ataupun yang tak pernah buat,meh sini kak zu nak ajar cara buat benda ni.senang sangat tau...

Watak pertama yang kena ada mestilah pisang emas.Pisang emas orang dah tak bawak belayar sekarang .Orang makan ataupun buat cokodok jer hehe melalut ke laut pulak kak zu ni....

pisang emas 
kulit popia
sesudu tepung gandum bancuh dengan sedikit air untuk buat gam

Pisang emas tu jangan guna yang terlmpau masak sangat sebab nanti masa menggoreng dia akan keluarkan sira.gamabar pisang kak zu kat atas tu dikira terlampau masak lah tuh.kalau sira dia keluar gorengan akan meletup letup dan minyak menjadi kehitaman.seeloknya guna pisang yang masak sedang sedang sahaja..

caranya...letakan sebiji pisang emas diatas sehelai kulit popia.gulung macam buat kuih ketayap.gam kan hujang kulit popia tu.buat sampai habis dan mula menggoreng sampai kekuningan.toskan atas tisu.

makan dengan kopi atau teh memang syorga...

selamat mencuba tau....

Sunday, March 17, 2013

Alhamdulillah doa ku dimakbulkan


Dah dekat dua minggu

Angah anak teruna kak zu

tak telefon...

kak zu punyalah rindu

nak dengar khabar berita darinya...

setiap kali telefon berbunyi

kak zu selalu berharap suara dia disana

selalu nya hampa

apa khabar agaknya anakku disana

lupakah dia pada bonda dan keluarga

kehabisan wang kah dia agaknya

ataupun kesibukan sentiasa membelenggu 

macam macam yang bonda fikirkan...

dalam hati berdoa yang baik baik sahaja 

untuk anak anak walau dimana saja mereka berada

sambil fikiran ligat memikirkan si anak

terus kaki melangkah untuk mendirikan solat

selesai bersolat..

dalam doa yang panjang 

bonda mengadu pada Yang Maha Esa

perkara pertama yang bonda mohonkan

diampunkan dosa dosa kita semua

kemudian terus bonda berdoa untukmu anak

jangan di lupa pada ayah bonda dan adik adik mu disini

juga minta di bukakan hati mu

untuk menelefon bonda yang kerinduan ini

aminnnnn..Ya Allah makbulkan lah doa ku ini


seminit dua minit sehingga sepuluh minit berlalu

tiba tiba telefon bonda berbunyi

sayup sayup suara garau Angah dihujung sana

Ya Allah terima kasih kerana

mendengar doa hambamu yang lemah ini
-
-
-
-
-

"angah nak telefon ibu tapi selalu telefon takder yang kosong"

"angah selalu tak cukup masa kelam kabut nak buat semua benda"

"selalu duit syiling tak cukup kalau nak telefon ibu "

"kad i-talk yang ibu beli dah hilang"

alasan anak teruna kak zu...
ibu faham keadaan mu di sana anak...



Thursday, March 14, 2013

cerita macam macam

Assalamualaikum dan selamat pagi khamis.hari ni gigih kak zu buat entry pepagi.selalu tu dah nak senja baru nak post entry..atau tak pun malam baru tergedik gedik nak buat entry baru.orang lain dah nak tarik selimut kak zu baru nak tekan button publish.

sekejap lagi kak zu nak pergi kelas tafsir Al Quran kat rumah ustaz Jalal.Semalam dah berjaya pujuk sorang mkcik ni ikut serta dalam kelas tu.Rasa nya dekat setahun jgk dok ajak dia kesana.Masuk ni dah 2 orang makcik yang ikut kak zu dan kawan kak zu nama dia ina.Hari ni giliran kak zu bawak kereta.semalam naik kereta ina.


kitab tafsir yang jemaah pengajian gunakan.

hari Isnin yang abang megat nak balik kerja ituhari,dia ada beli mempelam.Dia memang suka makan mempelam.Entah apa malang nasib dia kesemua 6 biji mempelam yang dia beli semua nya belum masak.isi semuanya keras lagi walaupun dah kekuningan.Dia dah kupas 2 biji.masam masam manis isinya.

Petang hari yang sama dia kena balik ke Trangganu.Mana sempat nak masak kalau peram dalam tong beras sekali pun.Semalam (rabu) kak zu tengok buah ni dah masak ranum.Kesiannya kat laki ku tak merasa nak makan mempelam ni .rasa tak sampai hati nak makan pulak bila mengenangkan buah ni kesukaan en laki.kupas sebiji bagi dekna dan anis makan.manis dan berjus.

 

kawan kak zu siapa lagi kalau bukan Ina bagi pinjam novel ni.belum mula baca lagi.Dia ni memang rajin beli dan baca novel.NOrhayati Berahim ni memang penulis kesukaan kak zu dah ina.Dah lama kak zu tak beli novel sendiri.Last beli novel Uda dan Dara karya Aisya Sofea.best sangat novel tu tau..

yang ini pun novel Ina jugak.dah siap baca dan dah pulangkan pun kat dia. tebal gila.pagi petang siang malam dok belek buku ni .Rumah tonggang langgang.Layan novel waktu abang megat takder kat rumah adalah sesuatu yang amat meriangkan hatiku.Takder saper nak sentap sebab banyak kain baju berlonggok tak berlipat...hehe

okey gang kak zu stop sini dulu.nak bersiap siap nak pergi rumah ustaz.balik nanti kak zu BW yer.tungguuuuuuuuuuu...

Wednesday, March 13, 2013

# WW # dah petang baru terhegeh hegeh nak wordless bagai



 
macam tak percaya beberapa tahun lepas kak zu pandai buat sulaman reben...

Monday, March 11, 2013

jumpa lagi 2 minggu..

Hari ni kak zu kurangkan masa depan laptop ni sebab lebihkan masa mengadap suamiku yang hensem bak kata Atie Dijari pena menari.Karang dia sentap kalau kak zu ngadap laptop lebih dari ngadap muka dia.suami sentap isteri berdosa masuk neraka tau..hehe

Suami kak zu kena balik kerja semula.rasa tak puas jer bermanja dan bertekak ngan dia kat rumah.pejam celik pejam celik dah pun 2 minggu berlalu..


bye bye bang...jaga mata ingat rumahtangga yer...hehe...insyaAllah kalau ada rezki tahun ni kita beli kereta sebijik lagi yer.takyahlah berulang alik dengan bas lagi...

*jangan percaya perkataan hensem diatas..

Sunday, March 10, 2013

andalusia

Selain dari kelas tafsir setiap rabu dan khamis

kak zu juga ada mengikuti kelas tajwid

kebanyakan dalam kelas tu orang tua

yang muda adalah tiga empat orang jer

muda dalam cerita ni adalah yang umor 30 an

yang lain lain  dlam lingkungan umor 50 an keatas

respek betullah dengan makcik makcik ni semua

gigih datang berpanas berhujan diorang ni..

agaknya mungkin kesunyian kat rumah sorang sorang

kalau kat kelas tajwid dapat bertemu ramai kawan..

ada sorang makcik nih..

kak zu namakan dia cik ton

cik ton "hang dok dengan sapa"

kak zu "dok ngan suami sayalah..kenapa"

cik ton "hmmmm...ingatkan dok ngan adik beradik "

kak zu "saya dah kawen anak empat"

cik ton "ooo..ingatkan anak dara tua"

hahaha..'anak dara' tu sedap dah..tang 'tua' tu tak berapa nak syok dengar

agak nya cik ton ni ada nak rekemen kan kak zu kat duda mana lah ya...

*harap harap abang megat tak baca entry yang ini..

Saturday, March 9, 2013

5TH ANNIVERSARY MINI GA PINK UMMI



Pertama kali nya kak zu join segmen GA ni..sebelum ni tengok blogger lain jer dok join sakan.
jom ramai ramai kita join  mini GA dari mimi sempena anniversari nyer yang kelima..


syarat dia pun sangatlah mudah


1. Terbuka kepada blogger yang duduk menetap di MALAYSIA aje ye...
2. Tempek header saya kat entry korang ye..
3. Tinggalkan link url entry korang kat kotak komen nih.
4. Tarikh tutup : 31 Mac 2013 (Tamat pukul 11.30 malam)


hadiah dia nak bagi pun menarik juga..



Hadiah yang bakal dimenangi :

Tempat pertama : Cardigan labuh + Sehelai Tudung 
Tempat kedua : Sehelai tudung + Kerongsang
Tempat ketiga : Inner neck + Kerongsang

3 pemenang saguhati

Kerongsang x 3 orang pemenang


bestkan hadiah nya..nak tau lebih lanjut klik SINI

Friday, March 8, 2013

KHALIFAH KHALIFAH YANG BENAR

Assalamualaikum dan salamat berhari Jumaat.Ini ialah entry ulang tayang.kak zu buat entry ni semasa baru baru berjinak dengan dunia blogging.sayang pulak sebab masa tu takder sapa pun yang baca...

Khalifah Abu Bakar As Siddiq




Sahabat nabi iaitu Abu Bakar As Siddiq terpilih untuk menemani Rasullullah berhijrah ke Madinah.Mreka memilih untuk bersembunyi di dalam Gua Thsur selama 3 hari 3 malam.Ini kerana orang2 Kafir Quraisy mangancam untuk menangkap dan membunuh Nabi Muhammad saw.


Anak Abu Bakar yang bernama Asma telah ditugaskan untuk menghantar makanan kepada ayahandanya dan Baginda nabi selama tempoh persembunyian tersebut.Pada ketika itu Asma sedang mengandung tujuh bulan.Puteri Abu Bakar ini dengan beraninya memanjat Gua Thur yang tinggi ini dengan keadaannya yang sedang sarat mengandung..


Di dalam Gua Thsur terdapat ular2 dan kala jengking yg berbisa.Abu Bakar masuk ke dalam gua dahulu utk membersihkan dan menutup lubang2 yg terdapat didalam gua tersebut dgn batu.Tetapi masih ada lubang yang belum sempat ditutupnya .Tiba2 dari salah satu lubang tersebut keluar seekor ular lalu mematuk kaki Abu Bakar As Siddiq tetapi tidak dihiraukan nya.
   
 Disebabkan keletihan Nabi muhammad berbaring diatas lantai gua itu lalu tertidur.Abu bakar As Siddiq datang lalu memangku kepala Rasullullah SAW.Pada masa itu barulah bisa ular yg mematuk nya sudah mula meresap ke dalam tubuh nya.Namun beliau terus menahan kesakitan sehingga air mata nya menitik lalu jatuh ke muka nabi.Baginda terjaga lalu bertanya sebab Abu Bakar menangis

   "wahai Rasullullah saya dipatuk ular" jawab Abu bakar sambil menahan kesakitan.

    "mengapa tidak dikhabarkan kepada saya tadi" tanya Rasullullah

    "Rasullullah sedang tidur.Saya tidak sampai hati mengejutkan" jawap Abu Bakar As Siddiq


Mendengar jawaban itu maka Rasullullah SAW berdoa "Ya Allah,jadikanlah Abu Bakar sedarjat denganku pada hari kiamat kelak"


Kemudian barulah Nabi Muhammad SAW membaca doa dan meludah pada luka patukan ular tadi..Dengan izin Allah maka Abu Bakar tidak berasa sakit lagi.

(Petikan Drpd buku Khalifah khalifah Yang benar.)

*Kak zu sangat suka membaca dan mendengar cerita mengenai sahabat sahabat nabi.Bila menbaca kisah kisah bagaimana mereka mula mengenali Islam dan sanggup mati mempertahankan Agama suci ini air mata kak zu tanpa sedar dan segan silu mengalir dipipi..Kak zu cinta kepada semua sahabat sahabat nabi ini..

Thursday, March 7, 2013

Kita Menghajati Dan Allah Memudahkan


Pertama sekali kak zu nak ucapkan syukur diatas nikmat ketenangan yang Allah kurniakan kepada Kak zu dalam menjalani kehidupan sehari harian.Feeling ustajah sebab baru balik dari kelas tafsir Al quran..hehe

Kelas hari ni dimulakan dengan bacaan umul kitab iaitu surah Al Fatihah dan diikuti dengan bacaan Asmaul Husna..Hari ni baca tafsir surah An Nahli..sambungan dari minggu minggu yang lepas.

Kat sini kak zu nak bagitau kawan kawan semua yang kak zu telah berjumpa seorang kawan lama yang kak zu kenali semasa sama sama belajar menjahit tahun 2000 yang lalu..lebih dari sepuluh tahun tak jumpa dia.

kawan ni kak zu namakan sebagai Kak Ani sahaja.walaupun kenal dia tak lama tapi persahabatan yang ikhlas tu sangat terkesan dihati kak zu.Dari dialah kak zu tahu yang memakai pakaian berwarna putih utk solat bagi orang lelaki adalah di sunatkan.masa tu kak zu muda lagi baru awal 20an,jadi benda benda gini selalunya tak ambil peduli.Kelas kelas pengajian pun tak pernah nak hadiri.terukkan kak zu ni

Sejak diberitahu begitu oleh Kak Ani, Kak zu  hanya akan membelikan baju Melayu atau jubah  yang berwarna putih untuk Abang Megat.

Yang kak zu perasan sejak dua menjak ni kak zu asyik teringatkan si kak ani ni.selepas habis kelas menjahit dulu terus terputus hubungan.no telefon pun tak ambik.ataupun ambik tapi hilang ,yang mana satu kak zu pun dah lupa..kak zu berhajat sangat nak jumpa kak ani ni.

Alhamdulillah,Allah mendengar bisikan hati kak zu ni.Semasa kat kelas mengaji tu kak zu terperasan kelibat seseorang yang kak zu rasa pernah kenali.setelah diamat amati orang tu adalah kak ani.Dia baru join kelas tu sedangkan kak zu dah join lebih dari 2 tahun dah.

Syukur pertemuan sahabat lama ditempat yang boleh diumpamakan sebagai "taman taman syurga" iaitu di kelas pengajian.Alhamdulillah sekali lagi.Apa lagi berpeluk pelukan sakan lah kami.Rupanya dia pun tak pernah melupakan kak zu ni..semoga silaturahim sekali ini akan berkekalan hendaknya...aminnn..


suatu ketika kak zu bercadang nak mencari sesuatu yang seperti ini supaya senang nak lekat di dinding.Makna makna bacaan dlam solat.bahan bacaan yang terlekat begini amat menyenangkan kak zu untuk membacanya bila bila masa sahaja apabila terpandang.kalau guna buku sedikit leceh nak kena selak helaian demi helaian.

Dua tiga hari selepas berhajat tu ,ada seorang pemuda hari pusat tahfiz datang untuk membuat jualan sambil menderma.dengan senang hati nya kak zu membeli sambil menderma sebab memang benda sebegini yang kak zu idamkan.

benda ni pun kak zu berhajat juga.tup tup ada jemaah pengajian bawak kat kelas mengaji.banyak betul yang dia bawak.lebih kurang seratus keping.dapatlah dekat kak zu satu.semoga orang yang membawa ni dapat pahala yang berterusan selagi ada orang yang mengamalkan nya..


Ini almari baju kak zu merangkap papan kenyatan...hehe..apa juga yang kak zu  perolehi semuanya lekat di sini supaya senang nak membelik dan membacanya bila berdiri depan tu  masa nak ambik baju..yang kertas putih kecik tu jadual kerja abang megat.bertanda kuning hari abang megat kat pelantar minyak.yang putih selebihnya hari kat rumah.kiranya 6 bulan kat darat 6 bulan kat laut.sangat bagus untuk kaedah merancang keluarga...hehe

Yang sebelah kanan atas sekali jadual persekolahan anak kak zu dekat MRSM.yang berwarna unggu tu boleh pulang bermalam atau waktu cuti sekolah.bagus ada benda ni supaya ibu dapat tau bila anak nak balik rumah supaya senang nak beli makanan bnyk bnyk.anak kak zu ni suka makan.*sila abaikan bungkusan hitam atas almari tu..


*panjang lebor entry kali ni.asal nak cerita jumpa kawan lama jer.melalut kelaut sudahnya.oh ya! masa kat kelas mengaji tadi ada sorang makcik ni cakap "manisnya muka hang" masa kak zu salam dengan dia...hik hik hik...tak sabar  nak tunggu kelas minggu depan sebab nak salam dengan mak cik ni lagi...hehe

Wednesday, March 6, 2013

# ww #

Belum sempat main bisik bisik pokok mempelam kak zu dah keluarkan bunga.Agaknya pokok tu tahu bisikan hati nurani tuan dia.Ada rezki nanti dapatlah merasa makan buah nya ya..kita tunggu jer...



Alhamdullillah...



Tuesday, March 5, 2013

Tetamu Yang Datang Membawa Rahmat...



Hari Ahad yang lepas kak zu dan Abang Megat menerima tetamu.Mereka ialah kawan kawan sekolah Abang Megat semasa bersekolah menengah di Cheras KL dahulu.Kawan kawan suami bermakna kawan kawan isteri jgklah kan...


Disebabkan mereka yang datang ni kesemuanya perempuan maka kak zu jerlah yang lebih lebih melayan mereka.Selepas memberi kata kata aluan (eceh) pada kawan kawan ni laki kak zu tu pun terus menyorok dalam bilik.Tambahan pula salah seorang kawan tu mengenakankan niqab.Semasa nak makan dia seolah olah serba salah nak singkap niqabnya.Jadi lebih eloklah Abang Megat menyorok kat dalam bilik sahaja.Sewaktu kawan kawan ni nak balik baru abang megat keluar dari tempat persembunyian nya tu..hehe


Tetamu ni semuanya datang dari KL.Diorang datang berjalan jalan keTaiping.Diorang duduk dekat Sentosa Villa dikaki bukit larut.Diorang siap naik Bukit Larut dan pergi makan mee udang kat kuala sepetang yang femes giler tu.Kak zu yang dekat ni pun tak der rezki lagi nak sampai kat tempat mee udang tu.harap harap lepas ni Abang Megat terbukak hati ler nak bawak kak zu pergi sana.

gambar puncak Bukit Larut.google jer

Sentosa Villa Taiping.Tidur ditemani deruan air sungai.google jgk..

Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang.Gambar kak zu cilok dari FB depa.jgn marah na...


Kat bawah ni gambar Taman Tasik Taiping yang cantik dan tenang





Kak zu suka tetamu yang datang balik dengan perut yang kenyang. Sebab tu penting bagitau dulu sebelum datang.kalau main terjah dapat makan goreng pisang dengan kopi jerlah jawabnya.

Mula mulanya ingatkan diorang nak datang petang , rupanya tengahari.sebab derang check out villa pukul 1 tghari. Kak zu jamu diorang makan nasi lauk pauk kampung.kalau datang petang kak zu ingat nak masak laksa sebab geram tengok pokok kesum kak zu yang merimbun tu.

Ini gambar lauk pauk yang kak zu masak untuk tetamu jauh tu..

kari ikan tongkol.kalau tak tempat kak zu panggil ikan kayu.

sambal ikan keli cili padi.pedas menyengat.ikan keli ni masa goreng melekat kat kuali dan hancur masa nak kalih kalih tu.lagi pun dia kan meletup bagai masa menggoreng tu yang jadi lagu ni.tapi percayalah rasanya sangat marveles..hehe

ayam goreng kunyit.

sayur campur

ulam ulaman

dua jenis sambal.tempoyak dan sambal belacan.resdung tanggung sendiri...

kebetulan ada jiran bagi sambal jawa.pun kak zu hidangkan sekali ..sedap weh sambal jawa ni.


kak zu dan girlfrens abang megat...betul lah tu kawan pompuan...

Akhir kata "tetamu yang datang membawa rahmat ke dalam rumah kita dan membawa dosa dosa kecil kita semasa mereka melangkah keluar".Islam amat menggalakkan kita meraikan tetamu...