kawan kawan Kak Zu

Tuesday, March 26, 2013

rendang ayam kampung


Assalamulaikum..

Cuti sekolah ni kesibukan makin berganda.sampaikan nak update entry baru pun takder masa.BW lagi lah tak sempat.Baru nak on lappy dah dengar Anis dan Dekna bergaduh mulut.hang kata dia..dia kata hang..geramnya....

Janji ngan anak teruna kak zu nak buat nasi ayam,Tapi gara gara lambat pergi pasar semua ayam dah habis.Masa arah nak balik nampak satu gerai berpayung ada jual ayam.kak zu pun serbulah..belek belek rupanya ayam kampung.sekilo RM15.Disebabkan malu sebab dah pegang pegang ayam tu kak zu pun ambiklah sekor.sekilo lebih.

Dalam hati cakap masak rendang jerlah.bye bye nasi ayam.hari lain lah pulak.

Bila tiba nak mula masak..ayam nak siap cuci masuk dalam kuali..cili kering pun sedang direbus..bawang bawangan dan serai pun dah ready nak dikisar..tiba tiba blender kak zu buat hal lah pulak.keluar air meleleh leleh ikut bawah...adoiiiii...


dah berkerodak kat tepi tepi tuh..agaknya dah lama kot bocor nih.rasa rasa dah 6 ke 7 tahun kot pakai blender ni..sebelum ni pernah beli balang baru tetapi tak sepadan ler pulak.ia yer jer tokey kedai kata sepadan.rugi duit...


terus berdesup naik kereta pergi beli blander baru.apa kesudah semua bahan nak masak rendang dah tersedia.ndak tak ndak kena beli baru jgk lah.beli yang berbalang 3..dua untuk basah dan 1 untuk kering...terfikir 1 untuk bawang/cili satu lagi boleh guna untuk blend daun pandan atau pun buah buahan..

akhirnya siap jugak rendang ayam kampung ku..takleh kering sangat sebab budak budak kat rumah ni suka rendang ayam yang berkuah.Angah keluar bilik tanya 'mana nasi ayam'..hari lainlah nk oiii...


*hari yang last sekolah tu kak zu tak sempat pun nak pergi mesyuarat PIBG.dari Balik Pulau sampai Taiping pukul 430 ptg..meeting pun dah habis..

20 comments:

  1. sedapnye rendang ayam tu kak Zu.
    nisah tengok ni pun dah terliur. hehehehe...

    ReplyDelete
  2. assalam zu..lama acik tak merendang..bila tengok ni..teringin pulak nak buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. acik..zu pun lama x buat..tunggu anak2 cuti baru buat...

      Delete
  3. Sedap nya rendang ayam.. lapaq tgk ni hah!..haha
    amboi2 dan-dan terui beli blender baru na.. demi anak2 sanggip kan? kasih Ibu nak masak sedap2 buat anak2..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. atie..ngada ngada tau blender ni..nasib bulan ni dapat bonus hehe

      Delete
  4. sedap nya rendang ayam kampung...teringat kat kampung halaman. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nea lopah..cepat balik kampung jumpa mak

      Delete
  5. cerita pasal blender baru teringat blender bunda pun dah bocor sangat tu... nak kene beli lain jugak tu..

    ReplyDelete
  6. Assalam k zu
    biasa la kan ank2 cuti ni nk mkn mcm2 he hee
    ok kzu berdesup g tesco atau giant cari blend
    Kalu jd jumaat ni blk kg meh la kzu jln kg sy brrkelah

    ReplyDelete
  7. sedap tu ... lama x buat rendang ayam kampung ni!

    ReplyDelete
  8. cuti2 sek nie mcm2 menu ler yg di request .. hehehh nmpk sedap rendang tue ^^

    ReplyDelete
  9. da lme x mkn rendang..last mkn masa hari raya thn lps..hee

    ReplyDelete
  10. sekali beli beli dpt 3 pengisar. Berapa harga dia Zu?lawa dan nampak body dia pun solit.

    ReplyDelete
  11. sedapnya kak....terliur dah nie.. :)

    ReplyDelete
  12. sibuk nampaknya..tu.

    semangat nak memasak ada tak pe..suka juga rendang yg berkuah..

    kak pun tak pergi pibg..gotong royong..bz bebenor..

    ReplyDelete
  13. wah masak rendang gn blender baru..lg bertambah sedap laa tuu

    ReplyDelete
  14. hehe sedap jugak tu rendang ayam...soklah pulak buat nasi ayam...
    hehe
    oh 3 sekali eh ZM... ok jugakkan boleh blend buah ke apa.... lepas ni mmg ais blended le gamaknya

    ReplyDelete
  15. huhu..siap terus p cari blender baru. dekat kot tempat nak cari? kalau saya, alamat...simpan ayam tu dan ajak anak2 keluar cari nasi ayam, hahaha...

    ReplyDelete
  16. lama tu jasa blender tu kan....6 tahun tu..bk dh makanan yg dikisar:)

    ReplyDelete