kawan kawan Kak Zu

Friday, February 1, 2013

kembali...

Assalamualaikum...

Genap seminggu belog kak zu sunyi sepi.bukan merajuk cuma sibuk sikit dengan urusan sehari hari,ndak ndak pulak cuti panjang sempena Maulidur Rasul dan Thaipusam.abang Megat kat laut jadi tugas mengambil dan menghantar kakak dan Angah semuanya kak zu buat sendiri. kak Zu juga balik kampung  sebab kena bawak mak kak zu memenuhi jemputan kenduri kahwin .Semua tu memang amat memenatkan

Bila dah habis cuti dan anak anak dah balik ke asrama dan mula bersekolah,internet kat rumah kak zu pulak buat perangai.Puas telefon TM buat aduan tentang kerosakan tapi selepas dua hari baru diorang datang repair. Perlukah kak zu tukar jer ke perkhidmatan lain selain daripada TM sahaja lepas ni.Dengar dengar P1 wimax pun ok jugak.Baru ni kat Tesco pun ada orang dok promote YES.hmmmmm.....

Jadinya sepanjang takder internet kat rumah ni korang tahu apa yang kak zu buat....


haaaaa..layan novel.


bila drama "sehangat asmara "ni dah tayang kat tivi baru kak zu nak baca novel ni.pinjam kat kawan.tengoklah punya lama dah novel ni sampaikan kulit dia pun dah nak tercabut.tapi wa cakap lu memang best lah novel ni.bila baca novel ni membuatkan kak zu di lamun cinta ngan abang megat.Hari hari bila dia telefon hati kak zu berbunga bunga riang.hahaha

korang boleh agak tak kalau kak zu asyik layan novel jer apa akan jadi pada rumahtangga ku.Jawapan nya ialah seperti dibawah ...ohoiiii


kain baju yang tak berlipat belambak lambak.mula mula ada kat ruang tamu tapi terfikir pulak kot tiba tiba jer ada orang datang wat malu pulak nanti,usung semua ni masuk dalam bilik.senang kan bila tetiba jer orang terjah rumah tutup jer pintu bilik tu settle...hahaha



okeylah nanti kak zu bercerita lagi yer.internet pun dah ok ni,laju jerlah jari jemari ni menaip nanti.cerita pun banyak dok terkumpul dalam kepala ni...


k bai...

8 comments:

  1. citer sehangat asmara memg best

    ReplyDelete
  2. assalam kzu
    wah layan novel jugak ye he heee untung la skrg drama2 semua ambil dari novel sure laku je ceritanya kan
    raya cina ada kemana ker kzu,insyaallah sy blk taiping kot2 leh jumpa kzu kan he he ayah sy pun duk umah kakak kat taiping buat sementara ni sb ulangalik g spital.

    ReplyDelete
  3. Kakak pun layan novel juga zu. Kakak baca masa temankan anak kakak belajar di meja. Kadang mata lelap juga tapi pura-pura tengok sebab tak mahu anak tahu:)

    Dah... pergi lipat baju yg banyak tu hihi...

    ReplyDelete
  4. amboiii cik Kak lama sepi.. muncul2 dgn novel plak..teringat zaman bercinta dolu2 ke kak??haha..kembali muda remaja...
    lipat2 lah bajuu tu...hihi:)

    ReplyDelete
  5. lamanya menyepi..
    hehehe...baca novel punya pasal kain tak berlipat..

    ReplyDelete
  6. Salam kenal..jejalan blogwalking..singgah la ke blog kami juga ya. :)

    http://akeimahoney.blogspot.com/

    http://www.facebook.com/pages/Akeima-Beautyshoppe/407850379307747

    ReplyDelete
  7. AsSalam Kak Zu..
    ahaiiii meriah baju kak Zu ye..
    sepesen lah kite. tp nisah ni memang jenis malas nak lipat kain, basuh kain xpe. kalo lipaat kain? aduhaii nisah sanggup g berkebun lagi. jadi tugas lipat kain ni telah nisah serahkan kpd orang yg berwajib heheh my enche hubby la..

    ReplyDelete
  8. tq jugak sebab sudi singgah blog KA ye

    ReplyDelete