kawan kawan Kak Zu

Tuesday, February 19, 2013

Dah Sihat Dan Berjumpa Nuri

Alhamdulillah kesihatan kak zu beransur sihat.terima kasih banyak banyak pada yang mendoakan kak zu.sayang korang ketat ketat.Bila sakit ni baru kita dapat menilai kasih sayang insan insan di sekeliling kita.Syukur masih punya suami yang menyayangi dan mengambil berat.Suami kak zu susah payah cari asam boi untuk kak zu tau.hahahaha.walaupun kena tuduh selongkar cari borang kebenaran poligami.

Yang tak bestnya anak kak zu puteri anis pulak kena demam panas sama macam yang ibu kena.bila demam datang sejuk sampai menggigil gigil satu badan.malam tadi kak zu terjaga dari tidor bila terasa katil sedikit bergegar.rupanya Anis kesejukan.Setengah jam selepas diselimutkan baru bahang panas keluar dari badannya.Bila dibawak ke klinik pagi tadi doktor cakap memang terlampau panas sampaikan jantungnya berdegup laju.dapat cuti sakit dua hari...

dikesempatan ini juga kak zu nak ucapkan terima kasih dan berkongsi rasa gembira kerana blogger Nuri mamasaranur kerana sudi berkunjung kerumah kak zu.cantik manis kecil molek orang nya.kalau dia berdiri sebelah kak zu cuma separas bahu kak zu sahaja.tapi sayang pertemuan kami tak lama kerana Nuri dalam perjalanan ke rumah kakak dia dan seterusnya nak balik ke KL.kak zu cuma sempat masak yang simple sahaja kerana kesihatan yang tak berapa baik.ok nuri lepas ni dah tau rumah boleh datang lagi yer..kak zu masak mee rebus pulak..insya Allah...


dua beradik ni takmau makan nasi..
gambar ni kak zu cilok dari blog Nuri..jgn mrh yer....
 puteri bongsu dia ni comel dan pandai mulut...gerammmm...



*Separuh dari entry ni kak zu taip malam tadi .Bila Anis terjaga dan mula tunjuk merata rata kak zu terus stop menaip.anak anak kak zu klu demam jer mulalah cakap ada batu nak hempap kepala...ada benda dekat pintu..ada spiderman hujung kaki.mula mula dulu kak zu rasa takut skrg rasa syok pulak siap tya nmpak apa lagi..hehehe terukkan ibu mcm ni.

notakaki*wlupun dah umur 40 tahun kak zu menangis bila ngadu kat mak yang kak zu demam...bila emak rasa panas kat dahi lagi laju air mata ni tau...hehe

35 comments:

  1. Alhamdulillah kak zu dah sht..
    La ksian anis plak demam ya.. Semoga cpt sembuh ya..

    ReplyDelete
  2. demam ni mmg senang jangkit..sy ngan anak2 pn slalu camtu..sorang demam, last2 semua jangkit

    ReplyDelete
  3. dah sihat ye.....kak nuri datang nak ziarah akak ke....mesti banyak yang di bualkan betul tak...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yan..kak zu dah sihat..nuri saja sggh sini

      Delete
  4. Jumpa teman blogger rasa semakin dekat di hati kan Zu.

    Eh... macam kakak dulu masa keciklah Zu. Bila demam macam ada benda nak hempaplah, macam kaki tak boleh geraklah... Tapi bila mak ada lain rasanya. Untung Zu di usia 40 masih ada mak.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah Kak zu dah sihat.. ada juga baca kt blog Nuri yg dia ada singgah di rumah akak.. mesti best kan dpt jumpa sahabat blogger..
    moga Anis jg cepat sembuh...amin!

    ReplyDelete
  6. akak dh sihat ea.. alhamdulillah.. now turn akak lak jd nurse kat Anis :) Smoga Anis cpt sembuh..

    *x abes lg bab selongkar cari borang kebenaran poligami tu yer.. hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. aizu..last dah ni..takder lagi pasni hehe

      Delete
  7. Alhamdulillah dah sembuh......wlupun umur kita dah meningkat tp mak jugalah yg dicari utk tpt bermanja.... (^_^)

    ReplyDelete
  8. Bila kita nak jumpa ni kak zu ? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ida..nnti balik kamunting kita jumpa no...makan makan

      Delete
  9. assalam kzu
    alhamdulillah dah sehat ye
    mcm ank sulong sy tu kalu deman mulalah dia cakap yg pelik2 buatkan kita risau tp itu kalu terlalu panas badannya.
    sensitif la tu he heee samalah memang pasti airmata laju je meleleh kan, skrg lglah sensitif kzu
    sedaplah laukpauk kzu tu itupu syukur dah sb sudi jg kzu jamu tau
    insyaallah blk nanti blhlah singgah2 kan

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum ... pertama kali ziarah blog ni ... menarik diary online awk ...

    ReplyDelete
  11. mujurlah dah sembuh kak zu,...ish seram saya kalau anak meracau kalau demam gitu,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn seram..xder apa sbnrnya..cuma panas shja..jelum lebih skit..

      Delete
  12. Alhamdulillah dah sihat kak zu kita...

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah dah beransur sembuh, weather skang pun tak menentu kan Kak. kena lebih berjaga2. Ha siap meracau risau kan, tapi kalau dah biasa takper la. syok melayan hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu risau bila meracau..skrg tak lagi...hehe

      Delete
  14. tetiba rindu mak. dan mnow badan macam tak berana nak sihat. batuk..

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah dah sihat...bila la pula turn intan dapat jumpa kak zue ni..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnti klu jalan jln arah utara sgghlah umah kak zu ..boleh kita jumpa yer intan...

      Delete
  16. alhamdulillah kalau dah sihat.
    jaga diri ye kak :D

    ReplyDelete