kawan kawan Kak Zu

Monday, February 11, 2013

lauk untuk anak kat rumah

Cuti panjang nih kak zu banyak dapat jemputan kenduri.Kenduri kawin ada ,kenduri bertunang pun ada.Yang menjadi masalah sekarang ni bila semua anak anak kak zu tak mau ikut pergi kenduri sekali.Semuanya dah tak berminat nak ikut.Walaupun dipujuk berkali kali tetap jgk takmau ikut.


Jadi kak zu tetap kena memasak jugak sebelum pergi kenduri .Penat memang penat.kalau ikutkan bila dah letih kat dapur kak zu rasa malas dah nak pergi kenduri tapi tak baguslah macam tu kan.Memenuhi jemputan    orang juga dapat pahala disamping mengeratkan ukhwah.


Selalunya kak zu masak yang simple2 sahaja utk anak anak yang takmau ikut nih...


ayam goreng paling senang


ayam kicap berempah

sayur kobis.kak zu letak lada hitam sikit..

sambal tumis sotong kembang 



Masuk hari ketiga cuti ni kak zu pun dh penat makan nasi kenduri.Jadi hari ni kak zu buat keputusan tak mau pergi kenduri dan nak duduk bersantai kat rumah saja,lagipun rumah kenduri tu jauh skit kalau nak pergi.

11 comments:

  1. Salam, masak lauk di rumah pun dah macam lauk kenduri tu..patutlah anak-anak tak nak mengikut.. suka che mid tengok gambar famili kat tepi tu.. manis-manis belaka..

    ReplyDelete
  2. uiks.. lauk simple2 pun sedap2 semua tu..atie klu masak lagi simple drpd semua kt atas tu..haha..
    anak2 pemalu kot Kak Zu...tu yang tak mau ikut dah tu..lebih suka duk rumah..;)

    ReplyDelete
  3. salam kak zu....

    sedap lauk2 yang kak zu sediakan tu.....ringkas tapi sedap.....

    ReplyDelete
  4. anak2 saya pun gitu juga... dah tak mahu mengikut ke kenduri2 ni walau puas diajak

    bila mereka taknak ikut mereka yg kena masak sendiri.... pandai2lah

    ReplyDelete
  5. Dulu masa kecik makchaq suka sangat pi kenduri, masa tu ja la nak dapat makan lauk daging/ayam, la ni budak2 dah tak heran.. Makan kat rumah lagi sedap dan selesa katanya..

    ReplyDelete
  6. salam kakzu sedapnya sotong tu..tahun ni tak makan sotong lagi . hee

    ReplyDelete
  7. kak nak sikit lauk2 nih..hehehe

    ReplyDelete
  8. sedapnya tengok lauk pauk tu..kak Zu kongsi sikit resepi sambal tumis sotong kembang tu..mcm sedap pula..

    ReplyDelete
  9. Sedapnya ....sambal tumis sotong tu memang favorite tu...tengok pun boleh tau best!!!

    ReplyDelete
  10. lauk2 simple yang sedap2 ni !

    ReplyDelete