kawan kawan Kak Zu

Tuesday, February 26, 2013

kenangan mengusik jiwa 18

Hujan dan kenangan...

Taiping sekarang dilanda hujan yang turun tanpa henti.jadi kak zu akan buat coretan mengenai hujan...

Kakzu tak benci hujan malahan amat bersyukur apabila hujan turun.Karana kak zu tak perlu bersusah payah nak siram pokok-pokok di halaman rumah .Tetapi... jikalau hari hari hujan turun kak zu akan berasa sedih.Hujan banyak mengingatkan kak zu pada kenangan lalu.kenangan yang sedih .Bila hari hujan kak zu akan terkenangkan emak yang keseorangan di kampung.Apa yang emak sedang lakukan,apa yang emak makan,siapa teman berbual di kala kesoarangan.Bermacam macam pertanyaan yg bermain di fikiran kak zu.Bila kak zu  ajak emak datang kerumah ,macm macam emak beralasan.Paling kerap alasan sayang nak tinggalkan kelas fardu ain.

Berpuluh tahun dahulu ,kak zu selalu terdengar keluhan yang keluar dari mulut emak dan arwah bapak bila tiba musim hujan.Bapak akan termenung panjang sambil merenung titik titik air hujan yang jatuh ke bumi.Mungkin memikirkan yg bekas beras semakin ringan.Walau pun keluarga kami mengusahakan sawah sendiri tetapi bila tiba di akhir akhir musim bekalan beras terpaksa dicatu juga.Dahulu sawah padi hanya dikerjakan setahun sekali.tidak seperti sekarang dua kali setahun.

Emak kak zu kerja nya menoreh getah,sementara bapak  pula bertukang rumah.tukang rumah kerja nyer tidak menentu.kadang kadang sahaja  ada orng kampung yang minta tolong perbaiki rumah.Itu pun bayaran nyer tak seberapa.Bila tak ada kerja menukang bapak  akan menolang emak menoreh.Duit menoreh juga tak seberapa kerana harus di bahagi dua dengan tuan kebun.Jikalau hari hujan sudah tentu emak tak dapat menoreh sbb pokok getah akan basah.jadi duit simpanan juga akan makin berkurangan ataupun tak ada langsung...

Masa tu keperluan kami bukan berupa pakaian baru.Bukan juga alatan sekolah yg terkini .Kami hanya perlukan duit utk membeli beras, ikan,gula,kopi/teh dan juga minyak tanah utk menyalakan pelita.Kami tak perlu membayar bil elektrik ataupun bil air,kerana kedua dua keperluan asas tu belum sampai ke kampung kak zu lagi..

Kalau dah berhari hari tak dapat menoreh,bapak kak zu dan beberapa kawan  sekampung akan berpakat beramai ramai ke bukit utk mencari rotan.Masa tu bukit bukan hak milik sesiapa pun,juga belum diterokai kerana kedudukan nyer yang tinggi.Selalu nyer org kampung akan pergi beramai ramai kerana kuatir akan terserempak dgn pak belang.Pagi pagi emak akan sediakan bekalan  untuk bapak.bukan masakan istimewa pun cuma nasi berlauk kan sambal ikan tamban dan ikan kering goreng.Nasi tu emak bungkus elok elok menggunakan upih yg telah dikeringkan... 

Setelah berpuluh tahun berlalu dan kini kak zu punya kehidupan sendiri bersama suami dan anak anak,kak zu masih lagi terbayangkan kehidupan yang lalu. Kenangan yang dulu dianggap sebagai "saat kehidupan yang sukar" kini kak zu rasakan amat manis sekali.terasa rindu untuk berada di sisi bapak dan emak...

Hidup bersama mereka adalah saat yg paling manis sekali..

Al Fatihah utk bapak...

13 comments:

  1. AL-Fatihah buat arwah bapa Kak ZU..
    sesungguh nya kenangan lalu amat manis utk dikenang.. sama dgn sy, walau pun dulu kehidupan susah tapi bila dikenang2kan ianya banyak mengajar kita utk jadi spt hari ini:)

    ReplyDelete
  2. Al Fatihah untuk arwah bapa kak zu...
    saya pun pernah hidup serba kekurangan...tetapi kesusahan tu lah mengajar kita untuk lebih cekal mengharungi hidup....

    ReplyDelete
  3. Al Fatihah untuk arwah bapa Kak Zu.
    Manis sebenarnya kehidupan dulu, bila ingat balik. Kami seronok tak ingat kalau dapat balik umah nenek sebab boleh main pelita gas tu sumer, sampai hitam lubang idung hahaha.

    ReplyDelete
  4. alfatihah untuk bapa zu..
    pengalaman lalu yg mematangkan kita. seboleh2nya kita tak mahu anak2 mengalami nasib yang sama namun hakikatnya, kesusahan masa lalu menyebabkan kita kuat seperti sekarang.

    ReplyDelete
  5. Al fatihah...

    Kak Zu, orang pekan tak tau kehidupan macam ni.... Ida pernah merasa hidup susah jugak. Walaupun ayah seorang cikgu dulu, tapi kami ramai adik beradik. ayah ida pun buat bendang jugak dulu. Turun bendang lepas balik mengajar...sekarang ni barulah makAyah merasa senang sikit.

    Sekadar berkongsi....

    ReplyDelete
  6. alfatihah untuk arwah bapak kak zu ye

    ReplyDelete
  7. al fatihah utk arwah ayah kak zu....

    Tapi betul la, segala kenangan lalu walaupun sukar sangat manis bila dikenang semula... saya pun adik beradik ramai dan arwah ayah seorang polis biasa. Sungguh, saya sangat kagum dengan kudrat arwah ayah.... pengorbanannya membesarkan kami adik beradik memang tak terbalas... hanya doa yang mampu saya panjatkan tiap kali rindu bertandang. Al-fatihah juga buat arwah ayah saya.

    ReplyDelete
  8. sedih lak baca pasal ni.. mmg terbukti betapa susahnya mak ayh nk besarkan anak2..
    tp alhamdulillah, kuage kami xla cmtu.. keadaan agak berbeza.. tp membesar kat felda. ape je kemudahan yg ada.. nk kua ke bandar pn sebulan skli. pjalanan amik masa 2jam, dgn jalan yg x berturap..

    ReplyDelete
  9. Kita seangkatan dan pasti merasa jerih-peritnya dulu. Mujur juga org tua kita celik ilmu walau susah mana pun kita diberi pendidikan sempurna. Kalau tak mungkin blog ini kita tahu kan Zu... menitik airmata kakak bila ingat cerita dulu tapi syukur Allah memberi terlalu banyak rahmatNya buat kita yg susah dulu...

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum,
    salam perkenalan.
    kak yana ingat tempat kak yana je asyik hujan
    rupanya, sana pun hujan.
    macam musim tengkujuh lak....

    ReplyDelete
  11. al fatihah

    sebak baca cerita k zu ni, mak ayah sy pun selalu cerita kisah sama ni mcamana susahnya waktu dulu terutama masa baru kawen. Besar pengorbanan keduanya memang dengar tak mampu rasanya kalau skrg ni. alhamdulillah kala sy dilahirkan segalanya dah ada tp merasa jg duduk dlm lampu guna enjin tu sb elektrik xada masa kecik2.
    memang perit camana nak bina semuanya sb terpaksa teroka sendiri.
    pak sy selalu pesan nk harta usaha sendiri sb dulu jg dia usaha tak mintak sikitpun dari toknenek wlpun tok ayah org berharta.

    ReplyDelete
  12. alfatihah untuk arwah..
    saya pun pernah juga hidup serba kekurangan dulu walaupun kedua ibubapa bekerja sebagai guru.kami ramai adik beradik.kami di ajar berkebun masa kecil2 dulu untuk pendapatan sampingan..

    ReplyDelete
  13. Sayunya.... emak OKje pun kat rumah sorang2 cuma bezanya ramai adik beradik Okje kat sana so bimbang tu memang taklah.... Apa pun kenangan dulu memang sukar dilupakan...

    ReplyDelete