kawan kawan Kak Zu

Wednesday, January 9, 2013

Salam hari Rabu



Assalamualaikum semua..


Kak zu baru balik dari kelas fardu ain.Hari ni baca kitab Radiatus Silihin Jilid 3 bab kelebihan berlapar,kesusahan  hidup,memadai dengan sedikit.


"orang yang beriman,bersyukur dengan nikmat kesenangan dan bersabar dengan dugaan kesusahan hidup yang Allah turunkan."
antara kata kata yang diucapkan oleh ustaz.


Kelas tak lama cuma 1 jam dari pukul 9 -10 pagi,2 kali seminggu iaitu hari Rabu dan Khamis.Kak zu dah ikuti kelas ni lebih kurang 2 tahun lebih.Makcik makcik pencen banyak kat dlam kelas ni..Kak zu dan seorang kawan lagi antara yang 'paling muda'...hik hik hik...


Balik dari kelas mengaji singgah pasar beli bahan bahan basah untuk masak tengahari nanti.seminggu dua ni kak zu tengok ada peniaga ayam baru, menjadikan peniaga ayam dalam pasar tu ada tiga orang.Dua lagi dah lama dan dah ada regular customer masing masing.


Kak zu kesian tengok peniaga yang baru ni berdiri sambil perhatikan oarng ramai yang lalu lalang depan kedai dia.Jadi kak zu pun pergilah beli sekor ayam kat dia.Oh ya ..gerai ayam yang baru ni bersebelahan dengan gerai ayam yang sedia ada sebelum ini.

kak zu perasan tauke gerai ayam yang lama muka masam sebab pelanggan tetap dia (kak zu ler tu) dah beralih arah ke gerai sebelah.takper nanti hari lain kak zu akan beli kat gerai dia pulak.gilir gilirlah.kak zu juga nak bagi sokongan moral pada peniaga ayam yang baru ni.

Itulah sifat orang kita.Tak boleh ada persaingan.Mulalah tunjuk muka tak suka.tak seperti bangsa lain bertahun tahun berniaga sebelah menyebelah,elok jer kak zu tengok.kadang kadang tu siap pas pas barang lagi kalau barang yg kita minta tu takder dekat kedai dia..


Berbalik pada peniaga ayam yang baru tadi kak zu rasa dia baru mula nak bertapak dan mungkin juga takder pengalaman berniaga lagi sebelum ni.Bila kak zu bayar harga ayam ,kak zu tengok terkial kial nak pulangkan baki duit lebih.dan dia terbagi lebih duit baki  pada kak zu.dan memang kak zu akan pulangkan balik duit tu kan.apa guna pergi kelas agama kalau tak tahu halal haram nya.


Okeylah dah terpanjang catatan hari Rabu kak zu ni..blogger lain letak WW hari ni,yg kak zu taip berjela jela pulak..idea tengah mari nok...baca jerlah yer.


Kak zu nak masak sekarang.Petang nanti kak zu BW yer..kak zu cadang nak masak sambal tumis udang dan ayam goreng hari ni...kawan kawan kak zu masak/makan apa hari ni yer...




18 comments:

  1. Sambal tumis udang dan ayam goreng??? sodappnya Kak Zu...atie makan beli dari Troli kantin jer...haha..
    Baik nya Kak Zu.. betul tu kena lah saling beri sokongan sesama peniaga.. nak maju pun biar lah bersama..tak perlu dengki...:)

    ReplyDelete
  2. betul tu tak perlulah dengki..
    saya pun pernah jg mcm tu bila beli sebelah gerai yg sebelah lg tu akan masam mencuka..

    ReplyDelete
  3. Salute kakak dgn cara Zu. Betul beri sokongan pada peniaga yg baru bertapak. Kakak kalau beli barang dapur janji ada org kita kakak mesti beli walau harga mahal sikit (niatkan dlm hati sedekah sudah) janji dia maju kita boleh tumpang suka.

    Kakak makan ikan goreng+tempe sambal+sayur kacang buncis (tapi beli sebab tak bawa bekal hari ini).

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak zakie..klu bukan kita yg bagi sokongan pada bangsa sendiri siapa lagi kan..

      Delete
  4. Setuju dengan akak...
    Saya makan ns goreng je hrni... Sedapnya sambal udang...

    ReplyDelete
  5. seronoklah dpt g kelas2 fardu ain mcm ni. done clikc2

    ReplyDelete
  6. sedapnye menu akk. rasa lapar pulak. best kan kalau dapat hadir ke majlis ilmu ni. setakat ni sy x sempat lagi sbb asyik bz uruskan anak2. mga2 ada la masa boleh join nanti nanti. anak kecik kecik lg mcm2 nak urus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibu lala...akak dulu pun masa anak kecik camtu jgk

      bila anak2 semua dah sekolah bagi akak join kelas mengaji ni..takper yg penting pasang niat dulu..

      Delete
  7. kadangkala seronok juga baca kisah kak zu berceloteh ni kan... hehe... peniaga baru lah tu.. kalau dah lama mesti cekap kan~~ :) kena bagi sokongan.. hihi... wau sedapnya! saya tak masak, mak yang masak... cuti sem ni nak makan masakan mak je sebab kat u asyik makan masakan orang lain :P

    ReplyDelete
  8. salam kenal

    kat tempat saya takde kelas fardu ain macam tu..
    bertuah akak..eh akak ke, tah2 sebaya..
    bagus jugak bagi sokongan kat peniaga2 baru..
    dulu saya pun penah alami macam tu tp dngan peniaga
    sayur..dan mostly orang kita bila dah maju sikit..
    diorang suka buat muka kat customer..kenapa la kan..hurmm :)

    ReplyDelete
  9. yan kalau hujung minggu kalau tak kemana...yan akan lepak kat masjid negeri....selalu ada kuliah agama...seronok kalau dapat mendalami ilmu agama nie....

    ReplyDelete
  10. biase la orang meniaga..padahal sesama bangsa..x perlu nk cembru kan..kita plak jnis rajin menolong,,nak bagi smua maju...tolong beli pon salah...x beli lagi rase bersalah..harap2 rezeki peniaga baru tu masyuk..upss tersasul bab peniaga ayam lak...salam kenal kak zu...

    ReplyDelete
  11. begitulah lumrah org kite kak zue....tak boleh tgk org lain seng..mesti nakk bermasam muke..de yg lg truk smp nak santau n bomoh2 bagai...sy sokong kata2 kak zue tuh...sepatutnya org kite kne contohi bgsa lain yg sling bntu mebntu pesaing perniagaan mereka sekiranya de kkekurangan.

    ReplyDelete
  12. Tulah kan bangsa kita kak zu, susah nak terima kalau ada persaingan walaupun dah ditetapkan rezeki masing-masing..kalau bangsa lain dia orang akan support each other..and kalau nasib tak baik, bangsa kita suka main kotor..nanti adalah perkara-perkara mistik yang di buatnya..hmm

    ReplyDelete