kawan kawan Kak Zu

Thursday, January 10, 2013

Angah dan Ayah



Kak zu nak cerita pasal si Angah anak teruna tunggal kak zu.Tahun ni umor 14 tahun.Suara dah pecah jadi garau.Kalau dia gelak bergema satu rumah.Bila dia telefon kak zu tak boleh kenal suara dia sekarang.Kak Zu rasa tahun depan mesti dah tumbuh misai pulak...hehe

Dua tiga hari lepas dia telefon.Kak zu takder kat rumah pergi rumah jiran kat taman lama.Anis yang angkat telefon.Bila dia tahu kak zu takder kat rumah terus dia letak telefon. Yang ayah dia datang ler ambik telefon nak cakap dengan anak dia tapi hampa.Angah ..angah..kalau ibu takder kan boleh cakap ngan ayah jer...Bila kak zu balik ,kembang kempis hidung abang megat bagitau angah takmo cakap ngan dia...

Pernah dulu sekali, angah telefon kak zu takder kat rumah juga.kali ni ayah dia sendiri yang angkat ,pun dia letak juga bila ayah cakap ibu takder kat rumah.bengang lagi orang tua tu...nak buat camner bang anak lebih selesa bercakap dengan ibu lagi dari bercakap dengan ayah walaupun ibu garang macam tiger..

Semalam angah telefon lagi ,cepat cepat ayah dia berlari angkat telefon, dan semalam jadi rezki ayah bila angah mula nak sembang ngan ayah lelama.Kak zu senyum jerlah sambil kondem dia balik

"alah abang pun sama kan,kalau telefon rumah mak nak cakap ngan mak jer kan.mana mau sembang ngan abah "...




8 comments:

  1. Samalah saya adik-beradik, baik pompuan atau lelaki..tepon kampung jer kalau abah yg angkat mesti tanya..mak ada?

    ReplyDelete
  2. tu la kzu mak ni lain kan he he apa2 mesti mak dulu
    ank2 sy pun kzu kalu nak apa2 mintak kat mama je bila suruh pi kat abah mulalah mcm2 heee lg2 ank lelaki kan
    adikberadik pun sama

    ReplyDelete
  3. hahaha..mesti bengang gila abah dia sebab anak tak nak ckp ngan die kan kak??huhu sbr jela

    ReplyDelete
  4. anak2 biasanya memang rapat dgn emak kan.kalau nak apa2 mesti emak yg di cari dulu. kesian bapa jadi pilihan kedua..hik

    ReplyDelete
  5. aahhaha...kesian abg Megat..budak2 kan Kak mmg mcm tu..lama2 nti bila dah dewasa skit boleh geng dgn abah dia plak..garang mcm tiger pun, kita ni lah yg byk membelai depa dr kecik hingga dewasa..harap2 nti Pa'e akan syg sy smpi bila2...huhuhu..

    ReplyDelete
  6. hahahah ye la kak, hubby pun kalau telefon kampung dok cakap dgn mak dia je..tak cakap pun dgn abah dia...hahahaha

    ReplyDelete
  7. like father like sonlah ni.. hehe anak2 KA pun lebih suka bercakap dgn KA ni..

    ReplyDelete
  8. hehehe...selalu mcmtukan..mesti cari mak dari bapak...lumrah alam :D

    ReplyDelete