kawan kawan Kak Zu

Monday, January 21, 2013

Hingga Akhir Nanti - Allycats

Kenangan Mengusik Jiwa 17



Lagu lagu dri kumpulan Allycats  antara  yang menjadi kegemaran kak zu.Sebenarnya kak zu membesar dengan lagu lagu dendangan mereka.Dulu dulu rumah emak kak zu kat kampung takder radio pun ,yang ada hanyalah tv hitam putih saiz 14" dan menggunakan bateri untuk menghidupkan nya.Tetapi yang syok nya kesemua lagu lagu mereka kak zu boleh hafal dan nyanyi.korang nak tau camna kak zu boleh hafal lagu lagu Alleycats ni..jom baca lagi...


Masa zaman kak zu budk budak dulu , kalau ada majlis kenduri kahwin,orang kampung akan guna speker dan akan diletakkan tinggi kat atas pokok.seminggu sebelum kenduri diorang dah mainkan lagu lagu pilihan. lagu lagu yang diorang mainkan tu akan berkumandang ke serata kampung.Rumah yang nak kenduri tu akan terasa meriah.kebanyakan jiran jiran sekampung adalah bersaudara dan gotong royong memang menjadi amalan kalau ada majlis kenduri kendara.semuanya buat sendiri dari masak memasak sampailah kepada membuat pelamin.


speaker camnilah yang digunakan tahun 70an dan 80an dulu.
(gambar google)


Ha! dari situlah kak zu belajar menyanyi dan menghafal lirik lagu.Awal tahun 80 an tu memang lagu Allycatslah yang paling top sekali,juga lagu dari kumpulan Kembara .Lagu lagu tersebut akan diulang berkali kali.Zaman tu hanya kaset jerlah yang ada.kadang kadang sampai terputus tali kaset tu.iye lah kalau dah seminggu deret dok putar tanpa henti kan


Bila diingatkan kembali betapa manis nya saat itu.kehidupan orang kampung semua nya sama waktu itu.takder yang membezakan kami.malam guna pelita dan mndi guna air perigi.Kami kanak kanak bermain tanpa ada halangan apa pun.bila nak senja baru mencari jalan pulang kerumah.


Bila dengar lagu ini Kak zu juga akan teringatkan sepupu dan juga kawan sepermainan dahulu yang telah pergi menemui Penciptanya .Alfatihan untuk Arwah Zuri dan juga Arwah Lan.Mereka pergi meninggalkan dunia ini dalam usia yang muda.Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman..

12 comments:

  1. Lagu2 dendangan Allycats sentiasa segar di pendengaran kakcik. :)

    ReplyDelete
  2. Teringat pulak zaman kanak2 dulu kak....tv hitam putih tu yg mahal.....paling tak suka bila bateri dia nak abis....gambar semakin kecik dan kecik dan tup...padam terus...hehe

    ReplyDelete
  3. Hubby suka jerk nyanyi lagu nie kalau pegi karaoke pastu tiru suara David Arumugam tu..hehehe

    ReplyDelete
  4. Samalah kakak pun zaman kanak-kanak masa zaman Alleycats itu Zu. Dulu hiburan tak menjejaskan moral yg terlampau macam sekaran kan zu. Seronok bila ada majlis kahwen satu kg boleh dengar pancaragamnya. Bila ingat gelihatilah Zu...

    ReplyDelete
  5. lagu2 alleycats mmmg tak bosan didengar.lagu sepanjang zaman

    ReplyDelete
  6. best kenangan kak zu dulu2 ye..skrg xde mcm tu da kut...

    ReplyDelete
  7. saya pun suka lagu ni..suka dengar suara alleycats tu serak-serak basah..

    ReplyDelete
  8. amboii... kenangan mengusik jiwa la ni yer.. dulu2 gune kaset je.. silap aribulan, bergulung then putus.. rosak. haru je jadinye.. heheh

    ReplyDelete
  9. Kak Zu..sy pun minat Allecats ni.. lagu2 dia mmg best kan?? klu dengar lagu ni mesti ikut nyanyi..hehe:)

    ReplyDelete
  10. Lagu-lagu Alleycats memang evergreen kan kak zu..

    ReplyDelete