kawan kawan Kak Zu

Monday, January 7, 2013

Hujung Lipstik Dan keperibadiannya



Assalamualaikum dan salamat hari Isnin


Lipstik ataupun gincu bibir.Kak Zu percaya setiap wanita mempunyai sekurang kurang nya sebatang lipstik dalam simpanan nya.Ada juga yang mempunyai berbagai bagai warna untuk disesuaikan dengan warna pakaian ataupun mood wanita  untuk hari tersebut.Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan..

Korang semua,berapa lama tahan sebatang lipstik yang korang gunakan?.Jenama apa yang korang selalu gunakan?.kak zu selalu beli Jenama Avon jer.Surirumah tak bekerja macam kak zu ni guna yang murah murah jer.

Korang tahu tak? Bentuk hujung lipstik yang di gunakan melambangkan keperibadian kita.Betul atau tidak Wallahulam.Hati tuan punya bibir sendiri yang tahu..Mari kita tengok bentuk gincu dan keperibadian nya




1- hujung lipstik tajam
  -menunjukan wanita yang kuat,cenderung egois.Namun mereka juga mempunyai sifat yang imajanatif dan sensual

2-Hujung lipstik rata
  -memiliki cara komunikasi yang baik dan boleh menjadi pendengar yang baik.

3-Hujung lipstik bulat
  -mencerminkan wanita yang lembut,feminin dan cinta damai.mereka selalu mengambil langkah aman dalam hidup nya..

4-Hujung seperti lipstik baru
  -wanita ini memiliki kepercayaan diri yg tinggi,sangat detail,kreatif dan energik.

5-Hujung lipstik cekung
  -sensitif dan pendiam serta bijaksana.

Yang mana satu keperibadian mu wahai kawan kawan kak zu semua.



segala info dari SINI


14 comments:

  1. Replies
    1. kak zu percaya mimi mempunyai tahap kepercayaan kpda diri sendiri yg tinggi

      Delete
  2. KA suka pakai lip gloss je selalunyer

    ReplyDelete
  3. rasanya no 2.. sebab dah lama takder lipstik tak hengat sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti cho zila mempunyai bibir merah semulajadi ni...

      Delete
  4. Kakak mula-mula no 4 lama-lama tu jadi no. 3 hihi... macam mana tu jadinya Zu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut berapa banyak umor kita kot kak zakie hehe

      Delete
  5. Salam kenal, akak no 2. New knowledge utk akak. take care

    ReplyDelete
    Replies
    1. tentu ramai kawan ni...pandai berkomunikasi la katakan..

      Delete
  6. sy 1 jenis lipstik je dlm satu2 masa kak zu..dah habis baru beli lain.(kedekut pn iya)..hehe.. selalu bentuk lipstik sy no 4 tu..ahaha..konon lah ya...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. atie sama ngan kak zu..guna sebatang jer gincu sampai habis..no 4 pun sama cam kak zu gak..

      Delete
  7. intan tak suka pakai lipstik tapi kena ada juga dua tiga batang yang tak pernah abis sampai tarikh tamat tempoh terpaksa dibakul sampahkan hahahha. intan punya lipstik keadaannya macam no. 4 tu hahahaha

    ReplyDelete