kawan kawan Kak Zu

Monday, January 14, 2013

Resepi Mee Rebus Daging Cincang

Assalamualaikum

Kak zu belek belek belog ni luar dan dalam.Terpandang keyword mee rebus mastan ghani.mungkin kak zu pernah letak entry pasal makan mee rebus kat restoren Mastan Ghani teluk Intan.


Kak zu takder resepi mee rebus mastan ghani.tapi kalau resepi mee rebus Zulaikha Megat kak zu boleh bagi.Power tak power sila buat sendiri okey.kang kata mee rebus sendiri sedap korang kata kak zu perasan pulak hehehe


Mula mula kasi tepek gambar dulu.memang kak zu selalu buat mee rebus.Abang Megat sangat suker makan mee rebus yang kak zu buat sendiri.Alkisah nya dedulu dia tak makan mee rebus.Dia paling gila ngan mee kari.Tapiiiiii selepas mencuba mee rebus buatan kak zu ,dia punya gila terus beralih arah 360 darjah kepada mee rebus pulak...resepi ni menggunakan bahan bahan yang digoreng terlebih dahulu.rasanya juga sangat ummmppp


taraaaaaaa...mee rebus Zulaikha Megat...mengancam tak...



meh sini salin resepi bagi yang berminat nak cuba...

resepi untuk kuah jer.mee kuning pandai2 koranglah nak beli banyak mana.

3 ketul ubi keledek merah.saiz sederhana (takder yg merah yg biasa pun boleh juga)
3 biji ubi kentang
kedua duanya rebus sampai embuk buang air rebusan.dan kisar sampai lumat

2 biji bawang besar (mayangkan)
6 biji cili kering (nak pedas boleh tambah lagi)
seringgit udang kepal (basuh dan toskan)
Gorengkan bahan bahan tersebut , blend kesemuanya

daging cincang (ikut suka banyak mana) rebus sampai empuk

RM2 udang saiz kecik,basuh dan rebus
kisar udang dan tapis.hampas dibuang,jangan campur sekali nnti makan terasa berapas...

caranya.

campurkan semua bahan yang dikisar kedalam periuk.tambah air ikut kepekatan yang korang suker.rebus sekali dengan daging cincang.masukan garam dan juga gula.rebus sampai betul betul masak.

kak zu juga hidangkan fish cake dan tauhu yang telah digoreng dahulu.daun sup/bawang dan cili hijau sebagai pelengkap..cubalah yer.

*cili kering yang digoreng adalah exra pedas,so jangan terlebih tau nnati bibir terasa tebal..hahaha..


15 comments:

  1. nak nak he he sedapnya mee rebus tu
    asben sy pun suker sgt mee ni cuma sy tak reti masak
    nanti blk tepeng singgah umah kzu nk mkn mee ye he hee

    ReplyDelete
  2. mama nur sara ,boleh ajer..bagitau awal baru leh prepair bahan...klu main terjah jer hidung tea kosong ler jawabnya

    ReplyDelete
  3. KAk Zu...lapaarrr nengok nya.. nak jugak buat nanti.. abe kita suka sgt mee rebus ni..maklum tekak org Malaya sana...haha:)
    amboi Abg Megat beralih arah nooo dr mee kari ke mee rebus versi Zulaikha Megat...

    ReplyDelete
  4. Sedapnya kak zu.... bolehla bila cuti nie cuba senang jerk ya

    ReplyDelete
  5. mesti sedap ni ! leh cuba lah

    ReplyDelete
  6. Kak zu .. simple aje resepi ni.. mmg x tumis yer kak.... mmg tengah cari2 resepi mee rebus teringin sgt nak makan tapi tu le kalau yg beli tu ada aje kurang nyer.. mmg cadang2 nak wat sendiri... ishh tak sabo ngasenyer nak wat... nyum2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak sibuk lagi kak.. udang kepal tu udang kering ke??

      Delete
    2. mayang..udang kepal tu yg warna oren halus2..seringgit pun banyak...

      Delete
  7. Ok kalau senang macam ini kakak boleh ikut. Tunggu anak sulung kakak baliklah sebab dia yg suka mee rebus.

    ReplyDelete
  8. mee rebus mastan ghani terbaekk.... ekekeke.... almaklumlah sy asal dari teluk intan.. hehehe.... resepi nampak sng.. nak cuba...! :)

    ReplyDelete