kawan kawan Kak Zu

Saturday, January 19, 2013

kenangan mengusik jiwa 16

tersalah beli atau tak kenal..

Kak zu dapat inspirasi untuk buat entri ni bila baca kisahATIE..senang banyak idup dia ...hehehe


Lama dahulu semasa anis dan dekna  masih belum bersekolah sementara kakak dan angah masih lagi bersekolah rendah kehidupan adalah sedikit sibuk dan kelam kabut.banyak masa dihabiskan untuk melayan dan mengawasi anak anak.


Jadi  bila kak zu tak sempat nak ke pasar kak zu akan suruh abang megat yang pergi untuk beli bahan  untuk dimasak.sementara kak zu kat rumah boleh siapkan kerja kerja rumah yang lain.Itupun kalau barang yang nak dibeli tu tak banyak.kalau banyak kak zu yang pergi sendiri. , dia tak boleh tengok list panjang2 nanti dia pengsan kat dlam pasar tuh..hahaha


Bila dia balik dari pasar sibuklah kak zu tanya apa yang dia beli.Konfiden tau jawab beli sayur kangkung, ikan kembung dan ayam.Apa yang di suruh itulah yang akan dibeli.selalunya .Dia tak pandai nak sambil2 beli kuih ker, buah ker atau benda benda lain.kadang kadang kak zu lupa nak pesan beli kuih muih untuk anak anak.bila dia balik pasar memang meloponglah anak anak takder makanan untuk diaorang.

Sampai time nak masak, bila keluarkan barang barang yang dia beli tadi rasa nak tergelak pulak.yang dikatakan sayur kangkung tadi ialah sayur bayam dan bukan ikan kembung yang dibelinya tetapi ikan sardin.Nasib ayam betul kalau ayam pun salah beli jugak tataulah nak cakap apa.Tapi takper, semua yang dia beli tu masih boleh dimasak dan dimakan.tapi bila mengenangkan betapa konfiden nya menjawab bila kita tanya beli apa,yang kelakar sangat tu..


untuk suamiku yang hensem dan macho....

yang ini namanya bayam.


ini barulah kangkung sayang


yang ini ikan sardin namanya


ini pulak ikan kembung.ada bezanya ikan kembung dan ikan sardin yer bang...



Itu cerita dulu.sekarang ni dah lain.Kak zu tak suruh dia pergi sorang sorang dah ,sbb kak zu dah senang banyak sekrang ni.Anak anak semua dah bersekolah.banyak masa terluang dah boleh pergi market hari hari kalau mau,cina ikan kat pasar pun dah jadi bff kak zu tau.


Sekarang ni selalunya kalau nak pergi pasar kak zu ajak abang megat pergi sekali.boleh pekena teh tarik sama sama sambil mengeratkan kasih sayang...tapiiiii bab dia tak kenal sayur dan ikan tu sama jer macam dulu gak...jangan marah yer bang...wlupun tak kenal ikan,zu tetap sayang abang tau


* semua gambar dari pakcik google

9 comments:

  1. ahahaha!!!trgelak2 sampai trbatuk2 gelak baca kisah akak ni,eheheh!!salam kenal,jmput follow kmbali :)

    ReplyDelete
  2. hehehe..ragam suami beli barang ke pasar..
    tergelak juga..

    ReplyDelete
  3. hehe..suka baca n3 nih..salam singgah n kenal =)

    ReplyDelete
  4. ahahha..aduii..nak gelak kangkung jd bayam..ohhh abg Megat tak boleh lawan abg usop bab-bab gi pasar ni..hihihi..takpe, jgn risau abg megat lagi ensem dari abe usop i...ahahaha:D

    ReplyDelete
  5. untuk suamiku yang hensem dan macho....
    sweet sgt ayat tu.. nak ajar pn kne secara bhemah.. tul x kak zu?? hihi... tp mmg lawak la kangkung jd bayam, kembung jd sardin.. awatnya x tanya kt org pasar?? hahahah

    ReplyDelete
  6. haha jgn kata abg megat je tersilap...zura masa mula2 kawen dulu mak suruh beli ikan. ms anak dara jarang sgt tlg msk.pastu ikan kembung jadi ikan selar....aiyookk...lepas tu pegi pasar je zura cari kedai yg ada tulis nama ikan. sekarang alhamdullilah kenal dah...hehe...seronok kan kak zu anak besar2 dah ...

    ReplyDelete
  7. wah seronoknyer baca !

    ReplyDelete
  8. Salam. Baru sy kenal rupa ikan sardin lepas tengok belog kak zu ni... Hihi...
    Tk boleh persendakan suami kak zu. Sume suami 'hensem & macho' mmg mesti nk sentiasa nampak mcm macho...

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete