kawan kawan Kak Zu

Thursday, December 20, 2012

tahniah kakak

Keputusan PMR 2012 telah pun diketahui semalam.Anak sulung kak zu Puteri Yasmin telah mendapat keputusan yang cemerlang 8A bagi semua matapelajaran. Setelah sepuluh bulan bertungkus lumus mengadap buku buku rujukan dan latihan akhirnya kejayaan berpihak kepada kakak.segala keluh kesah kakak utk menghadapi peperiksaan ini ibu dengar dengan perasaan bercampur baur.Ibu juga rasa berbaloi baloi hilang malu semua meleleh air mata depan cikgu apabila kakak telah mencapai kejayaan yang dianggap begitu manis sekali.

Buat kakak,ibu dan ayah sentiasa berdoa semoga kejayaan mu didunia seiring juga dengan kejayaan diakhirat.seimbangkanlah kedua duanya agar hidupmu sentiasa diberkati.Hiasilah dirimu dengan sifat taqwa kepada Allah SWT.




kakak (paling tengah)  bersama kawan kawan yang kesemuanya memperolehi 8A.

9 comments:

  1. pengalaman manis :) tahniah untuk anak akak . semoga success selalu .

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...syukur kan kak.. tak ternilai rasa nya..gembira...bijak anak Kak Zu...
    sampai kan ucapan TAHNIAH sy padanya.. :)

    ReplyDelete
  3. tahniah kakak dan tahniah buat ibu dan ayah juga kerana tanpa ibu dan ayah mustahil untuk kakak kecapi kejayaan...auntie intan ni jiwa halus, baca entry ibu kakak ni air mata berderai2 laju macam air hujan hahahah

    ReplyDelete
  4. Tahinah kakak... Bangga ibu dan ayah Kakak.. teruskan usaha untuk terus cemerlang ya :D

    ReplyDelete
  5. tahiah kak....tumpang gembira lihat anak akak berjaya....teruskan usaha....kejayaan menunggu di depan...

    ReplyDelete
  6. Tahniah Puteri Yasmin. :)
    Ida tumpang gembira.

    ReplyDelete