kawan kawan Kak Zu

Wednesday, December 12, 2012

Angah dan Anis...

Kak zu sebenanrnya nak buat entry pasal family day kat Bukit Gambang itu hari.Tapi gambar semua dah transfer ke desktop.Masalah nya sekarang ni desktop tu sedang buat perangai silap sikit jer nak padam,panas sikit jer skrin  jadi biru..haru biru sungguh tau. Kak zu taip entry ni pinjam laptop Abang Megat.

Kata nak pi cari laptop seketul untuk kak zu pun tak tercapai lagi.Abang Megat bizi tahap gaban sekarang ni dok ulang alik hospital jaga abah mentua.Kadang kadang dia bermalam kat sana ganti mak mentua yang menunggu waktu siang.Kesian jugakkan kalau siang malam mak mentua kena jaga sorang sorang.Sementara Abang Megat bercuti ni bior dia yang berbakti pada orang tua.

"bang..jaga mata ingat rumahtangga..jangan jeling kat misi misi yang suci murni dalam unifom putih tu yer..."

Semalam dia pergi lepas solat isyak dan balik selepas solat subuh.Sempat ler kalau nak berasmaradana dengan kak zu pagi pagi tu.. opppss 18 sx sudah....hahahaha

So..dari biarkan belog kak zu ni sunyi sepi tak berupdate...baiklah kita cerita apa apa saja kan.Kak zu dah dua hari tak pergi melawat abah mentua kat hospital sebab anak anak kak zu masih lagi tak sihat sepenuh nya
.
Mula mula dekna ngan Angah sakit perut muntah muntah terus demam.Bila dua beradik tu dah ok bersambung kat Anis pulak.muntah dari malam sampai ke petang.petang tadi dah bawak ke kilinik.malam ni terus ok tak sakit perut dan muntah muntah dah.alhamdulillah...

Tengahari tadi anis minta nak makan bubur nasi.Kak zu masak 2 cawan beras sahaja tapi sekali yang jadi nya satu periuk besar,terus cancel nak masak nasi.Hadap ler kami sekeluarga dengan bubur nasi sahaja untuk lunch tadi.

Apalagi Angah bengkek jer kat anis.Kak Zu kat dapur dengar jerlah dia dok bebel kat adik dia tu.

Angah " apa la anis ni ,dia sorang demam habis semua orang kena makan bubur...ngada ngada tau.Angah demam takder minta apa apa pun.."

wah !tak sangka angah pandai membebel sekarang.Kak zu mencelah "angah dah tua bangka takyah nak ngada ngada minta macam macam"

Anis yang sedang demam menyampuk " betul kata ibu,angah tu nangka anis ni cempedak".......

Apa lagi riuh rendahlah dapur rumah ni tengahari tadi.Mana datang nya nangka dan cempedak semua ni...



4 comments:

  1. dah follow kamu.

    bkt gambang. that day dpt tiket 5 keping. tak dapat pergi. nak juga tengok view bukit gambang tu.

    jauh la kita nak pergi. penang ke sana mau lebam drive . hehehehe

    ReplyDelete
  2. Haha.. ada2 je budak2 ni kan Kak?? ikut sapa tu suka membebel?? hihi..
    Kak Zu, ada unsur 18sx kat atas tu...hahaha..opsss..!:)

    ReplyDelete
  3. Masa ni lah nak dengar riuh rendah anak2..tak lama lagi bila sorang sorang keluar rumah, tentu kita rindu saat2 macam ni...

    ReplyDelete
  4. hahahah kua pulak nangka dgn cempedak tu kn,,

    moge cepat sembuh abah metua akak tu =)

    ReplyDelete