kawan kawan Kak Zu

Saturday, December 1, 2012

bayung oh bayung..

Masa balik kampung hari tu kak zu bawak balik sekali dua ekor kucing kesayangan kak zu sekeluarga.Bayung dan emak nya si Merah.Ini kerana kak zu akan berada lama kat kampung.Kalau tinggal mereka berdua risau pulak akan kehabisan makanan.Ini kerana kucing berdua tu kak zu biarkan kat luar rumah dengan makanan diorang sekali.Jadi bukan mereka berdua jer yang makan sekali diajak nya kucing kucing liar sekali berkenduri makanan diorang tu sekali.

Kat kampung bukan main seronok lagi si bayung tu jadi kucing kampung.Bangun pagi habis dikejar nya ayam dan anak anak ayam keliling rumah.Kak zu tengok kemain tension lagi ayam ayam tu semua.tak senang nak makan sebab bayung asyik dok kejar mereka.Puas kejar ayam main panjat2 pokok pulak.Lepas pokok rambutan dipanjat nya pokok manggis.Nasib ler pandai turun sendiri.

Bila kak zu balik ke rumah sendiri kucing berdua tu kak zu tinggalkan kat kampung lagi kerana hari khamis ni kak zu dan keluarga akan bercuti ke Bukit Gambang dan terus ke trangganu ikut Abang Megat berkursus.Adalah dalam 5 ke 6 hari kami akan tinggalkan rumah.Jadi mmg eloklah tinggalkan mereka dua beranak tu kat kampung.

Tapi semalam emak kak zu telefon bagitau bayung dah hilang.Masuk hari ni dah 2 hari dia hilang.Emak kak zu syak dia tersesat masa asyik kejar ayam.Emak kak zu dah cari dia merata rata tapi tetap tak berjumpa.Pelbagai andai yang emak dan kak zu keluarkan mengenai kehilangan bayung,antara nya

- dia kejar ayam sampai jauh pastu tak tahu cari jalan balik sebab tak biasa dengan kawasan kampung

- kena ketik ngan binatang berbisa pastu mati (minta dijauhkan)

- ikut budak budak yang lalu lalang kat tepi rumah emak (rumah emak kak zu tepi jalan) sbb dia ingatkan     anis/dekna

-ada orang berkenan kat dia dan curi sebab bayung ni hensem macam abang megat

-ikut gilfren yang baru kenal sampai lupa nak balik rumah


Itulah andaian yang kami buat atas kehilangan bayung.Harap2 ada orang jumpa dia dan pulangkan balik kat rumah emak kak zu sebab mak kak zu dah canangkan seluruh kampung mengenai kehilangan bayung.ok tipu bukan seluruh kampung tapi rumah2 sekitar rumah emak kak zu saja.

bayung oh bayung kemana kah kamu pergi.ibu nak nangis dah nih...balik lah bayungggggg

6 comments:

  1. hahaha...gelak sorang2 lah atie baca andaian2 Mak & Kak Zu tu..hehe..ada2 je..
    uiii bayung ensem mcm abg Megat ke?? boleh tahan tu..hehe..
    semoga bayung jumpa jalan kembali ke rumah mak Kak Zu ya.. :)

    ReplyDelete
  2. haahah lari ikut girlfren kot,hahah

    kucing saye pon hilang,mudah2an mereka tahu jalan balik lah ye,dgn selamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti girlfen dia hot sangat kot..sampai lupa jlan balk..

      Delete
  3. hehe. kucing kan ada deria bau,dia mesti ingat jalan... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mintak2 betullah apa yg cik f katakan tu...

      Delete