Hari ni Kakak akan menghadapi peperiksaan PMR.Ibu berdoa semoga kakak dapat menjawab semua soalan dengan mudah.
Beberapa hari yang lalu kakak telefon sambil nangis nangis.kakak kata dia rasa stress sangat sangat.Masa cikgu suruh masuk dalam dewan yang akan digunakan masa exam nnti dia rasa blur dan tiba tiba rasa tenggelam punca.itu belum tiba hari exam yang sebenar benarnya lagi.
Ibu hanya mampu menenangkan kakak dengan kata kata semangat sajerlah.Sebab yang merasai nya yang menanggung beban perasaan nya adalah diri kakak sendiri.Berat telinga yang mendengar keluh kesah kakak nak menghadapi exam,berat lagi kakak yang nak hadap kertas kertas soalan tu semua.
Ibu cakap "kakak buatlah apa yang termampu akak buat,akak dah berusaha sedaya upaya.Apa apa keputusan yang bakal akak terima nanti terimalah dengan hati yang redha"
Lagi satu ibu cakap"kakak ingatlah yang kakak menuntut ilmu ni kerana Allah,bukan kerana nak kan pujian manusia.kalau keputusan elok dan ayah kasi hadiah laptop seketul itu adalah satu bonus bagi akak."sambung ibu lagi "kalau akak tak dapat 8A, laptop tu ayah kasi kat ibu" habis ayat ibu tu lagi kuat kakak meraung...hehehe
Ini mesej kakak semalam sebelum kak zu masuk tidur."kakak, ibu pun sangat kakak sangat2 "
Pagi tadi ibu buat solat hajat untuk kakak.ibu berdoa."Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.Hanya kepada Engkaulah tempat aku meminta dan memohonpertolongan .tolong kasihani anakku puteri yasmin athirah.Lapangkan lah fikiran nya semasa menjawap soalan demi soalan peperiksaan.tenangkanlah hati nya.Keluarkanlah dari fikiran nya apa yang telah dia pelajari selama ini. Ya Allah makbulkan doa ku ini.hanya kepada Engkau aku menggntungkan harapan.Amin ya robbal alamin
Dah selesai berdoa ibu mambaca yasin dah alquran dengan niat sedekah pahala nya kepada Kakak.
Anak Ibu..hanya itulah sahaja yang dapat ibu berikan pertolongan kapada mu.doa yang tulus dari seorang ibu.Ibu tak mengharapkan segunung emas berlian darimu.ibu hanya mahu kamu menjadi anak ibu yang baik.itu sahaja.
aduhai...syahdu la pulak! teringat zaman sendiri yg amik PMR:P
ReplyDeletebab anak anak ni mak pak akan jadi syahdu dik..
Delete:) Moga-moga kakak dapat flying colours.....
ReplyDeleteterima kasih ida..
Deletesalam kenal, dari bloglist KA, done follow.. hit me back ya
ReplyDeleteterima kasih ..akak akan follow kembli
Deleteall the best ye kakak!
ReplyDeleteterima kasih KA..
Delete