kawan kawan Kak Zu

Monday, December 24, 2012

sibuk kalah menteri...

Assalamualaikum.

Dah berapa hari kak zu tak update blog kan.kak zu sangat sibuk kebelakangan ini.tmbahan pulu abang megat masih lagi kat laut ,jadi tugas melawat bapa mentua terletak sepenuh nya keatas bahu kak zu.

kadang kadang kak zu pergi selang sehari.kadang tu kena pergi hari hari sbb hntar kan makanan untuk mak mentua yang menunggu di hospital.

kak zu dah gunting dua pasang baju sekolah untuk anis dan dekna.cukuplah sorang sepasang seragam baru sebab baju yang lama masih elok lagi.Masa otw ke hospital kak zu hntar jahit tepi.janji ngan cina kedai tu 
sebelum malam datang ambik.sekali nya tak sempat jadi bermalamlah kain kain tu kat kedai jait tepi.hari ni ahad jadi esok (isnin) baru ambik.huhuhu

hari jumaat lepas kak zu kena pergi ke Hospital Pulau Pinang untuk iring abah mentua kak zu kesana.mula mula adik ipar kak zu yang akan ikut dengan ambulan hospital tapi ntah last minit nurse bagitau ambulan tu dah penuh jadi kena guna kenderaan sendiri.

adik ipar kak zu takder kereta.dia nak ikut dengan motor.kak zu tak sampai hati pulak nak biarkan dia naik motor dari taiping sampai ke penang.ndak tak ndak terpaksalah kak zu bersetuju pergi ke sana.kak zu heret mak mentua ikut sekali walaupun dia pakai baju yang dua hari lepas dan tak sempat mandi!.

Bila sampai ke hospital pulau pinang boleh pulak diorang kata alat untuk scan prostat tu rosak dan kena datang bulan depan.punyaaaaaaaa ler hangat hati..buang masa buang duit jer.

kak zu baru berkesempatan bawak anak anak beli barang kelengkapan sekolah semalam.4 bag dan 3 pasang kasut dekat RM300.fuhhh..itu pun cari yang murah. kain untuk baju dan tudung sekolah kakak pun baru beli semlam jgk.sempat ker nak jahit sebelum sekolah bukak ni...????

korang dah ready ker semua kelengkapan anak anak nak melangkah ke alam persekolahan yang tak berapa hari dah ni...kak zu belum habis membeli lagi pun...seperti tahun tahun lepas kak zu memang suka buat kerja last minit.tabiat dah..


kak zu rindu sangat kat orang sebelah yang sedang drive tu,walaupun dia tak rindukan kak zu.tiap kali dia telefon dia asyik tanya pasal abah dia jer.dia dah jarang cakap tentang rindu dan cinta.agak agak kak zu masih ada dalam hati dia lagi tak?????

7 comments:

  1. Kalau saya di tempat Zu pun, naik angin jugak..tapi dah tertulis macam tu..sabar aje lah!
    Zu...org lelaki ni bila dah kahwin dia 'take for granted' soal hati isteri...jgn nak kata I miss u..tanya kita ok pun tak..betulkan?

    ReplyDelete
  2. ala..la..la..sibuk bebenor nampak nya Kak Zu ye.. tak pelah kak, bukan selalu kan...
    agak nya bila Pae sekolah nnti mcm tu lah sy..sibuk juga nk urus barang2 sekolah dia...
    jgn ambik hati Kak, abg Megat tu la ni dok risau psl abah dia kot.. tapi Kak Zu & anak tetap dlm hati dia.. percaya lah..hehe.. suami atie cakap, sapa tak sayang bini oi... hahaha:D

    ReplyDelete
  3. kak zu....betul cakap atie tu....suami mana tak sayang bini...kaum suami nie...memang ada jenis tak suka meluahkan....nie jenis sama macam suami yan nie he heee.....

    ReplyDelete
  4. bz ye kak zue , mudah2an diberi ketabahan n dipermudahkan segala urusan kak zu k =)

    die bukan xsayang lah kak zu, die pendam tu,,=)mestilah die sayang

    ReplyDelete
  5. kak zue...samalah kita sibuk kalahkan perdana menteri..eh perdana menteri tu sibuk ke kak zue? hahahah

    kak, orang lelaki ni memang susah nak luah kalau dia rindu ke sayang ke...dia tanya abah dia sebab dia anak yang baik, bertuah tau kak zue dapat suami yang sayangkan abah dia...

    ReplyDelete
  6. tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermanje..dia ingat Zu..dlm masa yg sama dia pikirkan abah dia..dalam hati ada CINTA..

    ReplyDelete
  7. Jaga diri k..walaupun sibuk...sure dalam hati dia mesti ada kak zu..so don't worry k..be happy!!!

    ReplyDelete