kawan kawan Kak Zu
Showing posts with label makan makan. Show all posts
Showing posts with label makan makan. Show all posts
Wednesday, October 10, 2012
cerita tanpa gambar..
Setelah dua minggu Abang Megat meninggalkan kami anak beranak sini semalam dia dah pun balik kepangkuan kak zu dan anak anak.Terlerailah rindu dendam yang membara dijiwa selama ini.Kak zu tunggu dia sampai pukul 1230 malam sahaja bila mata kak zu dah tak larat nak dibuka lagi kak zu pun masuk tido.pukul 1 pagi telefon kak zu berbunyi "sayang..abang dah ada kat depan rumah kita..."bangun bukak pintu dalam keadaan mata tertutup...hehehe
Hari ini kak zu tak pergi ke kelas mengaji ustaz Jalal untuk temankan abang megat kat rumah.mesti dia nak ajak kak zu bersarapan kat luar.bila tinggal berdua ni jarang sangat kak zu buat sarapan.Tapi hari ni lain pulak cerita nya.
Terasa awal lagi utk pergi bersarapan kak zu baring baring sekejap kat katil.bila bukak mata tengok dh pukul 10 pagi.bila tengok sebelah abang megat pun tido jgk..nak bersarapan apa nyer.lunch terus aci tak???..hehehe
Mandi dan bersiap elok elok dekat pukul 11 pagi.Abang megat kata takyah masak hari ni kita makan tengahari kat luar.wokeyyy boss.terus kami tuju ke satu kedai yang dah lama bukak tapi sekali pun kami tak pernh makan kat situ.Agak nya mesti best sebab orang sentiasa penuh bila waktu makan tengahari.
Seperti yang dijngka memang best sangat2 masakan dia.semua menu kampung kampungan.nama kedai ni Restoren Ikan Bawal.Kak zu dan Abang megat ambil lauk sup daging /tulang semangkuk,ayam percik seketul besar,ikan kembung sekor,dua jenis air asam dan ulam ulaman.air pulak cuma sirap limau sorang satu.sampai licin kami laki bini makan.sedap sungguh.
Untuk dekna dan Anis kak zu bungkuskan kari ayam sketul dan ikan keli sekor.dan kami cuma perlu membayar RM24.murah tak??bagi kak zu memang murah ler.dan yang penting sedap.kedai pun bersih dan selesa.kedai tu juga sediakan air free kalau nak.air suam dan air asam boi klu tak silap kak zu.
sayangkan takder gambar.cerita kosong jerlah.Kak zu lupa nak angkut kemera masuk bag sekali.takper lenkali kalau Abang megat ajak pergi makan situ lagi kak zu amik gambar banyak2 okey..
Siang hari riang ria makan kat luar malam haruslah kena masak.tengah garu garu kepala nak masak apa ni...
Friday, September 28, 2012
Bila mak datang umah...
Minggu lepas mak kak zu ada datang rumah.Sebenar nya kak zu yang balik ambik mak.seminggu mak duduk sini.Kak zu bawak mak pergi klinik sebab mak dok mengadu sakit dada dan muka dia bengkak.Lepas makan ubat yang klinik swasta bagi keadaan mak Kak Zu semakin baik.Bila mak ada kat rumah Kak Zu jadi bersemangat nak masak.Bukan masak yang special sangat pun cuma lauk biasa jer.
Gambar lauk pauk yang kak zu masak masa mak ada kat sini.semesti nya lauk pauk kampung..yummy yummy...
ikan kembung.Kak zu bakar saja.bakar atas dapur gas lapik daun pisang yang ambik kat kampung
pes sambal untuk letak atas ikan kembung bakar.
ikan kembung bakar bercili.
masak lemak kobis + karot dan udang.suami kak zu makan banyak yang ni...
ikan pekasam ni mak kak zu bawak dari kampung.sedap sangat
ulam ulaman semesti nya ada.kalau tak mak kak zu tak lalu nak makan...hehe
sambal belacan.yang ni pun wajib jgk klu mak datang rumah kak zu
ikan "nyok nyok" masak taucu.sedap sangat...
Ada banyak lagi yang kak zu masak masa mak ada sini tapi terlupa nak tangkap gambar sebab lapar sangat.hari ni mak kak zu dah balik kampung.jadi kak zu pun masak ala kadar sajalah sebab tinggal kami tiga beranak jer nak makan.Suami kak zu pun kat laut jadi semangat nak memasak pun ke laut jgk lah.
*semalam kak zu dengar rancangan Tanyalah Ustaz kat TV9. Ustaz Hassan Din Al Hafiz kata berdosa panggil suami kita dengan nama dia.so mulai hari ni Kak zu takmau panggil suami kak zu dengan nama Pak Megat lagi.kak zu akan cari nama lain utk dia dalam blog ni.mungkin "abang megat" ataupun Abang S Y G..hehehe..boleh ker...
Sunday, September 9, 2012
selamat hari lahir Angah dan Dekna
Puteri Nurliana Amira lahir pada 7/9/2003 pada waktu malam hari Ahad.dekna dilahirkan dengan seberat 4.1 kg.
Megat Izzuddin (angah) lahir pada 9/9/99.ibu lahirkan angah pada hari khamis waktu malam seberat 5kg..haha amik ko ngah..memang separuh mati ibu berjuang nak keluarkan kamu yang sebesar itu...
SELAMAT HARI LAHIR anak anak ibu yang tersayang.Doa dan harapan ibu sentiasa yang baik baik dan manis manis sahaja utk kalian berdua.Membesarlah menjadi anak yang soleh dan juga solehah.satu sahaja pesanan ibu iaitu "dunia ini hanyalah pinjaman dan sementara sahaja.janganlah kamu berleka leka didalam nya,sampai masa nnati kita akan kembali ke negeri kita yang kekal dan abadi iaitu Neger Akhirat "ingat itu wahai anak anak ku yang tersayang...
Dekna dok tanya taknak buat jamuan utk dia ker dihari jadi nya nanti.mula mula memang ibu terasa malas sungguh nak adakan tapi bila terpandangkan muncung dekna yang lebih tinggi dari hidung tu cair jgk hati ibu nih..ibu pun dengan penuh kasih dan sayang adakan jugalah small birthday party utk dekna.
antara kawan kawan dekna dan anis yang hadir.
Subscribe to:
Posts (Atom)







