Assalamualaikum,
Hari ini ialah hari terakhir dalam tahun 2012.Esok kita akan melangkah ke tahun baru 2013.banyak kenangan suka duka yang di lalui sepanjang tahun ini.kebanyakkan nya kenangan yang manis manis belaka.Ada juga kenangan pahit tapi jangan diingatkan.buang jauh jauh dari fikiran.
Azam tahun baru kak zu ? hanya satu.Ingin menambahkan segala amalan baik yang dituntut oleh agama.Nak mantapkan lagi amalan yang wajib dan memperbanyakan amalan yang sunat.Bagi kak zu jika kita menjaga hubungan kita dengan Allah inshaAllah akan datang perkara perkara yang baik kemudian nya.bagaimana dengan azam baru korang semua.
Hari ini juga kak zu akan menbuat persiapan terakhir persekolahan anak anak kak zu yang tinggal diasrama.sekejap lagi nak keluar beli barang barang keperluan kakak dan angah seperti barangan mandian,sabun basuh baru,makanan seperti biskut dan air kotak dll.Esok hantar angah ke Balik Pulau dahulu selepas settle semua bayaran pecut balik untuk hantar kakak pulak.nasib hostel kakak dekat dengan rumah.InshaAllah kalau ada rezki kakak pun akan bersekolah sama dengan angah di Balik Pulau.
okeylah semua.kak zu stop kat sini dulu sebab nak kena layan penyewa rumah kak zu yang baru.Penyewa yang lama dah pun keluar masa hari krismas yang lalu.Penyewa yang baru ni pasangan guru dan askar.harap harap penyewa yang ini tidak cerewet seperti penyewa yang dulu.Penyewa yang dulu pandai jaga rumah takder yang rosak pun selepas mereka berpindah keluar.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013.