kawan kawan Kak Zu

Wednesday, May 29, 2013

ww

mati mati ingatkan roti kelapa rupanyer belacan..patutlah anak pakat menjerit bila suruh diorang makan...hehe..pergi melaka haruslah beli belacan udang...

Friday, May 24, 2013

Happy Birthday To Me


Alhamdulillah.Hari ni genap usia kak zu 40 tahun.Syukur kepada Sang Pencipta kerana masih lagi meminjamkan detik waktu untuk kak zu terus bernafas dibumi Allah ini.kak zu kena sentiasa beringat bahawa bertambah usia , bermakna semakin pendek masa yang Allah pinjamkan kepada kak zu dan semakin dekat dengan detik perjanjian untuk menemui Tuannya..

Harapan kak zu dihari ulang tahun kelahiran ni semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk kak zu terus berkhidmat sebagai hambaNya...

Hadiah dari yang tersayang ???? takpayahlah...apa yang ada hari ini semuanya dianggap sebagai hadiah.layanannya yang baik selama hampir 17 tahun berkahwin ni merupakan hadiah yang tiada nilainya....

Dan takdir Allah juga hari lahir kak zu tahun ni jatuh pada hari Jumaat yang mulia.Hari ini juga kak zu sekeluarga akan ke A Famosa Resort Melaka kerana ada Family Day Petronas...kiranya macam hadiah percutian sempena ulangtahun kelahiran kak zu jugalah yer..

satu lagi!mesin basuh yang dah berjasa selama hampir 16 tahun dengan keluarga kak zu mogok takmau buat kerja dah.Ianya dah rosak dihari ulang tahun kelahiran kak zu juga..dahlah semalam anak anak yang dok hostel pakat bawak balik baju kotor sorang dua bag...huhuhu

Thursday, May 23, 2013

Tuhan tolong jagakan ...



Assalamualaikum kawan kawan kak zu semua...kesibukan melanda sejak akhir akhir ni..terkadang siang hari tak sempat langsung nak mengadap laptop.malam baru ada masa tu pun waktu dah nak tarik selimut.apa yang disibukkan????..entah..kak zu sendiri pun tak tahu .bila bangun pagi buat itu buat ini..pergi sana pergi sini sedar sedar yang nak malam...

Ni pun curi curi update blog sebelum pergi Balik Pulau menjemput anak teruna kesayangan kak zu di MRSM..insyaAllah dalam kereta nnti bolehlah ambil kesempatan singgah blog kawan kawan semua...

buat teman teman yang kak zu sayangi terimalah lagu yg paling kak zu suka sekarang ni.semoga Allah selalu menjaga kawan kawan kak zu semua...


terima kasih pada okje dan lisa yang bertanya kemana kak zu menghilang...


Friday, May 17, 2013



Thursday, May 16, 2013

blog sunyi sepi...

Assalamualikum....

Seminggu lebih blog kak zu ni sunyi sepi kan..bukan kemana mana pun cuma WIFI kat rumah kak zu ni buat hal.ini semua gara gara jari yang tak bermata ni tersilap tekan button kat belakang modem tuh.Blog kengkwan semua pun tak "terterjah"..miss u all like crazy horse...huhu

Bila dah seminggu tak menaip mulalah roh nak bercerita pun kurang jugak.tak tahu nak bercerita apa pun...oh ya sempena hari guru hari ni ,kak zu ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua warga pendidik dimana saja kalian berada..jasa kalian amat amat kak zu hargai.

Tahun ni anak anak kak zu bagi hadiah coklat kat cikgu diorang.Tahun lepas bagi pen merah sebab cikgu kan banyak guna pen merah untuk memanda buku anak murid.Dua tiga hari sebelum sambutan hari guru anak anak kak zu dah bagitau yang cikgu diorang nak hadiah yang berfaedah dan boleh digunakan dalam kelas seperti pen dan marker pen.khabarnya memang banyaklah cikgu dapat benda benda tersebut tahun ni.

Berbalik cerita coklat yang anak anak kak zu berikan pada cikgu diorang tu.kak zu ingatkan anak anak kak zu ni nak bagi hadiah tu awal awal pagi tadi,rupanya kena tunggu waktu acara kemuncak baru boleh bagi.acara kemuncak tuh pulak waktu lepas rehat.sekarang ni kan musim panas,nmpak gayanya coklat memasing dah lembik baru sampai ke tangan cikgu..hai nasiblah....

okeylah....tetiba idea tenggelam pulak..sampai sini saja...ni WIFI dah okey lajulah BW lepas nih...tunggu ya..

*cerita akhir mengenai Ho Chi Minh City akan menyusul nnti ya...

Wednesday, May 8, 2013

bilik Angah dah cantik

Alhamdulilah..baru baru ni rezki Abang Megat agak murah jugak.Berkat bekerja keras bersungguh sungguh.Jadi dapatlah kak zu memenuhi hajat dihati nak beli perabut baru untuk bilik Angah.Kak zu pernah ceritakan keinginan kak zu tu di SINI

Sekarang barulah cantik sikit bilik anak teruna kak zu tu.dia dah pun rasmi tidor atas katil baru tu masa balik bercuti baru baru ni..

set bilik tidor warna putih..

katil ni bersaiz 3 1/2 kaki.besar sedikit dari katil single tetapi kecik sedikit dari saiz queen.saja beli saiz ni supaya ada banyak ruang kosong untuk solat lebih selesa.

almari sliding 2 pintu.cukuplah ,baju seluar dia bukan banyak sangat pun.tv kecik tu utk dia main PS2.kotak hijau tu bekas serbaguna isi baju baju lama yang dah tak muat.belakang almari tu ada besi menyidai tuala.abang megat tak nak bukak jadi biarkan saja kat belakang almari tu..bye bye besi ,dok belakang tu dendiam tau..


pandangan dri luar bilik.langsir dan cadar pakai yang lama jer.disebabkan katil ni special saiz jadi mmg susah nak cari cadar baru.kena beli kain dan jahit sendiri.kak zu bercadang nak beli kain warna biru untuk langsir dan cadar tu..biru muda ,bukan biru BN tu tau ,nanti lagi gelap bilik ni lagi sedap angah tido sampai habis subuh...hehe

bilik angah ni berkongsi bilik air dengan bilik kak zu.kotak biru tu berisi barang pertukangan Abang Megat.tak tau nak letak kat mana ,tumpang bilik angah sekejap.camnilah rumah teres.ruang tak banyak...

walaupun bukan perabut mewah harga ribu riban tetapi kak zu bangga jgk dapat sediakan untuk keselesaan anak.yang nak kena tambah dalam bilik ni hanyalah rak penyidai tuala dan sejadah.meja study dan juga frame gambar...yang itu nanti nantilah....

*suatu ketika dahulu semasa anak anak masih kecil kak zu jahit set cadar,selimut dan isi kekabu buat bantal sendiri .tak terfikir pun nak beli yang dah  siap .pernah sekali ada orang tempah lagi...kenapa sekarang kak zu begitu malas nak buat semua itu..

Tuesday, May 7, 2013

ikan siakap masak ala ala stim

Nama resepi kak zu ni ialah Ikan siakap ala ala stim.kenapa mesti ada ala ala stim? Sebab kak zu tak stim pun hehe..korang pening ekkk..sebenarnya kak zu hanya rebus dalam kuali saja..malas nak keluarkan periuk pengukus...wlupun rebus ,tapi rasanya sama macam stim jugak..cara ni kak zu belajar dari blog cahaya cintaku.

Meh ler kak zu ajarkan caranya manalah tau kot kot kawan kawan semua nak try buat..bak kata anis 'senang kacang jer"

bahan nak masak 

ikan siakap 

2 cawan air

ketuk serai sebatang 


bawang besar sebiji dimayang

bawang putih seulas 

kiub ayam seketul ( kak zu guna serbuk hilal 2 sudu)

garam ikut masin

cili padi ikut suka pedas (kak zu guna 4 biji)tumbuk kasi pecah

tomato

limau nipis sebiji

minyak masak 1 sudu besar

caranya

rebus air dalam kuali.

bila mendidih masukan semua bahan diatas termasuk arwah ikan siakap tu jgk.

masaklah lebih kurang 10 minit.atau sampai ikan tu betul betul masak.kena balik balik kan ikan tu biar sama masaknya.

perasakan.kalau kurang garam tambah,kalau kurang masam perah limau lagi.ada jugak yang suka taruk asam masin atau asam boi tapi kak zu tak letak pun,bukan sebab tak suka tapi sebab tak ada..hehe

okeylah dah boleh hidang.taruk ler hiasan daun sup ker.carot yang di parut ker..semua boleh, kita yang buat dia kan....

Saturday, May 4, 2013

Selamat Mengundi



semalam pergi ambik anak kat Balik Pulau.balik dah malam.kat highway dah banyak kenderaan yang nak balik mengundi..


dengar nasihat ustaz hensem ni tau...



dan untuk peringatan para isteri ni.hahaha

Thursday, May 2, 2013

Ho Chi Minh City Day 3 lagi...

Assalamualaikum...

Masih lagi nak bercerita mengenai Ho Chi Minh City. Jangan jemu yer...

Selepas keluar dari Chu Chi Tunnel tu,bang amir tanya "lepas ni kita nak pi mana"(sila baca dlam dailek Champa yer),ada yang bagi cadangan pergi makan dulu,ada yang nak balik hotel,ada yang ajak pergi shopping,last skali abang amir kata nak bawak pergi kat kilang telekung.

Sebenarnya bukan kilanglah sangat cuma seperti rumah kedai.Pekilang ni kak zu rasa bukan beragama islam.sebab yang pompuannya berskrit pendek jer.Sayangkan..pandai buat telekung cantik cantik tapi tak dapat hidayah Allah untuk mendekati Islam.Hidayah itu milik Allah...

nilah yng dikatakan kilang telekung....

yang ni dalam rumah pemilik kilang tuh..banyak jenis yang depa tunjuk..mahai ada murah pun ada.kak zu cuma beli 4 pasang saja kat sini sebab kawan kak zu kata kat pasar ban than market boleh dapat lagi murah dari sini...

yang ni bunga 77 kuntum .harga 17 usd lebih kurang RM51.yang pink tu kak zu punya.yang unggu kak zu jual..perghhh lumayan bila balik jual kat Malaysia..hehe

yang ni bunga biasa saja,ada 8 kuntum bunga timbul.harga 10 usd..RM30. kawan kawan yang lain borong banyak jugak kat sini...senyum lebar ler tokey kilang tu.

Dah selesai kat kilang telekung ni barulah kami semua dibawa makan tengahari pada pukul 230 petang.kelas gitu...masa rambang mata pilih telekung tk rasa lapar..dah naik atas bas baru rasa kebulur..

kami dibawa makan kat restoren satay house milik orang malaysia ni..

menu yang dihidangkan.kari ayam,telur dadar,bawal goreng dah tinggal separuh dan kangkong goreng.mana mana restoren pun kangkong goreng mesti ada.

Alhamdulillah kenyang sangat.baru terasa makanan melayu kat sini.almaklumlah milik orang malaysia..Dah sudah makan terus naik bas balik hotel. bolehlah berehat tido sebentar sebelum masuk pasar ban than untuk beli kain cotton.

Dah dapat lelap sebentar,mandi dan solat , pukul 4 petang terus turun ke lobi hotel. cukup gang jer terus gerak masuk dalam pasar.Bangunan pasar dengan hotel cuma sebelah menyebelah .Beli beli beli naik hantar kat bilik.beli beli beli lagi...naik hantar kat bilik lagi hehe. kalau beli kemudian rasa tak padan dengan saiz kita berdesup keluar hotel tukar ler ler tu jgk..untung hotel dekat dengan tempat membeli belah nih....

salah satu kedai kain dalam pasar ban than.kawan kak zu dah biasa ngan tokey kedai ni.dapatlah murah sikit..banyak kain untuk buat jubah.kain + lining + upah =RM100.boleh siap 1 hari dan diorang akan hantr ke hotel.Jubah biru yang kak zu pakai pergi hari anugerah sekolah kakak dulu tempah kat kedai ni.

woooo..kak zu dah rambang mata tau..kalau boleh semua nak angkut...semua pekerja kedai ni boleh cakap melayu tau..

kak zu dah dapat semua yang nak jadi dok dendiam jer lah tunggu kawan yang dok rambang mata tak habis habis lagi.lagipun duit memang dah tinggal tak banyak.duit usd dah nak habis tinggal duit RM jer lagi.Kak zu beli 9 pasang telekung dan 11 pasang kain english cotton.tempah jubah sepasang kat sini.telekung dan kain cotton boleh dapat 9 usd jer kat kedai nih.

pemandangan dari bilik hotel.itulah pasar ban than.dalam tu ada beratus ratus kedai jual serba serbi.dari kain baju,beg tangan.kasut kulit tak kulit semua ada .mak pak jer takder jual .yang paling kak zu bengang dalam pasar ni peniaga pompuan nyer asyik dok tarik tangan abang megat sambil dok sebut "abang sayang ,cen i hep u " dok tarik masuk kedai depa.sakit jantung kalau lalu depan kedai juru jualnya pompuan...

Abang Megat kata lenkali kena pakai baju tangan panjang kalau masuk sini..amboiiiii...takder lenkali nyer...lenkali kak zu datang sorang jer.pasar ni tutup pukul 6 petang . Bila malam peniaga pasar malam pulak ambik alih berniaga depan pasar ni.

malam terakhir tu kami dibawa makan di restoren nih...

menu nya...kangkong mesti ada punya.hehe

dah selesai makan.ukur jalan lagi sepanjang pasar malam.terserempak orang jual jagung dan ubi keledek bakar.kak zu tak beli pun sebab masih kenyang lagi.tapi sekarang bila tgk balik gambar ni rasa teringin pulak.sedapkan keledek bakar tu.jagung bakar tak heran sangat sebab banyak jual kat pasar malam sini..

okeylah..selesai sudah hari ketiga di vietnam.Esok sudah mau balik Malaysia.Nanti kak zu sambung cerita hari terakhir kat sana.sempat melawat muzium perang dan pejabat pos besar pada sebelah pagi tu..