kawan kawan Kak Zu

Tuesday, March 29, 2011

Tart Telur

boring yek petang2 ni...so apa kata kita layan gambar makanan.hari jumaat lepas akak buat tart telur.bukan apa malam tu kan nak pergi Sabak Bernam.So dlam kereta nnti dapat ler buat kudapan nak bagi hilang ngantuk.Malas nak mengarang ayat panjang2 dua tiga menjak ni.apa kata salin resepi jer lah yer..

bahan2
utk pastry
200 gm butter
80 gm gula aising
360 gm tepung superfine
1 biji telur1/2 st esen vanila
 untuk filling
1 cwn susu cair
4 biji telur
1 cwm gula
1 cwn air
1 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu kecil esen vanila
pewarna kuning

cara2nyer

pukul butter dan gula smpai kembang.Masukkan telur.pukul lagi kemudian msukkan tepung.uli sampai jadi doh.ratakan setebal 1/2 cm kemudian terap dlm acuan.cucuk dgn garpu supaya tidak kembang dan bakar 10 min suhu 180 c.masukkan filling.bakar lagi 10 min

utk filling campurkan semua bahan dan gaul sebati...

selamat mencuba..





Monday, March 21, 2011

kenangan mengusik jiwa 7

Dalam n3 saya yang lepas ada saya sebutkan pasal TV 14".Inilah dia tv yang banyak kenangan dalam hidup kami suami isteri.Walau pun dah lebih 15 tahun tapi tv ni masih lagi elok.kaler sangat cantik.sekarang tv ni digunakan oleh anak bujang kami buat main ps 2.

Thursday, March 17, 2011

kenangan mengusik jiwa 6

Susu Tepung Gandum

Selepas kahwin , saya menumpang di rumah keluarga
bila suami pergi kerja 2 minggu saya akan balik ke rumah mak saya
dan saya akan kerumah mentua bila suami akan balik dari Trangganu
keadaan macam ni berlangsung lebih kurang 2 bulan selepas diijabkabulkan

Suatu hari emak mentua telefon bagitau ada rumah kosong untuk di sewa
dia tanya nak cuba utk hidup sendiri tak?
sewa tak mahal cuma RM100 sebulan
setelah berbincang dengan mak dan juga arwah bapak
saya bersetuju utk menyewa rumah tersebut

Bila suami balik dari kerja kami pun mula lah mencuci rumah sewa kami tu
seronok bukan kepalang
maklumlah nak mulakan hidup baru dlm erti kata suami isteri yg sebenar2 nya
mak mentua bagi katil,tilam dan se tong gula (hehe)
sementara mak saya pulak bagi pinggan,periuk dan bantal
kami cuma beli rak pinggan, tong gas dan lesung batu
barang2 lain banyak yg kami dapat dari hadiah perkahwinan 
tv 14" plk mmg suami dah beli masa dia bujang dulu
mmg sederhana sangat lah keadaan rumah kami masa tu
oh ya! mak mentua saya juga bagikan sebidang karpet

Memang seronok masa tu
baru terasa betul2 "oh begini rupa nyer berkahwin"
masa tu mmg tak reti nak bersarapan kat luar
jadi pagi saya buatkan cucur udang
tengahari pulak masak nasi dan lauk pauk
mlam pun sama jugak
indah nya masa tu hanya Allah saja yg tahu

Rupa- rupa nyer keindahan tu hanya sementara
Masuk bulan yg ke3 saya disahkan mengandung
bermulalah hari yg suram bagi saya dan suami
kami gembira kerana bakal bergelar ibu dan ayah
tapi alahan yg teruk menenggelamkan rasa gembira itu
saya asyik muntah tak kira siang dan malam
badan jadi lemah sebab tak boleh makan dan juga minum

saya juga tak boleh memasak
utk bangun kebilik air pun terpaksa dipimpin
inikan pula utk memegang periuk
saya betul2 tak berdaya utk melayan makan dan minum suami
mujur juga suami begitu memahami
dan rumah emak mentua pun taklah jauh sangat dari rumah sewa kami

suatu petang sedang saya melayan mabuk2 dan muntah2 saya
suami kedapur utk membancuh minuman
setelah siap dengan bangga nya suami mengusung dulang dekat dgn saya yg sedang berbaring
yg saya hairan kenapa gunakan penapis apabila menuang milo kedlm cawan
suami pelawa saya minum tpi mmg tekak saya tak dapat terima apa2
jadi dia pun minumlah  sorang2 air milot tersebut

tiba-tiba

suami  : Yang, apasal susu tepung yg abang gunakan ni berketul-ketul ?

saya   : eh, rumah kita takder susu tepung

suami : tuh yg dlm balang tu bukan susu tepung ker?

saya  : Ya Allah bang, tu tepung gandum..

suami : laaaa...abang ingatkan susu tepung..tpi xperlah sedap juga

saya : patutlah siap guna penapis lagi..



Ya Allah kesian nyer suami saya
selama hidup bujang semua emaknyer yang sediakan
sampaikan dia tak dapat bezakan antara susu tepung dan tepung gandum

Apa apa pun saya sayanggg sangat kat suami saya
walaupun dia tak kenal susu dan tepung
sekarang dia dah pandai buat milo
milot buatan suami saya adalah yg tersedap di dunia
hahahaha

Kami menyewa kat situ tak lama
cuma lebih kurang 3 bulan sajer
tapi kami duduk kat rumah tu adalah lbh kurang 2 minggu saje
selebihnyer kat rumah mak saya
jadi dari membazir bayar sewa tapi tak duduk
kami amik keputusan utk keluar dari rumah tu
katil ,tilam dah se tong gula yg tak luak tu
kami hntar balik ke rumah mentua ...
lain2 barang kami simpan elok2 kat rumah emak saya
selepas usia anak sulung kami 5 bulan barulah kami mula hidup sendiri semula
tpi kali ni kami menyewa kat taman lain pulak..

Tuesday, March 8, 2011

DAMAI

Hari Ahad selepas hntar kakak balik asrama,saya ajak suami singgah Taman Tasik Taiping.Bukan tak pernah pergi tpi selalu tu lalu pusing2 ngan kereta jer.Tapi hari tu kami siap berhenti dan lepak2 ambik gambar dulu sebelum balik rumah.Cantik sangat pemandangan kat tasik buatan tu.Indah sungguh ciptaan Allah.Saya bersyukur kerana masih lagi dipinjamkan usia ini utk menghirup udara yang segar dibumi Tuhan ini.

Friday, March 4, 2011

kenangan mengusik jiwa 5

Milot

Perkahwinan saya dan suami di atur keluarga
tak pernah kenal pun
jumpa sebelum nikah adalah 3 kali
tpi berbual kat telefon hari2
hehehe

Jadi memang saya tak tahu langsung apa apa
pasal hobi atau pun kegemaran suami saya tu
jadi bila dah kahwin byk benda yg canggung bagi saya
apa yg saya suka dia tak suka
apa yg dia suka rimas pulak di mata saya
tpi kami cuba sedaya upaya utk menyesuaikan diri
dgn suasana baru sebagai suami isteri

Sesuatu yg saya ingat suami saya suka layan movie
sedangkan saya sukakan rancangan tv berbentuk hiburan
senang cakap yang ada persembahan nyayian
jadi pada suatu malam minggu
suami saya nak layan movie omputih dialah
sedangkan saya nak tgk rancangan " Hiburan Minggu Ini "
masa tu tv cuma ada satu jer
tu pun kecik  saiz 14" jer
antenna pun cuma guna indoor jer
baru kawin kan mana ada duit nak beli tv besar

Malam tu saya merajuk sbb suami konker tv kat dia sorang
saya nak tgk Hiburan Minggu Ini
saya tak ingat dah siapa host malam tu
walau masa iklan pun dia tak tukar channel
puas saya merayu rayu
suami cakap iklan pun kena tgk jgk
takut nnti jenama milo dah tukar jadi milot kita tak tahu
nnti cari kat kedai tak jumpa plk..
saya punya hangat hati tak usah ckp ler
last sekali saya biarkan dia dgn movie nyer

nak tahu apa kesudahan cerita ni..
hahaha...
sedang suami saya syok layan cerita omputih tu
tiba2 tv kecik tu dah kuar gambar petak2
ala mcm petak2 main brickgame tuh
rupa2 nyer jiran sebelah main  "game"
menangkap sekali ke tv rumah kami
maklumlah guna antenna indoor kan


tunggu punya tunggu sampai ke sudah suami tak leh tgk movie omputih dia
saya apa lagi gelak sakan ler
dlm hati cakap "padan muka"

Walaupun cerita ni dah hmpir 15 thun
tpi kami masih lagi guna perkataan milot tu
bila ingat balik kenangan dulu2 mmg kelakar kan



apa apa pun kesabaran dlm menjalani kehidupan berumahtangga tu amat penting




 
 

Wednesday, March 2, 2011

Rabu 2 March..

Dah 2 hari sakit kepala
sakit yg datang sekejap sekejap
sbb tu yg rasa mals nak update blog
Idea menulis kadang2 datang
kadang2 tenggelam sunyi sepi
cuma asyik dok baca blog org lain jer


En Suami dah 2 hari pergi Paka Trangganu
berkursus selama 3 hari
semua benda kena urus sendiri
badan penat kepala pun sakit
nak pulak sekarang ni panas sangat
walaupun ada hujan turun tapi masih lagi panas

Rutin harian mmg ada sedikit berubah ler bila suami takder ni
selesa sangat bila suami dah 3 bulan kat rumah jer
tugas hntar dan amik anak2 dari sek KAFA mmg dia yg buat
buang sampah dan kunci pagar pun suami yg buat juga
pendek kata mmg ringan banyk lah tugas saya
terima kasih yer bang...(klu dia baca ler)
kerana tak segan2 tolong sidai kain
wlupun terpaksa betul2 kan seluar kecik saya dan seluar kecik anak2 dara kita


Hari ni terpaksa bwk Anis pergi mengaji kat surau
pasai takder saper2 kat rumah nak jaga dia
Bang Ngah kena pergi KO KO kat sekolah
nasib baik Anis kat kacau masa turn saya mengadap ustazah
bekalkan dia colour pencel dan buku mewarna
leka jugalah dia...
ni baru permulaan
pas ni mmg Anis akan selalu kena ikut ibu
sbb ayah dah nak mula kerja balik
Harap2 anis akan biasa lepas ni

Blik dari surau terus singgah klinik
amik ubat batuk anis
baru mula batuk2 hari ni
tadi rasa badan dia dah dedau
klu demam nmpak gaya nyer tak sekolah lah esok budak tu
sian anak ibu
ayah baru tinggal 2 hari dah mula demam

Anak2 semua dah tidur
bang ngah letih sangt nmpak nyer
kena kawat kat KO KO ptg tadi
siap nak termuntah lagi..hehe
maklumlah badan montel mesti cepat penat kan
dekna pun tidur awal jugak
agak agak nyer kakak kat hostel dah tido ker belum ???
ibu dah mula rasa rindu kat kakak.
tak sabar nak tunggu hari minggu 
nak jumpa,nak peluk dan nak cium kakak lagi...
InsyaAllah....