Assalamualaikum...
Genap seminggu belog kak zu sunyi sepi.bukan merajuk cuma sibuk sikit dengan urusan sehari hari,ndak ndak pulak cuti panjang sempena Maulidur Rasul dan Thaipusam.abang Megat kat laut jadi tugas mengambil dan menghantar kakak dan Angah semuanya kak zu buat sendiri. kak Zu juga balik kampung sebab kena bawak mak kak zu memenuhi jemputan kenduri kahwin .Semua tu memang amat memenatkan
Bila dah habis cuti dan anak anak dah balik ke asrama dan mula bersekolah,internet kat rumah kak zu pulak buat perangai.Puas telefon TM buat aduan tentang kerosakan tapi selepas dua hari baru diorang datang repair. Perlukah kak zu tukar jer ke perkhidmatan lain selain daripada TM sahaja lepas ni.Dengar dengar P1 wimax pun ok jugak.Baru ni kat Tesco pun ada orang dok promote YES.hmmmmm.....
Jadinya sepanjang takder internet kat rumah ni korang tahu apa yang kak zu buat....
haaaaa..layan novel.
bila drama "sehangat asmara "ni dah tayang kat tivi baru kak zu nak baca novel ni.pinjam kat kawan.tengoklah punya lama dah novel ni sampaikan kulit dia pun dah nak tercabut.tapi wa cakap lu memang best lah novel ni.bila baca novel ni membuatkan kak zu di lamun cinta ngan abang megat.Hari hari bila dia telefon hati kak zu berbunga bunga riang.hahaha
korang boleh agak tak kalau kak zu asyik layan novel jer apa akan jadi pada rumahtangga ku.Jawapan nya ialah seperti dibawah ...ohoiiii
kain baju yang tak berlipat belambak lambak.mula mula ada kat ruang tamu tapi terfikir pulak kot tiba tiba jer ada orang datang wat malu pulak nanti,usung semua ni masuk dalam bilik.senang kan bila tetiba jer orang terjah rumah tutup jer pintu bilik tu settle...hahaha
okeylah nanti kak zu bercerita lagi yer.internet pun dah ok ni,laju jerlah jari jemari ni menaip nanti.cerita pun banyak dok terkumpul dalam kepala ni...
k bai...