Assalamualaikum...
Siapa kata surirumah banyak masa terluang.kalau banyak masa terluang hari hari kak zu boleh buat entri baru tau.Tengok Salam Jumaat kak zu tu sampai hari selasa baru berganti dengan entri baru .sadis kan.
Buat Cho Zila yang dalam perancangan nak pergi vietnam terimalah catatan perjalanan kak zu ke Ho Chi Minh City ni.moga moga dengan membaca entry kak zu ni makin berkobar kobarlah semangat nak ke sana.
Pada hari ketiga dibumi vietnam rombongan kami di bawa melawat tapak tinggalan perang diantara askar vietnam dan tentera Amerika.Sarapan pagi diatas bas, cuma 2 ketul karipap yang besar dan sebotol air maneral.Alhamdulillah kenyang sampai tengahari.
Perjalanan dari hotel mengambil masa lebih kurang sejam.tapi tak terasa lama sangat sebab dalam bas asyik merapu meraban bercerita hal hal lama berkaitan alam persekolahan dan hal ehwal semasa.cerita sikit ketawa yang lebih.sedar sedar dah pun sampai ke destinasi.
.
vietnam memang terkenal sebagai negara yang mempunyai penonggang matosikal yang ramai.kalau kat atas jalanraya tu motor bersimpang siur tak ikut satu arah .diorang main hentam saja kot celah mana diorang nak lalu.motosikal untuk rakyat golongan bawahan.kalau yang ada kereta tu mmg betul betul kaya saja,ini kerana harga petrol disana terlampau mahai..
polis vietnam sedang menjalankan tugas.rata rata rakyat vietnam bersaiz begini sahaja.kekurangan zatkah mereka ni semua yer...hehe
bila dah sampai di chu chi tunnel tu ada pameran senjata lama yang digunakan dalam peperangan.ruang pameran ni di tepi tandas.kena buang air siap siap sebab dalam tu takder tandas disediakan.dulu tentera vietkong berak kencing ikut dan diorang jer kat dalam hutan tuh..hihi
dalam terowong nak masuk ke dalam Chu Chi Tunnel.Abang Megat ambik gambar dari belakang.apa raa..
sebelum meneroka hutan tu kami bergambar ala ala budak kumpulan pancasitara dulu...
abang megat pun tak melepskan peluang bergambar kat depan bangsal ni jgk..
Kat dalam kawasan tu kita akan di beri seorang pencerita yang akan menerangkan semua yang terdapat di dalam kawasan tu.mereka berpakaian seperti tentera.sebelum tu kena masuk bawah bangsal yang disediakan dan tengok video dokumentari mengenai peperangan..senyap sunyi jer bila video sedang ditayangkan.sedih menyaksikan kesengsaraan rakyat vietnam menentang penjajah..
tempat ni memang kesukaan Abang Megat.Apa yang tak faham tanya jer kat dia.dia siap boleh terangkan kat kami lagi apa yang tak tahu.mana taknya masa orang dok cerita kami dok bersembang bukannya nak dengar bekbaik...
salah satu lubang untuk bersembunyi.kak zu tak berani masuk takut tersangkut buah dada kat lubang tu.asal dia kecik lagi.muat muat badan askar vietnam jer,tapi di besarkan sedikit utk pelancong mencuba.kawan kak zu tu cuba sampai kasut dia tercabut tertinggal kat dlam.kalut sungguh masa ni..
salah satu jerangkap samar.
terowong ..
busut buatan.yang lubang tu dibuat utk pengudaraan.dibawah busut tu laluan terowong askar vietnam.
cara askar buat terowong.gigih untuk mempertahankan tanahair dari dicerobohi ..
kak zu mencuba mesin jahit askar vietnam.dari cerita pemandu pelancong kami, dulu semuanya mereka lakukan didalam kubu dibawah tanah.cuba bayangkan...
kat atas kereta kebal milik tentera Amerika yang musnah terkena periuk api askar vietnam
dah sampai kawasan ni bolehlah berehat sekejap.baju dh basah dek peluh.sini keadaannya bising dengan bunyi tembakan.saper saper nak cuba menembak ada disediakan lapang sasar.bayaran dikenakan.ada juga kedai cendrahati dijual disini.
bom
Abang Megat mencuba masuk dalam terowong ni.kak zu takut nak masuk .bila dia keluar muka merah berpeluh peluh.menurut pencerita tu panjang terowong ni boleh sampai hingga ke bandar saigon (Ho Chi Minh City) dan dalam nya ada yang mencecah 30 kaki kedalam tanah.
dalam salah satu kubu..
yang berdiri tulah pencerita (pemandu pelancong)kami.Dia sedang menerangkan bagaimana membuat kasut dari tayar trak .masa perang bahan terhad jadi askar vietnam menggunakan apa yang ada di sekeliling mereka...
dah puas berjalan dan mendengar penerangan ,kami di suruh cuci tangan ambik air sembahyang. ingatkan untuk apa...
rupernya nak jamu kami makan ubi kayu bakar cicah gula pedas.ini makanan waktu perang dulu katanya.disebabkan dah tengahari dan perut pun dah lapar ,ubi kayu pun terasa enaknya.ndak pulak makan beramai ramai.
sudah makan bergambar lagi untuk kali terakhir sebelum keluar dari kawasan hutan perang tu.separuh hari di dalam tu sangat menginsafkan walaupun kadangkala suara garauan menenuhi suasana.banyak lagi tempat bersejarah dalam tu tapi Abang Megat lupa nak tangkap gambar sebab dia kusyuk sngat dengan penerangan pemandu pelancong tu...hehe
Menurut cerita pemandu pelancong ada lagi kawasan yang dibiarkan seperti asal dan hanya digunakan oleh pelajar pelajar universiti untuk membuat kajian.Yang dibuka untuk pelancong kebanyakan nya telah di baikpulih sesuai utk tujuan pelancongan...
Okey.baru separuh hari ketiga di vietnam.nanti kak zu sambung lagi cerita kami dibawa oleh Abang Amir ke kilang membuat telekung.tunggu naaaa...daaaa