kawan kawan Kak Zu

Sunday, September 30, 2012

Dekna dan Anis



Dekna dan Anis.Sebenar nya Dekna tu kakak Anis pulak adik.Tapi biasalah dulu dulu ingatkan Dekna tu lah anak bongsu kami rupa nya termengandungkan Anis.

Dah terbiasa panggil dekna jadi teruslah panggil Dekna sampai sekarang.Yang kelakar nya Anis pun panggil Dekna jugak walaupun Dekna tu kakak dia.Kawan kawan pun semua nya panggil Dekna walaupun yang muda berapa tahun dari dia...hehehe


Siang hari suker sangat cari pasal.Ada jer yang tak kena.Pasal bilik air pun nak gaduh.Dalam rumah ada tiga bilik air tapi selalu dok berebut bilik air yang itu jugak.

Pendek kata macam anjing dengan kucing bila siang hari.tapi cuba tengok bila malam.Tidur berhimpit himpit.Itu nasib ada bantal peluk kat tengah tengah kalau tak siap berpeluk peluk lagi.kadang kadang kaki bersilang silang.

Kak zu dulu tak merasa pun camni sebab tak ada adik beradik perempuan.Bila tengok diorang berdua macam ni kak zu rasa jeles pulak....hehehe...






Friday, September 28, 2012

Bila mak datang umah...

Minggu lepas mak kak zu ada datang rumah.Sebenar nya kak zu yang balik ambik mak.seminggu mak duduk sini.Kak zu bawak mak pergi klinik sebab mak dok mengadu sakit dada dan muka dia bengkak.Lepas makan ubat yang klinik swasta bagi keadaan mak Kak Zu semakin baik.Bila mak ada kat rumah Kak Zu jadi bersemangat nak masak.Bukan masak yang special sangat pun cuma lauk  biasa jer.

Gambar lauk pauk yang kak zu masak masa mak ada kat sini.semesti nya lauk pauk kampung..yummy yummy...


ikan kembung.Kak zu bakar saja.bakar atas dapur gas lapik daun pisang yang ambik kat kampung



pes sambal untuk letak atas ikan kembung bakar.


ikan kembung bakar bercili.


masak lemak kobis + karot dan udang.suami kak zu makan banyak yang ni...


ikan pekasam ni mak kak zu bawak dari kampung.sedap sangat


ulam ulaman semesti nya ada.kalau tak mak kak zu tak lalu nak makan...hehe


sambal belacan.yang ni pun wajib jgk klu mak datang rumah kak zu


ikan "nyok nyok" masak taucu.sedap sangat...



Ada banyak lagi yang kak zu masak masa mak ada sini tapi terlupa nak tangkap gambar sebab lapar sangat.hari ni mak kak zu dah balik kampung.jadi kak zu pun masak ala kadar sajalah sebab tinggal kami tiga beranak jer nak makan.Suami kak zu pun kat laut jadi semangat nak memasak pun ke laut jgk lah.


*semalam kak zu dengar rancangan Tanyalah Ustaz kat TV9. Ustaz Hassan Din Al Hafiz kata berdosa panggil suami kita dengan nama dia.so mulai hari ni Kak zu takmau panggil suami kak zu dengan nama Pak Megat lagi.kak zu akan cari nama lain utk dia dalam blog ni.mungkin "abang megat" ataupun Abang S Y G..hehehe..boleh ker...








Thursday, September 27, 2012

sajak

maafkan aku atas segala nya wahai suami ku


semoga sampai syurga hendaknya..AMIN

BUAT PARA SUAMI..
kadang-kadang aku rasa akulah
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta
Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
semua perkataan ku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tangan ku
Sementara ku cerita kehidupan isteri
Harap dimengerti
Kadang-kadang ku sakiti hati mu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu…
Namun cabaran terlalu banyak..
Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu
Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling ku hargai
Daripada kehidupan manis bersama mu
Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat
Hanya ku beritahu mu
betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku…
kau pelindung ku
Kadang-kadang berjauhan dengan mu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita…
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini…
Maafkan aku wahai suami!..........
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
*dipetik dari page 'saya bangga menjadi surirumah sepenuh masa"

Tuesday, September 25, 2012

tak celik IT




Kak Zu bukan nya tak sudi nak tinggalkan komen kat entry terbaru kawan kawan,cuma hasrat tu terbantut bila terpaksa masukkan tulisan ntah apa apa untuk membuktikan yang kak zu ni bukan robot.bila dua tiga kali masuk tak boleh mulalah putus asa,kecewa dan lain lain lagi..



Jadi kawan kawan blogger semua kalau boleh buanglah yer setting tu biar senang kak zu nak tinggalkan komen agar silaturrahim kita semakin berpanjangan..

sambal tempoyak bilis dan petai




Bila punggah petiais kelmarin terjumpalah 2 keping petai yang dah hampir nak kering.nak dibuang terasa sayang.kemudian kak zu kopekkan isi dia dan remdam.Hah! kembang balik mata petai ni.dok fikir fikir apa nak buat dengan isi petai ni...nak buat sambal tumis dengan udang alahai sikit sangat.lagi pun udang tak ada.kemudian teringat pulak kak zu ada stok tempoyak yang amik dari kampung tuhari.ikan bilis pun ada..cantik!

Setelah pung pang pung pang kat dapur maka......taaaaraaaaa...


sambal tempoyak bilis dan petai idaman kalbu pun siap..








Kawan kawan semua nak resepi tak.nak ker taknak ker kak zu tetap nak bagi jugak...kekeke


ni dia resepi nya.

2 keping petai yang duhiris nipis

segengam ikan bilis-tumbuk separuh hancur


bahan bahan dikisar

6 biji cili padi
1 biji cili merah
1 cm belacan
setengah biji bawang besar
1 bji bawang putih
sesudu kecik garam 



2 sudu besar tempoyak

sebatang serai dititik

setengah cawan air


 Panas kan kuali masukkan minyak utk menumis.minyak lebih kurang 3 sudu besar

 bila minyak panas masukkan bahan kisar dan serai yg dititik tadi

 bila naik bau masukan ikan bilis dan air dan petai

 bila petai hampir empuk masukkan tempoyak

 masak sampai hampir kering

dah rasa masin dan masam bolehlah diangkat dan hidangkan.klu kurang masam tambah tempoyak lagi.




Ha senangkan.Makan dengan nasi panas panas memang terangkat .




SELAMAT MENCUBA






Monday, September 24, 2012

Berpergian lagi..




 
Kalau macam ni makna nyer kak zu dan anak anak akan ditinggalkan lagi selama dua minggu.huhuhu


mood *sedih*

Sunday, September 23, 2012

Bayung a.k.a Am








Jantan keparat ni nama dia Bayung.Sejak demam drama Adam Dan Hawa ni kak zu panggil dia Am.Pak Megat a.k.a Mr Fred bengkek jer bila Kak Zu asyiklah dok panggil kucing ni Am...hehehe

Bayung ni tiap tiap malam tido atas katil ngan kitaorang.Dia selalu amik port kat hujung kaki.Kadang kadang kat hujung kepala.selalu nya hujung kepala dan hujung kaki Kak Zu lah.Pak Megat dia tak minat nak dekat pun.

Selalu nya bila jam yang Kak Zu kunci pukul 6 pagi tu berbunyi si Bayung ni pun akan bangun jgk.Dia akan cium hidung Kak Zu.Lepas cium hidung terus cium dagu dan akhir sekali turun ke bahagian kaki dan gigit gigit manja sebab nak minta mkanan.

Malam tadi Kak Zu marah dan pukul dia sikit sebab dia lompat atas kepala Kat Zu masa sujud waktu solat.Ingatkan dia serik pas kena pukul rupa nya tidak.Masa Kak Zu baca quran lepas solat dia stunt lagi sekali atas kepala Kak Zu.kong ajo betuilah kucing ni.

Inilah bahana nya kalau selalu sangat main main dengan kucing.tak kira masa asyik nak maaaiiinnnn jer kerja nya....




Friday, September 21, 2012

sambal gesek





Seumur hidup kak zu inilah pertama kali buat sambal gesek.Sebelum ni mmg tak pernah dengar nama pun,buat lagilah tak pernah.Disebabkan hobi baru kak zu sekarang ni sekodeng dari satu blog ke satu blog yang lain maka nya banyak kalilah terjumpa dengan resepi sambal gesek nih.


Jumpa resepi sahaja tapi haram tak salin pun resepi tuh.kak zu bajet otak kak zu sangat geliga utk mengingati bahan bahan yang diperlukan utk buat sambal gesek ni.


Tapiiiiii...masa tertengok resepi dan masa nak membuat nya adalah sangat laaaaaamaaaaa sekali.soooooo dipendekkan cerita kak zu dah lupa apa bahan bahan yang diperlukan utk buat sambal gesek nih.maaakaaaaanya...kak zu hentam sajalah bahan bahan dan cara cara menyediakan sambal gesek ni.


kak zu guna -segengam ikan bilis
                   -segengam cili padi


kak zu goreng kedua duanya.pastu terus tumbuk jugak kedua dua rakan karib ni sekali.garam takyah taruk dah sebab ikan bilis ni dan sedia masin.dah siap tumbuk masukkan dlam mangkuk hayun atau piring terbang dan perah asam limau kasturi.pastu ambil gambar dulu baru boleh makan ngan nasi...hik hik hik..


Kak zu punyalah teruja panggil pak megat datng makan dengan harapan dia akan puji sambal gesek kak zu ni.tapi nan ado.Dia bangun pergi buat sambal belacan versi dia sendiri.*menangis* tau.Alih alih kak zu sorang jer yang perabih sambal gesek nih...wa cakap lu memang terangkat habis bila pekena ngan sup ayam.aiiiihhh leleh air liur la pulak..



Nak join jugaklah BLOGLIST KESUMA ANGSANA  ni.terjumpa kat belog kakcik seroja. pertama kali jgk nak cuba benda benda cenggini.mudah mudahan dapatlah jadi kawan KA.InsyaAllah

Thursday, September 20, 2012

Anis nak adik

Ini Anis.Pantang nampak budak kecik yang comel , mulalah merengek suruh ibu dan ayah kahwin lagi sekali sebab dia nak adik yang comel jugak.

Wednesday, September 19, 2012

Hilal perencah masakan

Rasa rasa nya dah lebih 3 tahun  kak zu gunakan benda ni dalam setiap masakan yang bergoreng kat rumah kak zu.Benda ni nama nya HILAL.Fungsi dia sama jer macam knorr pasti sedap atau pun maggie secukup rasa.(kak zu tak pernah beli pun knor dan maggie tu,pernah guna rumah mentua kak zu jer)Cuma beza nya ini ialah ianya keluaran  muslim.Yang kak zu punya dia pack kecik.Harga yg kecik cuma RM2 sahaja.kalau yang besar RM4,murah kan.


Antara masakan kak zu yang menggunakan perencah masakan Hilal.

















 Ini antara nya sahaja.Sebenar nya banyak lagi yang boleh dimasak dengan menggunakan perencah masakan HILAL ni.

Akhir kata dari kak zu ialah gunakan HILAL tanpa was was.





Tuesday, September 18, 2012

bye bye Am

Rumah kak zu baru baru ni jer masuk Astro.Masa tu bulan Ramadhan Itu pun sebab kak zu rimas dengan rengekan Anis yang keletihan berpuasa.Si Anis ni selalu ler menangis nangis nak buka puasa sebab tak tahan lapar.

Setelah berbincang dgn Pak Megat maka kami suami isteri sepakat nak langgan astro utk bagi Anis leka  depan tv sampai waktu berbuka.iyelah ..kak zu nak memasak lagi..nak menjahit lagi..mana larat nak hadap kerenah dia jer.kami cuma ambik pakej family sahaja.jadilah daripada takder kan...hehehe

Rancangan kami suami isteri nmpak nya berjaya.Anis layan kartun sampai tertido depan tv.bila dia bangun dah nak dekat waktu berbuka.tapi ada hari dia buat balik perangai merengek dia tu.

Lepas raya baru ni anak anak kak zu perasan yang astro ada  buat promosi utk beberapa chanel lagi,antara yang dapat ialah astro HD.kak zu pun layanlah cerita ADAM DAN HAWA.alah cerita yang di adaptasi dari novel Adam dan Hawa tu.kak zu dah baca novel tu berulang ulang kali,memang best giler novel tu.

Kak zu dah layan cerita tu sampai episode 12.dengar dengar cerita drama ni sampai episode 80.tup tup semalam anak anak kak zu kecoh astro HD dah takboleh masuk.dekna sebuk dok tanya hari mendung ker kat luar sebab skrin tv jadi gelap.oh kejam nya Astro huhuhu

Pak megat kata mungkin promosi dah habis.Kalau nak tengok jgk kena langgan channel tu.Bagi kak zu tak perlulah buang duit.Tambah channel bermkna tambah yuran langganan.TAK PERLU.lagi pun kak zu dah tahu jalan cerita dia.walaupun hati meronta ronta nak tengok aron aziz hehehe

Buat apa nak tambah pakej lagi.Kak zu bukan nya tengok semua channel pun.Kak zu bukan kaki nonton tv. Anak anak kak zu pun sama.Meraka banyak layan kartun dan Oh My English sahaja.lain lain channel selalunya terbiar sepi sahaja.


"kak zu jangan lah sedih yer tak dapat tengok saya berlakon" ohhhh ammmmmmm... sob.. sob..sob..

Barang Angah yang hilang ialah...

masuk bulan dua

sekarang bulan sembilan

yang hilang

-duit
mula mula dulu hilang 40 ringgit
minggu lepas hilang 75 ringgit

-baju melayu putih utk hari jumaat
semua ada dua pasang
sepasang dah hilang seluar tinggal baju jer
sebelum balik bercuti baru ni hilang lagi
kali ni sepasang terus,baju dan seluar >>>>>>elek
kata nya hilang kat ampai
(rasa nya dia tak angkat dua tiga hari kot)
hari ni pergi beli lagi sepasang huhuhu (tokey balak pun boleh bankrap)

-baju tshirt sekolah
baru pakai seminggu >>>>>>>>>>lebuh sampai skrang tak berganti

-seluar slack
hilang selai >>>>>>kata nya.(kak zu dah lupa berapa selai dia ada)

-stokin
nasib baik pak megat dapat stokin free banyak.dpatlah cilok sepasang dua bagi kat anak

-baju harian
tak tahu berapa helai yang hilang sbb bwk byk dari rumah.tak ingat dah rupa bentuk baju dia.


banyak lagilah yang hilang.tension mak.ada lagi 2 bulan hari persekolahan utk tahun ini.

kita tunggu apa lagi yang nak hilang sebelum tutup sekolah ni.

Wednesday, September 12, 2012

BERKAWAN BIAR LEKAT DIHATI

Pesan Tok Guru Nik Aziz "kalau kita berkawan biar lekat di hati"






Masa kak zu habis SPM pada tahun 1990 dahulu,kak zu bekerja kilang di Pulau Pinang.Nama kilang tu ialah Nasional Semiconductor.Sekarang dah tukar nama.(kak zu tak pasti apa nama baru kilang itu)


Masa nilah Kak Zu jumpa kawan kak zu ni.Nama dia Asmidar binti Yaakop.Dia ni budak Kelantan.Asmidar pun sama macam kak zu sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM.


Asmidar ni orang nya berkulit putih.lagak nya sangat tenang.bercakap agak teratur,suka tersenyum.kak zu boleh ingat lagi raut wajah nya walaupun dah hampir 20 tahun kami terpisah.kami kenal dan berkawan lebih kurang 2 1/2 bulan sahaja.selepas keputusan SPM keluar Asmidar terus balik ke Kelantan.


Sedangkan kak zu terus lagi bekerja di Pulau Pinang.Walaupun keputusan agak baik dan boleh melayakkan kak zu utk sambung pelajaran ke peringkat seterus nya tapi kak zu dah tak minat belajar lagi.huhuhu dan keputusan tersebut membuatkan kak zu menyesal sehingga sekarang.


Selepas Asmidar balik ke kelantan kami masih lagi berutus surat.dan dia ada mengirimkan gambar nya yang terbaru.makin cantik dia pada pandangan kak zu.Gambar Asmidar masih lagi elok dalam simpanan kak zu cuma sayangnya ada di kampung jadi tak dapatlah kak zu letakkan dalam blog ini. Asmidar juga memberitahu yang dia hendak dikahwinkan secara paksa oleh ayah nya.


Dan dalam surat dia yang terakhir tu Asmidar ada memberitahu kak zu yang dia tak jadi berkahwin dengan pilihan keluarga nya itu.Dia berkeras tak mahu berkahwin dan ayah nya terpaksa mengikut kemahuan Asmidar.


Selepas itu kami terputus hubungan bila Asmidar telah berpindah dan dia tidak memberikan alamat tempat tinggal dia yang baru pada kak zu.


walaupun hanya sekejap sahaja kak zu mengenali Asmidar tetapi kak zu tak pernah melupakan nya.Perasaan rindu pada dia datang secara mendadak malam ini.


Mungkinkah dia juga terkenangkan kak zu sekarang ni.Kak zu berharap sangat agar kami dapat berjumpa kembali.

Tuesday, September 11, 2012

AYAM PANGGANG SUKA HATI

Semalam masak ayam panggang ni utk pak megat dan anak anak.korang nak resepi dia tak..kalau nak cer tgk kat bawah..



BAHAN BAHAN


1ekor ayam potong ikut suka hati


bahan bahan kisar


1 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

1 sudu jintan manis

1 sudu lada hitam

halia sebesar ibu jari kaki

2 sudu gula kabung yang dihancurkan

suku cawan air



CARA MENYEDIAKANNYA


Tuangkan bahan  kisar tadi  keatas ayam

tambahkan

1 sudu kecil serbuk kunyit

2 sudu sos lada hitam

1 sudu sos tiram

1 susu kecil garam

1 sudu besar gula

gaul rata dan perap selama 2 jam

bakar selama 30 minit suhu 170 dc atau sampai masak

kena kerap jengok kedalam oven anda supaya tidak hangus



SELAMAT MENCUBA.

Monday, September 10, 2012

ada jugak macam tu...

Syawal dah sampai ke penghujung nya

tapi kak zu masih lagi berpuasa

puasa ganti jer..

niat berkobar kobar nak buat sunat dan ganti

tapi itulah...

kak zu hanya merancang

namunAllah yang menentukan segala nya

open house sana sini...

kenduri pun ada juga kena jemput..

alhamdullilah semua tu rezki dari Nya juga

bercerita mengenai open house ni

ada juga perangai manusia

yang takmau jemput jiran jiran tetangga

hanya jemput kawan kawan tempat kerja saja

tapi yang tak sedapnya

kawan kawan yang datang tu

parking kereta merata depan rumah jiran

kan tak best tuh..

apa salah nya kalau bermanis muka..jemputlah

jiran tu bukan nya hadap sangat dengan makanan

tapi itulah adap hidup berjiran...

Sunday, September 9, 2012

selamat hari lahir Angah dan Dekna

Puteri Nurliana Amira lahir pada 7/9/2003 pada waktu malam hari Ahad.dekna dilahirkan dengan seberat 4.1 kg.



Megat Izzuddin (angah) lahir pada 9/9/99.ibu lahirkan angah pada hari khamis waktu malam seberat 5kg..haha amik ko ngah..memang separuh mati ibu berjuang nak keluarkan kamu yang sebesar itu...


SELAMAT HARI LAHIR anak anak ibu yang tersayang.Doa dan harapan ibu sentiasa yang baik baik dan manis manis sahaja utk kalian berdua.Membesarlah menjadi anak yang soleh dan juga solehah.satu sahaja pesanan ibu iaitu "dunia ini hanyalah pinjaman dan sementara sahaja.janganlah kamu berleka leka didalam nya,sampai masa nnati kita akan kembali ke negeri kita yang kekal dan abadi iaitu Neger Akhirat "ingat itu wahai anak anak ku yang tersayang...


Dekna dok tanya taknak buat jamuan utk dia ker dihari jadi nya nanti.mula mula memang ibu terasa malas sungguh nak adakan tapi bila terpandangkan muncung dekna yang lebih tinggi dari hidung tu cair jgk hati ibu nih..ibu pun dengan penuh kasih dan sayang adakan jugalah small birthday party utk dekna.


antara kawan kawan dekna dan anis yang hadir.

Friday, September 7, 2012

kakak...

Asyik cerita pasal angah jer kan ibu nih.okeylah kita cerita pasal kakak pulak hari ni.kakak sekarang sedang bertungkus lumus utk PMR.sampaikan kena tahan kat hostel tak boleh balik masa cuti hari kemerdekaan baru nih.sian anak ibu.

Masa peperiksaan pertengahan tahun yang lalu kakak hanya dapat 3A dan 5B.alhamdulillah.Masa nak amik report card tu ibu bapa kena datang mengadap cikgu.Hari Bertemu Waris ler tu.sama jer mana mana sekolah pun kan.di sebabkan pak megat kat laut terpaksalah kak zu pergi seorang.sama jgk seperti tahun lepas sorang2 jgk mengadap cikgu.yang syok nya cikgu kelas kakak cikgu yang sama jgk utk tahun ini

Kak zu tak tahu kenapa kalau bercerita pasal kakak air mata kak zu cepat meleleh.padahal nak tanya pasal pelajaran dia jer pun.apa subjek yang dia lemah subjek mana kekuatan dia.itu jer.

Kat depan cikgu tu air mata kak zu punyalah laju sampai habis bedak kak zu jadi comot.nasib cikgu tu mcm faham jer.kakak kat sebelah pun meleleh air mata jugak

"cikgu , saya memang letak harapan yang tinggi pada anak saya ni utk jadi pendorong kepada adik adik dia nanti" ~ air mata kak zu meleleh

"saya tak marah walau apa juga keputusan yang dia dapat asalkan dia dah berusaha dengan bersungguh sungguh" ~air mata meleleh lagi

Banyak lagi sebenarnya yang kak zu bualkan dengan cikgu tu tapi jadi lupa pulak bila nak ditulis kat blog nih.cikgu tu cikgu lelaki dan muda lagi.cikgu tu faham apa yang kak zu ingin sampaikan.cikgu tu jga faham situasi kakak kerana dia juga anak sulung dan menjadi harapan keluarga dia.itu yang cikgu tu ceritakan pada kak zu lah.

Rupa nya pak megat pun ada tulis surat kat kakak dan letak dalam buku rujukan masa nak hantar kakak balik hostel sebelum tu.bila kak zu tanya tulis apa utk kakak sampai kehari ni dia takmau bagi tahu.bila kak zu tanya kakak,dia pun sama jgk takmau bagitahu apa yang ayah dia tulis .sama jer dua beranak tu..

Kak zu pernah dengar pak megat tanya kakak mana letak surat yang dia bagi.kakak kata letak kat meja belajar kat hostel sebagai sumber inspirasi.

Bulan puasa baru ni kak zu banyak berdoa utk kakak dalam solat malam.kadang kadang sampai menangis nangis.kak zu bukan hanya minta kakak cemerlang dalam peperiksaan tetapi jga dalam kehidupan seharian.kak zu minta supaya kakak menjadi sebenar benarnya kakak kepada adik adik.jikalau ibu dan ayah mati dahulu hanya kakak lah orang yang layak utk menjaga adik adik.

Kak Zu sebagai ibu dah melakukan apa yang patut seorang ibu lakukan.Ayah juga dah lakukan apa yang perlu ayah lakukan. kakak juga dah berusaha seprti sepatut nya seorang pelajar lakukan.dan hasilnya dari gabungan ketiga tiga elemen diatas kakak telah memperolehi 6A 2B semasa peperiksaan percubaan yang lalu.Alhamdullilah.takper kakak masih ada masa sebulan lagi utk memperbaiki apa apa yang kurang.


"KAKAK BOLEH INSYAALLAH"



tension belajar sampai jerawat berkeping keping kat muka.takper lepas habis exam kita fokus cari cara nak menghilangkan jerawat tu pulak yer nak!



*sedang menaip entry ni kakak hntr mesej.mesej dia berbunyi "ya allah ampunkan dosa kedua ibubapa ku,Kau limpahkanlah rahmat keatas mereka ya allah,sesungguhnya meraka ibu bapa yang terbaik"

Wednesday, September 5, 2012

alahai anak....

Cuti merdeka baru ni
angah kan ada balik rumah
dengan kawan dia budak Shah Alam tu
jadi kawan dia ajaklah angah pergi jalan jalan
nak tengok bandar Taiping

Hari sabtu ibu hntr pergi Taiping Sentral
bebudak dua orang tu nak tengok wayang

ibu hulur lah duit kat angah sikit
cukup untuk beli tiket wayang dan makan mc d
mula mula angah takmau amik
siap cakap kawan dia nak belanja
sebb masa balik haritu
angah dah belikan tiket bas utk kawan dia

tapi ibu bagi jgk
buat spare kata ibu

"takperlah ibu..takperlah"...kata angah

"amik jer"..kata ibu

dalam senyum senyum masuk kan duit dalam poket

ibu jemput bebudak dua org tu dlm pukul 7 mlm camtu

malam tu lepas makan malam
sedang ibu berkesempatan berdua dgn angah kat dapur

ibu: "guna tak duit yang ibu bagi tadi"

angah: "ada lebih seringgit"

alahai angah...itu dalam dok "takperlah ibu..takperlah ibu"
seringgit jer lebih nyer..hehehe

Monday, September 3, 2012

cuti hari KEMERDEKAAN

Baru jer bercuti panjang utk aidilfitri baru baru ni,negara kita bercuti lagi sempena HARI KEMERDEKAAN negara kita MALAYSIA.megat izzuddin aka angah nak balik rumah lagi.tapi kali ni dia balik menaiki bas.dia balik dengan kawan dia budak Shah Alam.Angah kata wajib balik.Kesian kawan dia tu nak balik S Alam jauh ndak ndak pulak baru jer balik beraya baru ni.

Selalu nya kata Angah kawan dia tu akan balik kerumah makcik dia kat Penang jgk ler klu ada cuti pendek camni.Tapi kali ni makcik kawan dia tu takder kat rumah.takper lah angah bawak lah balik kawan kawan, ibu tak kisah pun.apa yang ada kita makan sama sama.setelah 3 hari kat rumah semalam (ahad) ibu dah hantar mereka balik ke MRSM Balik Pulau


Semalam jgk kak zu dan mak/pak mentua pergi berjumpa dengan Atok dan Pak Tam Mr Fred(pak megat ler tu) kat ADTEC Taiping.Mereka ada kursus haji perdana peringkat negeri perak.kira nya semua bakal jemaah haji dari negeri perak berkumpul kat situ.ramai nya orang dengan berkopiah putih dan berjubah terasa macam dah berada di tanah suci Mekah dah.Atok pak megat nmpak begitu sihat dan bersemangat sekali.berseri seri muka nak jadi tetamu Allah. 

Melihatkan suasana macam tu membuatkan Kak Zu pun tak sabar nak menjejakkan kaki kesana.kalau diikutkan tahun masa mendaftar kat Tabung Haji dulu tahun giliran Kak Zu dan pak megat ialah pada tahun 2048 huhuhu...jauh lah lagi.bongkok 3 dah masa tu.

Hari ni baru kak zu berkesempatan berpuasa ganti.seminggu pas raya baru ni ingat nak mulakan terus puasa ganti dan sambung puasa 6 terus tapi time tu jgk kak zu uzur.jadi rasa nya tak sempat dah nak buat puasa 6.takper lah yang penting puasa qado wajib di dahulukan sebab kita berhutang puasa dengan Allah,puasa 6 tu hanya sunat sahaja.

Oh ya nak cerita jgk..pak megat ada kat kuantan minggu nih.dia berkursus 5 hari kat sana.kak zu rasa sunyilah bila dia tak ada ni.lebih lebih lagi Syawal masih ada lagi ni.tak seronoklah pergi open house sorang sorang.jeles tgk org lain datang berkapel kapel ngan pasangan masing masing.anak anak kak zu bukan nyer nak ikut kalau kak zu kemana mana sekarang ni.kakak tak balik cuti ni sebab dia kena tumpukan pada PMR yg tak berapa lama lagi ni.