kawan kawan Kak Zu

Friday, May 27, 2011

kucing MERAH kesayangan kami sekeluarga

Kali ni saya nak cerita pasai kucing kesayangan kami sekeluarga.Nama dia MERAH.
Merah ni sebenarnya kucing buangan orang
biasalah org klu nak buang kucing mesti kat market kan
supaya kucing2 ni boleh survive utk hidup
kat market kan byk makanan
ada lebihan mknan kat gerai2 nasi lemak sekitar situ
klu bernasib baik dpt mkn ikan
tu pun klu ada ikan2 yg dah nak pecah perut ler

Pada suatu hari pada bulan Ramadhan..(ceaa..mcm dlm buku cerita kanak2 plk)
saya mcm biasa lah pegi market nak shoping ikan ayam dan sayur mayur
ibu mithalikan mesti nak masak utk keluarga tersayang (jgn muntah yer)
bila nak balik tuh baaanyaakkk ler kucing2 terbuang ni masuk bawah kereta saya
jenuh ler saya menghalau nyer
yg lain2 semua lari lintang pukang bila saya start enjin
tapi ada sekor ni mmg xmo pergi mana2
dia siap masuk kat celah2 mana ntah bwh kereta tuh
puas panggil xmo kuar jgk
saya pun fed up terus balik umah
masa drive tu cuak jgk takut kucing ni jatuh kat atas jalan
pastu kena langgar...aeeee minta di jauhkan

bila smpai umah berhenti kereta elok jer dia kuar dari celah mana ntah
siap masuk dlm umah buat cam rumah sendiri pulak
sejak hari tu sampai lah ke hari ini dah masuk tahun ke5 kucing tu bersama kami
saya suka kucing ni sbb dia tak berak kencing merata2
dari hari pertama dia dtang smpai skrang dia berak kencing dalam bilik air
agak nyer dia mmg dah di ajar oleh tuan yg terdahulu kot
so saya pun x kisah ler klu dia nak duduk rumah kami
dgn muka yang comel dia menjadi kesyangan anak2 saya
kami namakan dia Merah sbb bulu dia merah keorenan.
Si Merah ni xder anak
doktor vet kata peranakan dia rosak
pernah beranak sekor tpi anak dia mati sbb dia pijak lepas beranak tu
lagi senang kan ...xyah pening kepala dgn kucing2 yg cepat membiak ni
tpi kadang2 bila dtg seh dia nak kan anak
habis dijilat2 nyer badan anak2 saya
anak2 saya dia buat mcm anak dia pulak
huhuhu sian dia kan tumpang kasih anak manusia
nak buat mcm mana dah engkau tu mandul
xleh beranak....hehehe keji kan tuan dia ni

kalau nak cerita pasal merah ni smapai esok pun xkan habis punya
banyak sangat kenangan dia dgn kita orang..
so layan gambar jerlah yer..
Merah malu nak pndang kamera
tak malu punya kucing..tido tak sedar ke diri
ni dia tgh lapo.minta mknn tpi ibu buat dekkk jer layan fb..apa lagi terus lompat dok depan pc..tunjuk diri betui2 dpn muka ibu..hehehe
manja ngan budak2 ni..org baring2 jer dia kat tgh lena terus..
ni dah kenyang..teman ibu update blog..hehehe sayang merah
lagi gaya tido betina tak malu ni..


 ok tu jer dulu..lenkali saya update lagi pasal si Merah kucing gedik nih..

Thursday, May 26, 2011

selamat hari lahir buat diri sendiri..

Semalam 24 May adalah hari lahir saya.Alhamdulillah masih terus bernafas di usia 38 tahun ini.Saya berdoa semoga Allah memperteguhkan keimanan dan berharap semoga menjadi insan yang bertaqwa dan sentiasa bersyukur.Saya juga berdoa semoga di beri kesihatan yang baik supaya terus dapat menjadi ibu yang dpt menjaga kebajikan anak2 dan mampu menguruskan rumah tangga dgn sempurna.Aminn...Rasa nyer banyak lagi kekurangan dlm diri saya di kala usia 38 thun ini.Namun sebagai insan yang lemah saya akan terus berusaha utk menutup kekurangan dan kelemahan ini.

Saya sediakan juga sebiji kek coklat buatan sendiri.deko jgk buat sendiri walaupun tak berapa nak pandai hehehe.Tapi yang penting habis dimakan oleh budak2 kawan anis.Gembira sangat walaupun semua tetamu saya hanyalah budak2 kecik.Lain kali kalau hari jadi anak2 saya akan deco dgn lebih cantik lagi.baru first time buat banyak cacat cela nyer.

Hadiah???..Terus terang ..saya tidak mengharapkan apa2 hadiah b'day kali ini.keterujaan untuk mendapat hadiah tak ada langsung.Tambahan pula en suami saya bukanlah seorang yang pandai bab2 nak memberi hadiah ni.Selalu dia akan bertanya "yang nak apa??" sedikit sebanyak membantutkan keinginan utk mendapat hadiah tu...Sejak 15 thun hidup sebumbung dgn suami saya rasa amat mengenali suami saya itu. Dia jenis yang bila nak memberi apa2 utk saya kami akan pergi beli sama2 dan " Ayang pilih nak apa"...hahahaha macam tu pun ada kan..takder istilah "hadiah kejutan yang tak di sangka2" dlm hidup saya..apa2 pun saya sayang dia wlupun dia tak pandai beli hadiah hari jadi saya...

Sunday, May 22, 2011

mencari cinta yang hilang..

hari tu balik kampung tengok pokok bunga keladi mak cantik  sangat.padahal keladi biasa jer.Mak cakap kalau nak amik ler.apa lagi ..laju jer saya angkut masuk kereta.sambil tu mak bagi pokok ulam sama,boleh tanam dalam pasu.dulu selalu tanam pokok bunga.macam2 jenis ada.tapi entah macam mana minat tu hilang cam tu ajer.banyak pokok2 bunga tu tak berjaga.membaja pun lama2 sekali.cuma rajin menyiram sahaja.sekarang ni saya nak pupuk balik minat menanam.mentelah rumah baru ni ada ruang kosong utk meletak pasu pasu bunga saya tu.lagi pun hambar sahaja rumah kalau takder pokok kan.pagi tadi on the way nak ke pasar saya singgah kedai pasu.beli tanah sekali.petang tadi takder apa nak buat ,saya pun mulakan lah xtvt berkebun tu.cewah berkebun kunun...hehehehe

layanlah gambar2 saya sedang berkebun tu yer...

tekun ko..dlam guni tu tanah baru beli.setengah guni rm10 banyak tu.
hitam tanah ni kan.kata tuan kedai tu tanam cili cantik guna tanah ni.nnti2 lah pokok cili tu..
ni lah pokok keladi mak yang saya rembat..hehehe...cantikkk
yang ni pun saya rembat mak punya juga.mahai ni kalu nak beli..
pokok ni dah dekat 10 tahun.sian dia..saya amik dari umah lama.ganti tanah baru sbb tanah lama penuh ngan siput babi
yang ni pun dari umah lama jgk.tak berjaga.hidup segan mati tak mahu
yang ni pokok ulam.mak semaikan anak dia.belum tukar masuk dlm pasu lagi.sedap gak ulam dia.nama jgn tya saya xtahu..
anis tolong letak baja.kalau tak dia sibuk nak tolong masukkan tanah dlm pasu
budak nilah yang tolong snap pic.gambar dia kena ler letak sini jugak..terima kasih dekna!
tengok pic rainbow pun dia snap jgk..
pic merah sedang menjilat bibir pun ada.si merah ni mmg..kat mana org ramai2 kat situ lah dia ada..sibukkk jer...


sebenar nya kat rumah lama byk lagi pokok2 bunga saya.cuma takder sapa nak tolong amik.pasu besar2 beratttt.tunggulah 2 3 hari lagi pergi amik.sementara mood nak berkebun tgh ada ni..

Monday, May 16, 2011

Benciiiiiii....

nak pergi kedai beli ikan dan sayur
naik motor jer
ambik beg duit , kunci motor dan kunci rumah
lepas kunci rumah.. masukkan kunci dlm beg duit
prenggggg merempit ke kedai

ambik ikan,sayur dan santan
bayar terus balik rumah
bukak beg duit cari kunci rumah
takder laaaa

mana pulak kunci nihh
belek beg duit sekali lagi
takder jugakkkk
terbongkok bongkok cari kat lantai
tak bawah kereta
kat celah2 kotak
pun takder jugak
mana ni....

jatuh kat kedai kot
pergi kedai tadi balik
mana lah tau masa tarik duit tadi kunci tu tercicir sama
dengan tokey kedai tu pun tertonggeng2 juga cari kunci
pun takder juga..

dalam hati berkata2..
"habislah kena panggil org kopek pintu"
"tak cantik lah rumah aku"
"asyik nak kena kuar duit jer"

tak puas hati cari lagi..
kat tepi tong sampah pulak
dalam plastik ikan pun cari jugak
tapi tetap takderrrr

dapat idea...
ada lagi satu kunci utk pintu belakang
cer tengok ikut tingkap dapur
atas kabinet
alhamdulillah tingkap dapur terbuka
hulur tangan dptlah capai kunci tu
yeaaa dapat masuk rumah

legaaaa ..takyah panggil orng kopek pintu
tiba2 rasa nak terkencing
kat depan pintu bilik air nak bukak zip seluar
apa ni berdongkol2 dalam poket seluar
raba-raba...laaaaa kunci rumah ruper nyerrr
benciiiiiiii tauuuuu....
letih jer cari sana sini.....

Sunday, May 15, 2011

malas ..tapi kena buat jugak

Assalamualaikum semua.
terasa malas nak buat semua kerja hari ni
tapi tetap kena buat juga
sebab memang takder nak harap pada sesiapa pun
kalau lah ada orang yang nak tolong buatkan semua kerja
rasa macam nak melompat tinggi - tinggi,kalu boleh biar sampai siling
lepas melompat tu baru nak dok melengkor lengkor depan tv jer
tapi... boleh ker???

rasa malas nak buat sarapan
tapi bila terkenang kan anak2 saya gagahkan juga buat teh
buat teh saja tau,pastu saya letakan tong biskut kering tepi teko teh tu
mulut manis cakap kat anak2 "ni cuma utk lapik perut jer tau"
saya tak tau berapa keping roti tu anak2 saya makan
saya kembali semula ke katil baring2 lagi
hahahaha keji kan jadi ibu mcm ni

pastu kan saya tengok jam dah pukul 10.00am
rasa malas nak mandi ler pulak
macam mana pun tetap kena mandi sebab nak kena pergi kedai
tak kan nak pergi kedai dengan baju tido
klu tak pergi kedai alamat nyer sunyi sepi lah dapur saya
peti ais dah kosong takder ikan ,ayam atau pun sayur
walaupun rasa malas nak masak utk tengahari nanti
tetap kena pergi beli juga,manalah tahu,kot2 mood nak masak tu datang
semua bahan dah ader..senang kerja...betul tak

gila tau...
bila dah siap mandi terasa malas nak pakai baju
klu boleh nak pakai tuala sajer sambil baring2 atas katil
rasa mcm lama sgt nak pakai bra dan"ende"..
kenapa hah!..tiba2 saya rasa malas nak melakukan apa2 pun

saya dah rasa malas nak sambung cerita malas saya ni
sebenarnyer banyak lagi yang saya nak cerita kat sini
itu baru cerita malas setakat pukul 10 pagi
nntilah saya akan sambung lain kali
saya betul2 dah rasa malas nak menaip ni
hahahaha gila kan..
bye bye jerlah dulu...

Monday, May 9, 2011

Rindu...


entry kali ini aku ingin menulis mengenai rindu
semasa menulis ini air mataku mengalir tak henti
ini adalah air mata rindu
aku rindukan suamiku yang kini jauh dimata

entahlah...
semakin berusia
semakin matang usia ku
semakin aku merasakan ingin dekat selalu
ingin menatap wajah nya setiap hari
bukan tak pernag berjauhan
padahal ini adalah tahun ke 15 usia rumahtangga kami
seawal sebulan usia perkahwinan, kami sudah berjauhan
tetapi rindu ini semakin mengcengkam jiwa

bukan tak pernah rindu rinduan
tetapi..malam ini rindu ku seperti rindu yang tak tertahan tahan
bukan didorong oleh nafsu semata mata
aku rindukan tatapan mata nya yang lembut dan mempesona
juga sentuhan nya yang mendamaikan jiwa

kemana harus ku lepaskan rindu ini
setiap detik bayangan wajah nya sentiasa diingatan
kepada siapa harus ku luahkan
hanya diri nya yang ku dambakan
rindu ini menerbitkan rasa cinta yang mendalam
cinta yang tulus suci
sakit nya rasa rindu ini
tetapi aku tetap merasakan
rindu ini sesuatu yang amat indah...

*sorry saya gunakan perkataan aku..



Friday, May 6, 2011

macam- macam...

dah lama tak update blog kan..idea ada cuma masa yang menghalang..orang kata surirumah  sepenuh masa ada banyak masa terluang.Tpi utk pengetahuan semua surirumah lah yang paling banyak kerja..masa 24 jam sehari rasa mcm x cukup jer.

Tambah2 pulak saya baru jer berpindah rumah.jadi mmg kelam kabut sikit hidup saya ini.banyak barang2 dari rumah lama belum habis ambik lagi.barang2 yg dah di bawa ke rumah baru pun belum berkemas dan bersusun lagi..hai memang banyak kerjalah

saya ni jenis semua benda nak buat sendiri.tersemat dlam dada saya satu keazaman "alang alang dah jadi surirumah sepenuh masa,biar semua benda saya tahu buat".hahahaha tamak kan.Ni gambar langsir yang saya jahit sendiri.nampak tak tali pengikat langsir tu yg lain kaler.sebenar nya tali tu belum siap lagi.guna tali pengikat yang lama.saja takmau beli pengikat langsir yg macam2 bentuk tu.nak jimat lah konon nyer.lagi pun rasa bangga jer bila semua benda jahit sendiri.rasa cam bagus jer..hehehe





walau pun rumah baru tapi kerusi saya masih guna yang lama lagi.duit dah habis guna utk renovet rumah sampaikan nak beli sofa baru pun tak mampu dah.huhuhuhu...sakit montot tau duduk atas kerusi kayu tu lama2..sabar yer puan zulaiha..nnti ada duit kita beli baru...

ni dalam bilik anak-anak dara saya Liana dan Anis.dua org ni pilih nak warna purple utk bilik diorang.tak mecing kan katil ngan warna dinding tu,katil tu masih lagi gunakan yg lama.sbb masih elok kan.keji la klu barang yang masih elok kita buang kan..cea..padaahaal...sabar2 puan leha...cuma yang baru nyer tu benda alah kat dinding tu.semalam masuk kedai hiasan dalaman..tengok benda ni cantik sangat..so rampas lah 1..nmpak lah lain skit bilik bebudak dua orang ni..

tengok!!! sibuk ngan rumah baru dan umah lama..makan malam pun masak lebih kurang jer.ayam goreng kunyit dan ikan talang masin.tu pun letak dlam satu mangkuk uoll..nak pedas potong2 cili api..cukuplah utk hilangkan lapar.org kata klu perut sedang lapar nasi ngan garam pun sedapkan.tu jari jemari suami saya sedang menikmati makan malam kami yg tak seberapa tu..

waktu magrib tadi anak dara saya Liana terjatuh dalam bilik air.mungkin dia gopoh melangkah masuk.dia dah siap mandi dan berpakaian cuma nak ambil wuduk.mungkin masih ada sisa sabun kat lntai.risau saya takut terseliuh ataupun patah lengan budak tu.menangis dan melolong jangan cakap lah.dah urut ngan minyak saya suapkan nasi habis sepinggan..hahahaha..ni dah tidur..saya dok stndby jugak kot2 tgh malam nnti rasa sakit tu datng balik.masuk angin mana tahu.rasa rasa nyer nak kena beli pelapik lantai ni..




ok lah cukup setakat ni dulu..ntah bila pulak saya dpt menulis lagi.