kawan kawan Kak Zu

Saturday, July 23, 2011

mungkir janji...

ok, itu hari kan janji nak smbung cerita pasai angah lagi kan.tapi tetiba jer komputer rumah rosak.jadi tak dapat ler nak sambung cerita...dok jerlah diam2.boring usah cakaplah..tunggu smpai suami balik baru dapat guna laptop dia..entry ni pun guna laptop hubby ler..so x dapat ler nak panjg2 yer..sebab saya tak berapa suka nak guna laptop org ni..lagipun semua gambar ada dlm komputer rumah.so tunggu sampai komputer rumah elok baru saya taip pnjang2 yer..wassalam..

Thursday, July 14, 2011

kenangan mengusik jiwa 9

ANGAH

Minggu ni anak teruna kebanggaan saya menghadapi peperiksaan percubaan UPSR..setakat ini angah masih lagi boleh mengekalkan prestasi nyer yang amat memberangsangkan itu.oh ya lupa nak bagi tau nama anak lelaki tunggal saya ni ialah MEGAT IZZUDDIN BIN MEGAT SHAHRIMAN.doa ibu selalu semoga angah boleh lakukan yang terbaik utk UPSR nanti




sekejap sahaja anak teruna kesayangan saya ini berumur 12 tahun
masih lagi terbayangkan keletah angah dan perangai baik dan buruk angah










kali ini ibu nak cerita satu peristiwa yang barlaku semasa angah berumur 6 tahun
masa tu ibu sedang sarat mengandungkan adik anis.Angah bersekolah tadika KEMAS masa tu.
jadi bila semakin dekat hari ibu nak bersalin ,
ibu sentiasa memikirkan siapakah yang
akan menghantar dan mengambil angah dari sekolah bila ibu berpantang nnti
cuti ayah tak lama,opah tak pandai bermotosikal
jadi ibu dan ayah telah sepakat akan menggunakan perkhidmatan bas sekolah


kebetulan mmag bas sekolah hari2 ada lalu depan rumah kita


masalah nyer sekarang ialah nak membiasakan angah naik bas sekolah
anak ibu ni jakun sikit hehehe
hari mula mula tu mmg tak berjayalah nakbagi angah naik bas tu
takper ibu hntr dengan kereta
lagipun ibu belum bersalin lagi
hari kedua pun sama tak berjaya juga
menangis dan meraung usah cakap ler
bila meradang ibu pun nangis sama
makin risau sbb bila bila masa saja ibu boleh bersalin
tambang bas pun dah dibayar
pakcik driver tu pun tolong pujuk angah jugk
pun masih tak berjaya
ibu dah mati akal
macam mana nak bagi angah suka naik bas
ibu percaya angah akan suka.
cuma angah malu nak mulakan




bila hari yang ketiga ibu dah tak boleh tunggu lagi
ibu mesti bertindak
ibu jumpa makcik ina..ibu minta tolong  jemput ibu kat sekolah angah
bila bas sekolah sampai ibu tarik tangan angah
ibu pun sama naik bas dengan angah
ibu tahu angah nak meminjam keberanian dari ibu
dengan perut yang terboyot boyot
ibu pun duduk bersama sama budak budak kecik yang lain
budak budak lain pun hairan kenapa ibu ada atas bas bersama mereka
angah duduk sebelah ibu dan pegang tangan ibu
ibu tahu angah takut utk memulakan langkah pertama kan


pakcik bas itu pun sama tercengang cengang kenapa pompuan mengandung ni naik bas dia
ibu cakaplah "nak hilangkan takut anak pertama kali naik bas"
bila bas pusing taman perumahan kita jiran2 kita semua pandang dlm bas
diaorang semua gelakkan ibu
ibu relak jer siap melambai ala2 ratu gitu
tak boleh bayangkan ibu dengan perut besar duduk kat kerusi bebudak yang rendah itu
bila sampai sekolah angah dah masuk kelas
mak cik ina datang amik ibu
ibu mmg tak lalu nak berjalan kaki balik ke rumah kita


ini antara kenangan manis yang ibu lalui semasa membesarkan anak2
bila di ingatkan balik mmg terasa lucu sangat
walaupun pada masa tu mmg darjah kesabaran ibu senipis kulit bawang jer
nnti ibu ceritakan lagi perihal angah bila waktu balik dan apabila hari jumaat pulak...
tungguuuu...

Wednesday, July 6, 2011

takder tajuk

Alhamdulillah,hari ni dapat ke kelas fardu ain
setelah dua minggu ponteng
sbb bwk mak ke klinik buat dressing
ini mak dah balik kampung..rindu rumah kata nyer
minggu ni mungkin mak datang balik sebab
ada temujanji kat hospital Taiping jumpa pakar

hari ni ngaji bab "berkasih sayang kerana Allah"
lama tak pergi terasa mengantuk masa dlm kelas hehe
nak menghabiskan masa 1 jam pun terasa lama sgt
lepas habis kelas terus ustaz buat tahlil dan doa arwah
sebab ada jemaah buat kendurinak sambut puasa
sedap makn nasi tomato dan ayam kicap berempah
ikan masin bulu ayam,jelatah dan buah tembikai
terus segar bugar mata yang mengantuk
hehehe..tak malu betul kan..

Ina dan kak sinah tak pergi kelas hari ni
jadi saya pergi sorang sorang jerlah
mungkin diaorang ada hal kot
jadi bila sorang sorang ni langkah pun panjang ler sikit
lepas kelas dan makan terus cabut
kemudian singgah pasar beli ikan dan sayur
sebb petiais memang dah kosong
selesai kat pasar terus pergi ke Taiping pulak
saya terus ke Bazar cina  beli kain utk buat baju raya anak2 dara saya
tak lama pun ..10 minit jer pilih kain
corak dan jenis sudah ada dlam kepala
jadi bila sampai kedai terus sambar ,potong ,bayar dan balik
sampai rumah dah 11.30 pgi
terus sambung sidai kain
kena buat kerja cepat2 sbb pukul 12 kena amik budak2 balik sekolah
dan nak kena ajar afiq ngaji pulak
smlm afiq bercuti sbb mama dia baru bersalin

bila perut dah kenyang mata memang nak terkatup saja
kalu boleh nak tidur sampai petang
tapi tak boleh tido sebab kena masak juga
anak2 nak makan bila balik sekolah nanti
nak tak nak terpaksa ke dapur juga wlupun mengantuk
saya masak ikan sedudu masak taucu 
ayam masak kicap semalm ada lagi tinggal nak panaskan saja
mmg simple kalau En Suami xder kat rumah
satu lauk cukup ,anak2 tak kisah janji ada
cuma Dekna sahaja yang agak memilih makanan
ikan dia tak berapa gemar
kalu makan pun masak lemak kuning sahaja
tapi mana boleh ikut dia kan
hari2 masak lemak kuning "matik"ler
ginilah anak yer.. suka makan makan 
tak suka makan sikit
jgn smpai pengsan sbb tak makan sudah
lepas masak tak boleh tido lagi kena tunggu pukul 1.30 pm
nak amik dekna dari sekolah pulak
hari rabu mmg lewat balik
sbb ada kelas tasmid
lepas amik dri sekolah pun xleh tido lagi
kena siap kan makanan dan tunggu anak2 makan dulu
dah siap hidang baru boleh zzzzzz
smpai kul 3.00 jer xleh lama

bangun petang smbung menjahit baju kurung raya saya
smlm dah jahit tpi terbengkalai
hari ni smbung jahit lagi
masih lagi tak siap sbb zip lupa beli
dah pukul 6 00 pm bawak anis dan liana
ke rumah tukang jahit
nak buat baju gaun
saya nak pndai nak jahit baju gaun
baju kurung boleh lah
mintak2 tukang jahit tu nak terima tempahan lagi

esok saya nak gunting kain2 yang dah dibeli utk buat baju kurung raya
7 pasang semua nyer
termasuk yang emak dan anak2 dara saya
tengok betapa jimatkan kalau boleh jahit sendiri
kalau upah sudah berapa kena bayar
untung nyer suami saya dpt isteri pandai jahit baju sendiri
wah sindrom masuk bakul lagik
walaupun baju kurung saja yg saya pandai jahit
jadilah kan..eh eh langsir pun saya tau jahit tau..hehehe


sample kuih raya lum buat lagi ni..
banyak nyer kerja saya

saper kater jadi surirumah sepenuh masa ni boleh rilek


kerja berlambak lambak tau...



oklah saya stop sini dulu mau angkat kain ,lipat kain dan basuh kain
wassalam...dan jumpa lagi

anis dan ayah

En Suami dah balik bekerja.tak seronok nyer kami rasa tanpa ayah di rumah.anis lagi ler terasa.sebab dia yang byk habiskan masa bersama ayah.dekna kan sekolah pagi petang so masa dia bersama ayah semakin kurang.sekarang ni tinggal anis seorang saja yang hntr ayah ke stesyen bas.



mari kita layan gambar ayah dan anis.

gambar terbaru anis dan ayah semasa menghntr ayah pergi kerja
ayah muda belia lagi masa ni..anis berumur berapa bulan jer nih..
ayah dan anis masa kat cameran highland...purak purak tido
bab mengangkat anak tertido dlm kereta mmg kerja ayah..muka ayah masam sbb dah lenguh dukung anis tapi ibu plk nak amik gmbar hehe
tak berenggang ngan ayah masa ni..
masa birthday ayah..anis umor 2 tahun..
gambar masa hari raya..bila ramai2 ayah kepit anak dara dia takut kena lepuk ngan sepupu sepapat..hihi