kawan kawan Kak Zu

Thursday, June 28, 2012

lauk orang malas

sambal telur hancur ni untuk anis dan dekna tengahari tadi.dalam dok malas malas pun kena bangun masak jugak utk anak anak mak pak dah kenyang melantak roti canai.paling lambat masak ni 10 minit


tadaaaa..dah siap untuk suap anis dan dekna juga mulut ibu.bubuh kicap kipas udang  kasi ada rasa lemak lemak manis skit.sediakan air 1 tipuware.wallaaaa 10 minit perut anak anak dah buncit kekenyangan.ibu pun senang hati boleh berehat rehat dan bermalas malasan semula padahal berfesbuk saja.

malas..

salam semua..

semalam baru sampai dari KL

baju2 kotor belum bercuci

rumah belum berkemas juga

baju kering kat ampaian  belum diangkat

katil masih lagi berkedut kedut

terasa malas nak buat semua tu

rasa macam nak sambung tido

nak masak pun takder mood

pagi tadi pergi sekolah anak2 sekejap

sebab ada temasya sukan

kalau tak pergi

nnti anak2 merajuk pulak

pastu teman pak megat renew lesen memandu dia

terus makan roti canai sorang sekeping

perut dah kenyang lagi bertambah malas nak bergerak

sekarang ni dok fikir

apa benda nak bagi

bebudak dua orang tu makan apa

ahhhhh malas nak fikir....


Tuesday, June 26, 2012

hari bertemu waris

Minggu lepas kena pergi sekolah sebab nak ambik report card dekna dan anis.mula pukul 3.masa hntr bebudak ni pergi KAFA nmpak kereta dah bersusun depan sekolah.kalau bawak kereta mesti susah nak dapatkan parking nnti.balik rumah hntr kereta pastu merempit ngan motor.ceaaa bawak motor galas bag tangan lagi..hahahaha

bila sampai sekolah tengok kelas 1S punya lah panjang ibubapa beratur.pastu pergi cari kelas 3S pulak.yesssss tak ramai.beratur situ dulu.tak lama mana pun dlam setengah jam  dah selesai.tanya lebih kurang jer pasal dekna.cikgu kelas dekna nama cikgu zaidah.manis org nya.

buku laporan dekna.gambar masa darjah 1tak pakai tudung.tangkap gambar mulut senget sikit.mungkin kekok kot.dapat no 10.masa ujian bulan mac dpt no 5.merosot sikit.matematik dapat B.yang lain2 semua A.ada satu subjek tu dpt markah penuh 100 peratus.

yang ini buku laporan anis punya.gambar bertudung.cikgu tersilap tulis puteri anis umaira kat nama dia.tertinggal huruf 'h'.keseluruhan pelajaran baik.anis dapat no 1. ujian bulan mac hari tu dapat no 32.cikgu kata dulu anis duduk belakang sekali.pulak tu duduk sebelah kawan baik dia,apa lagi bersembang sakan ler.pastu cikgu ubah dia duduk depan dan pisahkan dia dari bestfren dia tu.alhamdullillah berkesan.cikgu kata daya tumpuan dia tinggi cuma kurang bertanya.

keputusan peperiksaan angah pun kak zu dah terima.pihak MRSM hntr keputusan kerumah.gred keseluruhan adalah 3.6.syukur.kak zu risau takut dia taklah nak bersaing dgn budak2 lain.maklumlah yang ada semua nya 5A.dari komen cikgu kat surat tu cakap angah ni kena tingkatkan kemahiran berkomunikasi.

sekarang ni yang membuatkan kak zu risau hnyalah kakak.dia duduk asrama jadi tak boleh nak pantau cara pembelajaran nya.dari pemerhatian kak zu sikakak ni macam malas sikit nak belajar.kalau dia balik ke rumah langsung tak sentuh buku.dia lebih leka dengan korean drama dan k pop.dia kata kat hosel dah perah otak gila gila ,jadi bila balik rumah dia nak release tension.entahlah..kak zu cuma boleh nasihat sahaja.besar harapan kak zu supaya kakak akan cemerlang dlam PMR nnti.nanti adik2 akan jadikan kakak sebagai pembakar semangat mereka.

Saturday, June 23, 2012

anak anak nak balik rumah

Assalamualaikum semua.

Hari ni kak zu nak ke pulau pinang
nak pergi ambik anak kak zu si angah
semalam dia telefon cakap nak balik rumah
hari ni sekolah dia ada temasya sukan
jadi hari isnin adalah cuti peristiwa

kalau ikutkan mmg penat
sbb hari isnin dah kena hntr balik mrsm
tapi bila mengenangkan anak rindukan rumah
kak zu tak sampai hati nak cakap 'no'
mmg plan asal nak melawat dia hari ni
nak bawak barang makanan
dan nak bagi duit belanja

kakak pun nak balik jugak hari ni
sekolah kakak pun ada temasya sukan jgak
tapi kakak akan tumpang kawan dia utk balik rumah
iyerlah kan kalau nak tunggu dia sampai rumah
lewat pulak nak bertolak ke balik pulau

sekarang sementara tunggu Anis balik sekolah
kakzu taip dulu entry ni
anis hari ni ada kelas bistari solat
pukul 8 pgi sampai 12 tghari
semangat betul dia bersiap sendiri
pakai baju kurung polkadot yang baru jahit hari tu

bila anak2 ramai berkumpul kat rumah
mula lah kak zu dok fikir
nak masak apa utk diaorng nnti
pagi2 tadi nak pergi pasar kamunting
kak zu beli udang besar sekilo
ikan sikit,ayam dah ada beli semalam
nnti malam kak zu nak masak sambal udang
goreng ayam pastu goreng ikan skit

oh ya ..kak zu juga dah beli
bahan2 utk buat mee goreng
untuk sarapan pagi esok
kerepek pisang ada kak zu beli 3 bungkus
buah mempelam pun ada beli jgk
seronok kak zu bila bayangkan
anak2 akan makan bertambah tambah

semalam kak zu masak yang ni ..pak megat request nak makan asam pedas.berpeluh peluh masak semua ni kak dapur.bila anis balik dari sekolah tengok ibu masak ni terus dia cakap takmau makan.dia nak makan speggeti.mengucap panjang kak zu.mana nak cari bahan2 utk buat speggeti.pujuk2  makan jgk dia skit itupun bersuap..alahai anak

mujur ada kak zu beli jagung kat pasar.5 ringgit 5 tongkol.jadi kak zu buat cucur jagung utk dia minum petang.buat banyak jadi ada lebih sepinggan.ptg tu ada kawan2 anis main kat depan jadi kak zu bagi jer budak2 tu makan..alhamdullilah habis mereka tak mmbazir..

Wednesday, June 20, 2012

TRANGGANU 2012

Walaupun dah lama bukak sekolah penggal kedua,tetap jgk kak zu nak masukkan gambar2 percutian keluarga ke tangganu masa cuti sekolah hari tu..oh ya..mulai hari ni kak zu akan gunakan ganti nama "kak zu" bila post n3 trbaru..bukan apa kak zu rasa umor dah banyak..tahun depan dah 40 thun..uban pun dah makin banyak kat kepala..rasa lebih sopan bila sebut diri 'kakak'...

kita terus bercerita menerusi gambar jerlah jer..cuaca panas ni rasa mood nak menaip lama2 makin kurenggg skit la...

hari pertama sampai Trangganu kak zu sekeluarga duduk kat Awana Kijal Kerteh .hari Khamis pak megat ada meeting kat opis.cuma ambik 1 bilik jer.ada dua katil besar..anak2 tido atas katil,mak pak tido kat bawah..nasib ada bawak toto dari rumah..

Hari khamis tu pak megat gi opis meeting,kak zu bawak anak2 mandi pool.sebelum tu makan dulu kat restoren Meraga Beris kat dlam hotel tu jgk..ada 2 vaucer,2 org lagi kena bayar sendiri..gambar kat dlm restoren tu tak amik pun..bukan apa..kamera pak megat tu besar gabak so ada sikit malu la dok snap2 gambar makanan semua tu (kak zu xleh jadi blooger tegar lagi nih sbb ada rasa malu nak amik gambar)
kakak yasmin cam biasa lah mana mau join adik2 mandi pool..sombong kemain dia..hahaha

masa on the way nak ke kuala trangganu pak megat bwk anak2 dia pergi tengok airport kerteh.'kat sini lah tempat ayah nak pergi kerja naik helicopter utk ke laut''..sambung pak megat lagi "kalau ayah sampai awal ayah tido kat surau ni dulu" nasib ada sebiji chopper yang baru nak terbang.dapatlah tunjuk kat anak2 ayah yang 4 org tu.kemudian ibu pulak main peranan "tengok,susah tak ayah nak cari duit utk keluarga kita.8 jam dlam bas utk sampai sini pastu naik chopper lagi redah laut..kena duduk jauh dari keluarga 14 hari plk tu..korang semua jangan malas belajar..kesian ayah" entah menjadi ke tak, tak tahulah ibu nyer cara nak saiko anak2..

Gambar kat atas ni pulak ialah homestay yang kami duduk kat kuala trangganu.nama homestay ni ialah Golek Golek homestay.1 hari rm250.sangat selesa.semua bilik ber aircon.nak memasak pun boleh.ada dapur di sediakan kat balconi.sempat jgk kak zu goreng keropok lekor dan masak maggie utk sarapan kami pagi 
 

okey kat bawah ni pulak gambar2 kami sekitar Taman Tamadun Islam .Hajat dihati nak sangat masuk masjid kristal.tapi disbbkan hari tu jumaat jadi pak megat terkejar2 waktu sembahyang jumaat.jadi kami cuma tengok dari dlam kereta ajer.jadilah..sangat cantik seni binaan nyer..

meh kita layan gambar2 replika masjid dari seluruh dunia.

cuaca hari tu tersangatlah panas nyer..orang jual air mmg untung hari tu..air minarel botol kecik pun 2 hinggit tau.kami tak larat nak jalan dlam cuaca panas macam tu..so kami  pakat naik ketapi..yahooo mari kita bergumbira..ketapi ni akan berhenti kat tempat2 yang dikhaskan seperti kat Taj Mahal..kita boleh turun masuk dlam masjid tgk video ker belek2 artifak yang di pamerkan dlm masjid tu ker..pastu nnti ada ketepi lain plk akan dtg amik kita


taraaaaaaaa

harga tiket..pilih ajer nak pakej yang mana

beratur beli tiket mmg kerja ibu dari dulu..huhu..sapa2 nak sewa basikal pun boleh

kalau nak menyusuri sungai (river cruise) kat belakg tu

panasssssssss


angah ngan kakak

anis dan dekna..alhamdulillah wlupun cuaca panas tudung still melekap kat kepala mereka.dekna lagi ler siap berstokin lagi..itulah kepimpinan melalui teledan..bila ibu mula menutup aurat dengan sempurna insyaAllah anak akan mengikut..

ada jugak gambar masjid kristal sekeping wlupun dari pandangan sisi.

sebelum balik singgah sekejap kat batik centre.cuma beli keychain utk anis dan dekna dan kain pelekat utk pak megat..sebenar nya tersilap tempat..tempat ni mahai sangat barang2 dia..cuma cuci mata jer lah

cik puan zulaiha..kekeke


sekian sahaja laporan percutian kami sekeluarga ke Trangganu darul iman bagi tahun 2012..hik hik hik ayat mintak pelempang..

Monday, June 11, 2012

semua tak pakai..

kul 10 malam

keluar rumah untuk amik dekna

dekna sekarang ambik

kelas tambahan pulak

setiap isnin dan selasa

tak lama 2 jam sahaja

anis dah merengek rengek

ajak singgah kedai

nak beli jajan

selamba jer ibu jawab

tak boleh masuk kedai

sebab ibu tak pakai

semua yang dalam2

hehehe...terus senyap

tapi ibu berhenti jgk kat kedai

bagi seringgit suruh dekna yg pergi beli

selamat...

klu ibu yng turun lagi banyak songeh

silap2 1 kedai semua dia nak borong

ibu2 sila lah ikut cara saya

klu anak2 asyik la dok merengek

ajak pergi kedai ....

Friday, June 8, 2012

adik ni dalam dilema...

gambar kat atas ni diambil masa kak zu ikut pak megat bermesyuarat kat kerteh baru baru ni.(entry pasal percutian ke trangganu akan menyusul nnti).nama adik ni kak zu lupa nak tanya.cuma tanya nama nak dia sahaja.kami sama sama tunggu suami bersolat jumaat kat masjid terapung kuala trangganu.

adik ni kerja sebagai guru.anak baru seorang.masa sembang2 tu dia tanya kak zu kerja apa ?.bila dia tahu kak zu hanya lah seorang suri rumah sepenuh masa terus dia teruja nak tahu lebih lagi.rupa nya si adik ni dalam delima nak jadi surirumah sepenuh masa atau pun wanita berkerjaya.dia bagitau selepas melahirkan anak,baby dia ada masalah penyusuan.baby dia tak boleh menyusu menggunakan botol.baby dia akan muntah selepas menyusu.walaupun menyusu badan baby tu still akan muntah juga.

sekarang adik ni bercuti tanpa gaji selama setahun.sekarang cuti dia berbaki lagi 6 bulan.si suami menyuruh siisteri ni berhenti kerja sahaja.adik ni bagitahu suami dia berkerja sendiri.mungkin berniaga kot.dia banyak bertanya pada kak zu macammana menjadi surirumah sepenuh masa,tentang perbelanjaan keluarga dan macam macam lagi.kak zu cuma boleh bagitau tentang kehidupan kak zu sahaja tetapi dia tidak boleh merujuk seratus peratus perihal kehidupan kak zu...

bagi kak zu pula,sayanglah kan kalau nak korban kan kerjaya utk tumpukan pada rumah tangga.sayang dengan ilmu yang telah dipelajari bertahun2.tapi kak zu faham masalah dia berkenaan dgn anak nya itu.kak zu cuma boleh nasihatkan dia berfikir sehabis habis nye.ada masa lagi 6 bulan utk buat keputusan.kami berpisah setelah suami kami selesai solat jumaat.kak zu doakan semoga adik ni dapat membuat keputusan yang betul...


Tuesday, June 5, 2012

testing testing

Assalamualaikum

Dah lama tak update blog.idea ada cuma masa yang tak mengizinkan.bulan lepas akak begitu sibuk menyiapkan tempahan langsir utk rumah mak saudara pak megat..jadi bila nak update blog mesti rasa bersalah sbb banyak langsir yang belum siap.ni bila langsir dah siap budak budak2 pulak bercuti sekolah.lagilah akak tak sempat nak mengadap pc lama lama.sebab diaorang yang konker pc kat diaorang saja.lepas kakak yasmin angah pulak ambik giliran,,belim masuk dekna dan anis lagi..nntilah bila dah mula buka sekolah nnti banyak lah waktu terluang..insyaAllah