kawan kawan Kak Zu

Wednesday, October 31, 2012

Tuesday, October 30, 2012

cucur jagung



Suka sangat kak zu bila ada cuti panjang.kerana semua anak anak akan balik kerumah.Bila anak anak semua dah berkumpul mula lah ligat otak ibu ni memikir nak masak apa untuk bagi diaorang  makan.Anak anak kak zu jenis suka berkumpul depan tivi.Meja makan pulak dekat dengan ruangan menonton jadi apa apa yang kak zu masak sekejap sahaja habis diaorang makan.Mata ralit tengok tivi mulut pulak dok mengunyah tak henti henti.Memang seronok lah bila kita masak dan anak anak suka makan..betul tak.


Ni salah satu yang kak zu buat untuk minum petang.

cucur jagung ikan bilis

jagung 2 tongkol hiris nipis nipis
tepung gandum 6 senduk
ikan bilis segengam (tumbuk separuh hancur)
cili merah sebiji potong nipis
cili padi 2 biji tumbuk
bawang besar sebiji potong dadu
air agak agak jer (jgn lembik sgt nnti susah nak goreng)
garam secukup rasa

campur semua bahan.gaul seia dan sekata sehati dan sejiwa yer kawan kawan.


panaskan minyak.bolehlah menggoreng hingga kekuningan.api jgn kuat nnti luar dah hangit tapi dalam belum masak.


jari jemari yang cantik tu adalah jari bapak budak ..tak sabaq langsung




Monday, October 29, 2012

non stick pan



kak zu baru beli bendalah ni ...



orang lain dah guna berkurun..kak zu baru terhegeh hegeh nak beli...hehehe


niat dihati nak buat Durian Crepe.Dengar citer hot meletup letup dia sekarang ni.kebetulan pulak durian dah ada orang jual kat tepi tepi jalan.kak zu pun takmo la jakun sangat kan.nak jugak buat si durian crepe ni.


gambar google jer ni.


tapi di sebabkan sakit tekak kak zu ni tak hilang hilang lagi malahan makin teruk so tak jadilah nak buat durian crepe ni.Takut makin sakit pulak tekak ni bila makan durian.


Tapi kegedikan kak zu untuk guna non stick pan ni dah sampai kemuncak dah.maka untuk melayan hati yang gedik ni kak zu pun try lah goreng telur untuk makan malam kami tadi...hehe


telur dadar bersosej dan berkeju..tu dia nama takleh blah...


sedap nya telur dadar bersosej dan berkeju ni bila guna kuali baru beli..hik hik hik...



Sunday, October 28, 2012

dah ambik kena lah hantar


Dah habis cuti rupa nya hari ni.kak zu nak kena hantar angah balik ke hostel.Balik hantar angah nanti kena hantar kakak pulak.Macam ni lah kalau AM kat laut. 

Tekak kak zu terasa perit.Mata pulak rasa panas.Nak demam kah Kak zu ni.Mintak mintak janganlah demam.Nanti susahlah nak uruskan anak anak.Tambahan pulak esok dekna dan anis ada final exam kat sekolah. Mungkin kak zu banyak makan daging korban dan kurang minum air kosong.

Okeylah anak kak zu pun dah siap.nak masukkan barang dalam kereta.bolehlah mulakan perjalanan.cepat pergi cepatlah boleh balik.

Assalamualaikum.

Saturday, October 27, 2012

selamat hari raya aidiladha

Assalamualaikum kawan kawan

Salam edul adha semua kawan kawan yang kak zu kasihi dan hormati.

Baru berkesempatan nak update blog.hari rabu  selepas update n3 mengenai tiramisu kak zu terus bertolak ke balik Pulau amik angah.sampai rumah pukul 5.13 ptg.terus amik anak anak kat KAFA.nnti bila senang baru kak zu balas komen komen kawan kawan tu yer.

Malam tu kak zu tidur awal penat sangat.kaki kak zu sakit sebab dok tekan  minyak.jem dari keluar  jambatan pulau pinang sampai ke tol juru.nasib ler tak lama.

Hari khamis tu asyik mengadap baju baju kotor yang angah balik dari hostel.Kak zu pun taktau kenapa baju kotor angah ni terlampau berbau hapak.soflan mmg tak jalan punya.kena guna downy baru ok.itu pun guna 1 penutup penuh baru ada bau wangi.hebat sungguh penangan bau badan si angah ni.

Petang pukul 5 dah bersiap siap balik kampung kak zu dekat Batu Kurau.

Cerita raya kak zu biasa biasa sahaja.Takder gambar sebab kak zu terlupa bawak balik kamera.Abang Megat (singkatan nya AM hik hik) beraya kat pelantar minyak tahun ni.Jadi semua urusan kak zu sorang yang buat tu yng asyik lupa itu ini sahaja. 


Kak zu cuma...

- beli ayam 2 ekor.sekor utk rendang sekor lagi utk buat sup.cukuplah hanya kak zu anak beranak sahaja.Abang dan adik kak zu masing2 balik kampung mentua depa

-daging tak beli sebab target nanti ada daging korban orang akan huluq..hehehe

- tak buat ibadah korban tahun ni sebab dah korbankan perasaan relakan AM raya kat laut huhuhu (lain taun baru buat)

-buat kek gula hangus 2 biji. Sebiji setengah sedekah kat jiran jiran mak yang datang beraya.Kak zu sepanjang hari hidung kembang sebab jiran mak puji kek kak zu sedap hahahaha

-sup ayam kak zu juga licin sebelum petang sebab tak sangka ramai sedara mara /jiran mak yang datang ayam sekor jemput sekampung.

-kak zu tak pergi solat aidul adha sebab Allah bagi cuti.kak zu perambat anak anak ikut opah pergi surau.

-petang baru AM telefon dari laut cina selatan itupun suara dia tenggelam timbul sebab telefon rosak entahkan dia mabuk tapai macam tahun lepas pastu tidoq tak sedaq kediri.

-gigi kak zu sakit sangat sebab tersangkut daging korban yang kak zu makan tak hingat donia.daging rebus cicah ayaq asam sapa tak pulun woiiiii...

sekian sahaja cerita hari raya kak zu.

Wednesday, October 24, 2012

TIRAMISU



Okey..

bahan bahan semua dah ada

kek perisa kopi

creem cheese

whipping krim

gula halus

nescafe

buah stawberry untuk hiasan


semua bahan letak setempat senang nak buat nanti

sebelum tu masuk bilik solat dulu

20 minit dalam bilik dah siap solat -----------keluar bilik

dengan lafaz bismillah mari kita mulakan buat kek tiramisu
                    -

                    -

                    -

                    -


SIAPA MAKAN BUAH STRAWBERRY IBU NIH


Inilah hasilnya..........


sebiji strawberry yang kecik di belah 5 sebagai hiasan



















 comot sikit tepi tepi gelas tu dengan serbuk koko.
 kak zu kangkangkan strawbery tu sebab nak bagi nmpak besar.


Tuesday, October 23, 2012

SOSEJ ROLL



Assalamualaikum kawan kawan.

Pejam celik pejam celik dah pun habis 2 minggu cuti abang megat .Sekejap jer masa berjalan.Terasa baru lagi abang megat turun dari teksi sini .Semalam dia dah pun balik ke Trangganu semula.Apa nak di katakan lagi ,dah memang begini kehidupan yang harus kami lalui ,sorang di laut dan sorang lagi di darat.Hidup terpisah. Kak zu umpama Ain Hawani dan Abang Megat pulak seperti Adam Mukhriz auwwww....wah wah wah semua orang inginkan suami seperti Am tu yer..

Terus terang kak zu lebih sukakan seorang suami yang prihatin daripada suami yang romantik.Hati kak zu lebih cair bila suami capai tangan isteri bila nak melintas jalan,bila isteri sibuk di dapur si suami akan bertanya "penat tak"? atau pun sekadar menunggu sehingga kak zu hilang dari pandangan baru si suami berpaling untuk berlalu ke tangga bas.

Lagi satu.Yang paling membuatkan cinta kak zu melimpah ruah dan menjadi secair cairnya ialah bila tiba waktu magrib si suami siap berbaju melayu dan melangkah ke masjid sambil berkata "abang pergi masjid yer"...aduhhh rasa macam nak menghambakan diri pada suami sepanjang hayat si isteri sahaja.

Ah..melalut sampai ke cerita ADAM HAWA pulak kak zu ni.Yang bebenor nya nak tunjuk ni haaa.......










Sosej Roll.Lepas hantar AM hehe (Abang Megat ) naik bas semalam terus pergi ambik Anis dan Dekna kat sekolah agama.Afiq yang kak zu ajar ngaji tu tak datang sebab beteri kereta mak dia kong takleh nak hantar kemari.Ain Hawani  Kak zu tengok ada roti gadeniar separuh buku lagi.Dalam fridge ada sosej,telor dan serbuk roti pun ada.semua bahan dan cukup lengkap maka jadilah benda alah ni hidangan minum petang merangkap makan malam kami.Cukup kenyang hinggakan kami anak beranak tak makan nasi dah malam tadi.

Alhamdullilah syukur nikmat rezki yang ALLAH berikan.

Sunday, October 21, 2012

Segmen jom masuk bloglist YaNa



Kak Zu nak try join segmen yang ini pulak.ketagih join segmen kah kak zu ni ??.mungkin ya... bila jengok ke blog ni memang hati melonjak melonjak ingin turut serta sebab blog dia cantik sangat.


Mula mula tepek header ni dulu...








Bagi kawan kawan yang nak join boleh JENGOK SINI.senang jer kan.


Meh ler ramai ramaikita meriahkan bloglist YaNa ni yer...

anak ker kakak ???



Semalam emak kak zu ngadu sakit kaki

maka lepas masak terus kak zu bawak dia pergi klinik

bila masuk bilik doctor

doctor tu tengok muka kak zu...

pastu tengok muka emak kak zu pulak

doctor tu tanya

anak ker kakak ???

sambil tengok muka kak zu dan emak gilir gilir

huwaaaaaaaaaa......

kak zu yang nampak tua ker

emak kak zu yang nampak muda.....

keluar bilik doctor sambil lap air mata...

lapan tahun pulak baru masuk klinik nih...























tua sangat ker muka kak zu nih....





*kena cari colegen mulai hari ni...



happy sunday uolls...

Saturday, October 20, 2012

Bila Mertua Datang Rumah



Bila mak mentua kak zu telefon kata nak datang rumah dan bermalam kat sini.kelam kabut kak zu kemas bilik anak anak pompuan kak zu yang brsepah sepah dngn kertas ,mainan dan buku buku terpakai.Sebelum ni asyik tertangguh saja nak kemas bilik tuh.cadar pun dah dua minggu tak berganti.Bukan malas tau cuma tak cukup masa sahaja   berblog ada masa pulak.

Lepas kemas bilik anis dan dekna kak zu kemas bilik angah pulak.sebab anis dan dekna akan guna bilik angah selama opah dan atok ada kat sini.Pun berganti cadar bersih jgk.kak zu buat kerja macam lipas kudung.Target sebelum mentua sampai kerja rumah semua settle.

Abang Megat  tolong masukkan baju dalam mesin dan sidai baju yang dah siap di cuci.tolong angkat baju yang dah kering sebab kak zu sibuk sangat masak kat dapur.

Kesimpulan nya kak zu suka bila mak mentua datang rumah sebab rumah akan extra kemas.bilik anak anak akan sentiasa teratur.Abang megat jadi lebih rajin.anak anak kak zu lebih gembira dan kurang berkelahi adik beradik.

Mak...bulan depan datang lagi tau.Menantu mak ni kena ada pemangkin untuk bergerak cergas kalau tak asyik blogwalking sajer .

Thursday, October 18, 2012

terlupa hari

MasyaAllah..kak zu boleh terlupa hari.Hari ni hari Khamis bukan nya Rabu.Tanda tanda umor sudah meningkat,selain drpd uban mula galak dikepala.Mata pun dah makin rabun,dulu pandangan jauh jer perlukan cermin mata sekarang nak masukkan benang dalam jarum pun hendakkan cermin mata juga.Semua tanda tanda ini sebagai satu peringatan untuk memantapkan diri dengan amalan sebagai bekalan menuju ke negeri yang kekal abadi iaitu negeri akhirat..


*kak zu baru balik dari kelas tafsir Al Quran.Hari ni baca tafsiran surah An Nahlu*



mood  *insaf dengan kealpaan diri*


# ww #




Taman Tasik Taiping



Tuesday, October 16, 2012

BERDIKANI



Selalu nya kita dengar perkataan berdikari kan.Maksud nya berdiri atas kaki sendiri.semua perkara buat sendiri tanpa memerlukan bantuan org lain lah tu.

Ni kisah angah anak kak zu yang dok kat hostel MRSM nun.Kak Zu melawat dia sebulan sekali sahaja.Kadang kadang  2 kali sebulan.Penat doh nak drive pi sana selalu.Penat mental dan penat poket jugak hehehe

Jadinya untuk menyenangkan ibu dan anak,kak zu buat kad ATM untuk dia.Bila dia dah kehabisan duit kak zu pun bank in lah kat dia.Tapi dia tak pandai nak keluarkan duit sendiri.mungkin dia belum cuba lagi.Lagi pun kesian dia nak kena jalan kaki pergi bank.Jauh pulak tu.

Kebiasaan nya guru homeroom atau guru kelas yang tolong amik kan.Bukan angah seorang jer. Kebanyakan murid lain pun camtu jgk minta tolong guru homeroom.Kecuali budak budak yang dah besar mcm tingkatan 4 dan 5 mmg diorang keluar amik sendiri masa outing.Tapi Kak Zu tak galakkan angah outing sebab dia muda lagi.tunggu besar skit baru boleh.

Minggu lepas masa melawat dia bercerita,bila angah minta guru homeroom tu keluarkan duit,cikgu tu cakap

BERDIKANI

Yang si angah ni pun tercengang cenganglah dengar perkataan tersebut. berbisik bisiklah sesama mereka.Apa kebenda nya berdikani tuh.ohhh rupa rupanya.....

Berdiri atas kaki kerani.

Homeroom tu dah takmau tolong lagi ambik duit untuk murid murid.Dia serahkan tugas tu kat kerani sekolah.Iyelah kan cikgu sekarang ni banyak sangat bebenan kerjanya.Dah tak terlarat nak buat kerja lain. Jadi mulai sekarang semua urusan keluarkan duit semua nya kerani sekolah yang buat.kerja mak bapak masukkan /standby duit dan kerja anak anak mintak duit dan habiskan duit...wah wah wah....manyak siottt maaa 




* Semalam kak zu masak asam rebus tempoyak ikan kembong.sedap nya lama tak makan. Suami kak zu tak suka masakan ni.iyelah dia kan kampung kat london.mana mau makan bendalah ni. Kak Zu pentingkan diri sendiri semalam tau. Makan dengan pelahap nya sambil hirup hirup kuah lagi..brupppp..brupppp...sedap nya...




mengancam tak masak tempoyak Kak Zu nih.
                                                                  

Monday, October 15, 2012

KEK BATIK



Kak zu keboringan sebenar nya ni.kerja rumah banyak tapi terasa malas nak buat.mengantuk pun iye jugak sebab baru lepas lunch.Anis dan Dekna dah pergi sekolah Agama.Hari ni ada final exam.Kak zu doakan semoga anak2 kak zu dapat jawab semua nya dengan lancar.Dekna gembira sangat hari ni sebab dapat tempat pertama bercerita dalam bahasa inggeris (story telling ) sempena english week kat sekolah dia.Dapat hadiah pencil case.Jadilah tu.hadiah no 2 yang penting pengalaman dalam penyertaan tu.syabas anak ibu.

okeylah dari biarkan blog ni sepi tanpa n3 terbaru lebih baik kak zu letakkan resepi KEK BATIK yang kak zu buat hari sabtu tuhari.resepi ni kak zu amik dari ana suzana tapi banyak jgk yang kak zu derhaka...









300 gm coklat masakan
2 sudu besar butter
setengah tin susu manis (boleh kurangkan)

cairkan semua bahan ni double boil kekdah nya yer. kacau sampai semua melarut gitu.



 masukkan 200 gm biskut marie .patah patah kan (kak zu patahkan 4).gaul lagi yer adik2 kakak2 yang manis.



Kak zu masukkan badam cincang yang lebih buat almond london raya lepas.(yang ni pilihan taknak pun takper).jangan lupa panggang dulu badam tu.pastu gaul lagi sampai tertutup semua biskut marie tu dengan coklat.



Dah siap gaul seia dan sekata bolehlah masuk dalam loyang yang dilapis dengan aluminium foil supaya senang nak keluarkan bila nak potong nnti.tekan biar padat. pastu bolehlah simpan dlam fridge lebih kurang 4 jam.



tadaaaa....dah siap dipotong. potong guna pisau tajam yer adik2 kakak2.budak budak suka lah coklat2 ni.kak zu kurenggg sikit.takper, sebagai ibu yang baik kita masak jer apa yang anak anak suka makan.


sebekas untuk kakak sebekas untuk angah.makan ngan kengkawan yer.pastu suruh kawan puji ibu masak sedap...hahahaha

Sunday, October 14, 2012

AYAM PANGGANG ROSEMARY



Hari sabtu pergi melawat angah kat Balik Pulau,Penang. kak zu bawak makanan sebab rasa malas nak bawak angah keluar outing.Jadi bila bawak makanan bolehlah makan bersama sama dia kat taman depan sekolah tu.Jadi nya setelah berfikir fikir kak zu rasa nak buat ayam panggang rosemary dan kek batik.

okey,kak zu rasa nak kongsi resepi ler.walaupun kak zu tahu semua kawan kawan kak zu ni dah terror buat segala bapak ayam panggang.Takperlah kan kita tengok ayam panggang rosemary cara kak zu pulak.Resepi kek batik lenkali lah kak zu tepek sini yer.



Ayam Panggang Rosemary

Bahan bahan nya

1ekor ayam ( kak zu potong 6 )
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu jintan manis
1 sudu lada hitam 
1 ketul kiub ayam knor
setengah ketul gula kabung
garam ikut suka
(gula tak guna sbb dah masuk gula kabung )


kisar semua bahan diatas dan tuang atas ayam.gaul sekata.kalau ada daun rosemary kering boleh gaul sekali.perap lah paling kurang 2 jam.kak zu perap semalaman.



Bolehlah dibakar selama30 minit ataupun sampai masak.taburkan daun rosemary segar.Masa bakar ni bau dia wangi satu rumah.tiba tiba rasa lapar.tapi sabar jer sebab dah janji nak makan dengan angah.



Dah pun masak.Sedap dimakan makan dengan sos black pepper.kalau nak makan dengan sos cili pun ok.ataupun makan gitu jer.kak zu hidangkan dengan nasi corrat.


Ha senang jer kan kalau bahan semua dah ada.Yang jadi susah bila semangat nak memasak dah berkobar kobar tup tup bahan masakan tak cukup.


Kawan kawan nak resepi sos black pepper tu dak.kalau nak kak zu sertakan sekali kat bawah ni.



Sos Black Pepper

2 sudu mentega
susu cair 1 tin
air ikut nak pekat atau cair (ejas sendiri)
1 sudu besar tepung gamdum utk memekatkan kuah
1 sudu kiub ayam
1 sudu lada hitam
kicap utk bagi gelap kuah

cairkan mentega atas api sederhana
masuk tepung kacau guna wisker
dah larut masukan susu cair
bila berbuih masukkan kiub ayam dan lada
ejas kepekatan dengan air
kacau sampai masak.


okey ker resepi kak zu bagi ni?Bolehlah kalau adik kakak nak cuba yer.

kak zu juga sempat hantar kat kakak sikit walaupun hari nak melawat kakak ialah hari ni(ahad).ibu mana tak sayang anak kan.


okey babai selamat mencuba yer.




Saturday, October 13, 2012

hai kawan kawan



Kak zu nak ke Balik Pulau,Penang nak melawat angah kat asrama.Balik nnti baru kak zu update blog yer macam ler ada yang tertunggu tunggu n3 terbaru kak zu.

Friday, October 12, 2012

Inilah yang di katakan suami isteri



                                             amik ini dari FB.

Thursday, October 11, 2012

JOM JADI GENG BUI

Kak Zu pun tak mau melepaskan peluang nak jadi kawan bui jgk.Mula mula dulu join bloglist KA.Dah naik syok pulak join bloglist kengkawan ni.sekarang nak cuba jadi kawan bui pulak.itu pun kalau bui sudilah yer.


Syarat nak jadi kawan bui ni senang jer rupa nya.







copy bui punya lah senang kan




1) letak header blog bui ni dalam entry
2) letak tajuk JOM JADI GENG BUI
3) tinggalkan link entry di ruangan komen entry ini

senang jerkan..so,jomlah jadi geng bui..^_^..tarikh tutup segmen ni adalah pada 30 Oktober 2012 jam 11:59 malam

untuk membuatkan segmen ni lebih menarik..cehhh..bui akan bagi 5 hadiah misteri untuk blogger yang bertuah..pilihan akan di buat oleh 'seseorang'..kira macam cabut undi lah nanti yer..^_^






Apa tunggu lagi jom ramai ramai kita jadi kawan bui...

Yang Ku Inginkan



Pagar bermotor

Pagar rumah kak zu dah cantik .wiring semua dah siap ada.tinggal nak taruk motor jer lagi.yang menjadi masalah sekarang ni bila hari hujan.selepas keluarkan kereta,park kat tepi kak zu kena lari lari dlam hujan utk tutup balik pagar tu.habis basah baju walaupun gunakan payung.kalau tak tutup balik risau takut motor dan basikal kena rembat.sekarang ni bukan boleh lepa skit semua nya hilang.

Lagi satu, kalau terpaksa ambik Abang Megat kat stesyen bas.kadang kadang dia sampai kul 1 pagi dan teksi elek.terpaksalah kak zu keluar pagi pagi buta jemput dia.terketar ketar buka tutup pagar waktu sunyi sepi tu.kalau ada remote kan senang.masuk kereta,lock semua pintu tekan remote utk buka kendian undur kereta, tekan remote tutup pastu berdesup laju....


Set bilik tido untuk Angah.
Almari baju untuk angah dah uzur bebenor.semua kunci dah tercabut.kak zu ikat ngan getah pinggang kain jer sekarang ni.bahagian bawah macam sarang tikus.banyak kertas kertas kerja sekolah dia dalam tu.Almari dia jenis lama.murah pulak tu.dah 15 tahun kami guna.sejak masuk rumah sewa selepas setahun berkahwin dahulu.

Katil dan tilam saiz queen.sekarang guna katil bujang.itupun arwah bapak kak zu punya.sebelum ni hanya letak tilam tanpa katil.masalah sekarang ni katil bujang macam tak sesuai dah dengan saiz badan angah yang besar tu.bila dia tido mesti tangan dia terjulur keluar dari katil.kesian angah.Kak zu berangan angan kalau lah boleh beli satu set bilik tido kaler putih utk bilik angah mesti dia suka bila balik cuti sekolah nnti.


Televisyen atau tv
 Rumah orang lain dah lama guna tv plasma atau lcd yang lekat kat dinding tu.Rumah kak zu masih lagi guna tv pesen lama yang besar gedabak .Memang teringin sesangat.Walau bagaimana pun tv yang sedia ada sekarang ni masih lagi elok.kaler pun masih cantik.boleh terus digunakan lagi.


Hanya tiga benda ni sajalah yang kak zu inginkan buat masa sekarang.Tapi rasa rasanya ini semua hanyalah keinginan bukan nya keperluan yang sangat mendesak.dalam keadaan Abang Megat mencari nafkah seorang ditambah dengan 4 orang anak yang sedang belajar jadi berbelanjaan kami agak ketat sedikit buat masa sekarang.Kak zu sebagai isteri yang tidak bekerja tidak akan sekali kali membebankan suami dengan meminta minta.

Kan best kalau duit boleh jatuh dari langit apabila kita berhajatkan sesuatu.Ataupun tumbuh didahan dahan pokok dan kita hanya perlu memetik sahaja.hehehe..InsyaAllah semua yang kak zu inginkan itu akan tercapai juga asalkan kami berjimat cermat dalam urusan perbelanjaan.Beli barang yang benar benar perlu sahaja.Tupperware pun kena stop dulu...huhuhu




*walaupun hidup serba sederhana tapi kak zu sangat bersyukur punya suami yang penyayang dan anak anak yang menjadi pengikat kasih sayang kami..




Wednesday, October 10, 2012

cerita tanpa gambar..



Setelah dua minggu Abang Megat meninggalkan kami anak beranak sini semalam dia dah pun balik kepangkuan kak zu dan anak anak.Terlerailah rindu dendam yang membara dijiwa selama ini.Kak zu tunggu dia sampai pukul 1230 malam sahaja bila mata kak zu dah tak larat nak dibuka lagi kak zu pun masuk tido.pukul 1 pagi telefon kak zu berbunyi "sayang..abang dah ada kat depan rumah kita..."bangun bukak pintu dalam keadaan mata tertutup...hehehe

Hari ini kak zu tak pergi ke kelas mengaji ustaz Jalal untuk temankan abang megat kat rumah.mesti dia nak ajak kak zu bersarapan kat luar.bila tinggal berdua ni jarang sangat kak zu buat sarapan.Tapi hari ni lain pulak cerita nya.

Terasa awal lagi utk pergi bersarapan kak zu baring baring sekejap kat katil.bila bukak mata tengok dh pukul 10 pagi.bila tengok sebelah abang megat pun tido jgk..nak bersarapan apa nyer.lunch terus aci tak???..hehehe

Mandi dan bersiap elok elok dekat pukul 11 pagi.Abang megat kata takyah masak hari ni kita makan tengahari kat luar.wokeyyy boss.terus kami tuju ke satu kedai  yang dah lama bukak tapi sekali pun kami tak pernh makan kat situ.Agak nya mesti best sebab orang sentiasa penuh bila waktu makan tengahari.

Seperti yang dijngka memang best sangat2 masakan dia.semua menu kampung kampungan.nama kedai ni Restoren Ikan Bawal.Kak zu dan Abang megat ambil lauk sup daging /tulang semangkuk,ayam percik seketul besar,ikan kembung sekor,dua jenis air asam dan ulam ulaman.air pulak cuma sirap limau sorang satu.sampai licin kami laki bini makan.sedap sungguh.

Untuk dekna dan Anis kak zu bungkuskan kari ayam sketul dan ikan keli sekor.dan kami cuma perlu membayar RM24.murah tak??bagi kak zu memang murah ler.dan yang penting sedap.kedai pun bersih dan selesa.kedai tu juga sediakan air free kalau nak.air suam dan air asam boi klu tak silap kak zu.

sayangkan takder gambar.cerita kosong jerlah.Kak zu lupa nak angkut kemera masuk bag sekali.takper lenkali kalau Abang megat ajak pergi makan situ lagi kak zu amik gambar banyak2 okey..

Siang hari riang ria makan kat luar malam haruslah kena masak.tengah garu garu kepala nak masak apa ni...

Tuesday, October 9, 2012

Kakak nak Periksa



Hari ni Kakak akan menghadapi peperiksaan PMR.Ibu berdoa semoga kakak dapat menjawab semua soalan dengan mudah.


Beberapa hari yang lalu kakak telefon sambil nangis nangis.kakak kata dia rasa stress sangat sangat.Masa cikgu suruh masuk dalam dewan yang akan  digunakan masa exam nnti dia rasa blur dan tiba tiba rasa tenggelam punca.itu belum tiba hari exam yang sebenar benarnya lagi.


Ibu hanya mampu menenangkan kakak dengan kata kata semangat sajerlah.Sebab yang merasai nya yang menanggung beban perasaan nya adalah diri kakak sendiri.Berat telinga yang mendengar keluh kesah kakak nak menghadapi exam,berat lagi kakak yang nak hadap kertas kertas soalan tu semua.


Ibu cakap "kakak buatlah apa yang termampu akak buat,akak dah berusaha sedaya upaya.Apa apa keputusan yang bakal akak terima nanti terimalah dengan hati yang redha"


Lagi satu ibu cakap"kakak ingatlah yang kakak menuntut ilmu ni kerana Allah,bukan kerana nak kan pujian manusia.kalau keputusan elok dan ayah kasi hadiah laptop seketul itu adalah satu bonus bagi akak."sambung ibu lagi "kalau akak tak dapat 8A, laptop tu ayah kasi kat ibu" habis ayat ibu tu lagi kuat kakak meraung...hehehe



Ini mesej kakak semalam sebelum kak zu masuk tidur."kakak, ibu pun sangat kakak sangat2 "



Pagi tadi ibu buat solat hajat untuk kakak.ibu berdoa."Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.Hanya kepada Engkaulah tempat aku meminta dan memohonpertolongan .tolong kasihani anakku puteri yasmin athirah.Lapangkan lah fikiran nya semasa menjawap soalan demi soalan peperiksaan.tenangkanlah hati nya.Keluarkanlah dari fikiran nya apa yang telah dia pelajari selama ini. Ya Allah makbulkan doa ku ini.hanya kepada Engkau aku menggntungkan harapan.Amin ya robbal alamin


Dah selesai berdoa ibu mambaca yasin dah alquran dengan niat sedekah pahala nya kepada Kakak.


Anak Ibu..hanya itulah sahaja yang dapat ibu berikan pertolongan kapada mu.doa yang tulus dari seorang ibu.Ibu tak mengharapkan segunung emas berlian darimu.ibu hanya mahu kamu menjadi anak ibu yang baik.itu sahaja.






Sunday, October 7, 2012

Iguana...



Dekna beria ia bagitau kak zu yang dia nampak iguana

dia bagitau yang dia nampak binatang tu kat surau asrama angah.

"iguana tu kaler dia nak sama ngan buaya" cerita dekna bersungguh sungguh

"tapi dia kecik jer" sambung dekna lagi

Ibu mula mula dengar rasa kagum jgk

Iguana sapa lah yang terlepas tu

Lepas 2  3 minit berfikir

"itu bukan Iguana "

"itu biawak"

aiyaaaaa.....

Friday, October 5, 2012

Mainan Terbaru Kak Zu




Inilah mainan terbaru Kak Zu.TupperWare.Cantik tak warna dia ?Beli 4 biji dapat hadiah 4 biji.Yang 4 biji besar tu beli dan yang 4 biji kecik kecik tu hadiah nya.Harga RM 153.Kak Zu bayar secara ansuran.Kak Zu tak pamer dlam rak tau.semua ni Kak Zu guna.Isi macam macam.Lepas habis bayar yang ini Kak Zu ingat nak order jug air pulak.Yang itu belum ada lagi.Buat masa sekarang guna yang tipuware saja.Itu pun dah guna dekat 10 tahun dah.Kalau tak bayar ansur ansur tak mampu akak dek non....

Thursday, October 4, 2012

Kenangan Mengusik Jiwa 13



Kacang Rendam Dalam Kopi


Semasa kak zu menaip entry ni Taiping dibasahi hujan yang turun mencuruh curah.Suasana terasa sangat sejuk.sebenarnya kak zu sangat suka hari hujan dan dikelilingi semua anak anak dan suami kak zu.

Ini kerana kak zu akan masak masakan yang best best untuk keluarga.kami sekeluarga akan makan makanan yang panas panas dan berkumpul dimeja makan.Masa tu kami akan bergelak ketawa mendengar berbagai bagai cerita dari anak anak.Sedar tak sedar habis licin semua makanan.

Tetapi kak zu akan berasa sedih bila hari hujan dan hanya kak zu ,dekna dan anis sahaja yang ada dirumah.Mula lah terbayang bayang insan2 yang jauh dimata tetapi sangat dekat dihati.kak zu akan berasa sangat sunyi biarkan dekna dan anis selalu membuat bising.

Bila musim hujan ni juga kak zu akan terkenangkan suasana kehidupan dikampung bersama emak dan arwah bapak serta abang dan adik lelaki kak zu.Kehidupan masa tu amat susah.

Kalau bernasib baik dapatlah makan jemput jemput ikan bilis yang emak buat.Kalau nasib tak barapa nak baik hanya ubi rebus cicah kelapa jerlah sebagai santapan minum petang.Atau pun hanya air kopi atau pun air teh sahajalah yang dihidangkan.apa apa pun syukur alhamdulillah atas rezki yang Allah berikan .

Bila sebut air kopi,kak zu dulu selalu mencuba sesuatu yang baru.Iyelah kan duduk kampung,bila musim hujan mana ada aktiviti sangat yang nak dibuat selain merenung air hujan sahaja.kadang kadang sahaja dapat mandi hujan,kalau dah hujan hari hari mestilah jemu asyik mandi hujan sahaja kan..hehe

Jadi bila emak sediakan kopi kak zu selalulah masukkan kacang goreng ke dlam cawan air kopi tu.dulu sebungkus kacang goreng hanyalah seposen saja.tapi tak semua nya berisi.ada jgk yang kosong ataupun busuk.kak zu kopek semua kacang kacang tu dan masukkan dlam air kopi pastu tunggu lima minit hingga kacang tu mengembang.

Bila hirup air kopi tu sekali kali ngan kacang tu masuk dlam mulut pastu mamah perlahan lahan.huissshhh sedap tau.almaklumlah nak minum ABC tak mampu .ini sajalah alternatif utk menikmati rasa kacang.

Manis sungguh kenangan dulu dulu bila diingati kembali.rasa macam nak diulangi balik jer bersama anak anak.














kopi kaw dan kacang macam nilah yang kak zu kopek pastu rendam dalam air kopi.(jua ehsan pak cik google)











Tuesday, October 2, 2012

Selimut Busuk Angah




kalau kawan kawan semua nak tahu inilah selimut busuk angah.ini adalah selimut busuk nya yang ketiga.yang pertama dan kedua dah lama hancur.selimut ni rasa nya dia guna dah lebih 10 tahun.asal nya elok jer warna biru.bila dan selalu basuh jadilah macam ni.dah tak boleh nak jahit sebb terlampau nipis ,benang pun susah nak lekat.

sesuai dengan nama nya selimut busuk,bau nya mmg sangat busuk.sejak angah masuk asrama ni dia kurang skit peluk peluk selimut ni jadi dapatlah kak zu basuh kasi wangi wangi sikit.dia bukan buat selimut pun cuma peluk peluk letak bawah perut.tak pun dia buat cium cium letak kat hidung sebelum terlena.

Dulu masa sekolah rendah sebelum pergi sekolah mesti masuk bilik dulu,ingatkan lupa barang rupa nya masuk cium selimut ni puas puas.bila balik sekolah selimut ni yng angah cari dulu.kadang kadang kak zu tanya macam mana rasa kat selimut tu,angah jawap bila pergi sekolah rasa rindu sangat kat selimut.

baru baru ni, lepas dia balik ke asrama kak zu rasa nak buang jer selimut ni tapi tak sampai hati pulak.nnti bila dia bercuti mesti dia cari selimut dulu bila sampai rumah.takpalah simpan jer .nnti bila angah dah kawin dan ada anak kak zu akan tunjuk selimut ni kat anak anak dia pulak..


Monday, October 1, 2012

AL FATIHAH


Hari ni 1 hb october genap 8 tahun arwah bapa Kak zu telah kembali ke rahmatullah.bapa kak zu menghembuskan nafas terakhir pada pagi hari jumaat yang mulia.Yang kak zu kesalkan kerana kak zu tak sempat mengadap arwah semasa akhir hayat nya.

Pada petang hari khamis kak zu dapat panggilan telefon dari kampung memberitahu keadaan bapa pengsan.seingat kak zu arwah selalu pengsan ataupun hypo kerana kekurangan gula dalam badan nya.setelah meletak gagang telefon kak zu pun bergegas balik kampung.

Sesampai nya dikampung jiran jiran telah pun memenuhi rumah emak kak zu.kak zu lihat ada orang yang sedang baca yasin sementara arwah bapa kak zu masih lagi pengsan.Kak zu yang sudah biasa melihat keadaan bapak macam tu cepat cepat ambik madu lebah dan masukkan ke dalam mulut bapak.

Setelah beberapa ketika kak zu lihat bibir bapak bergerak gerak .Tak lama kemudian bapak pun membuka mata.Syukur tak terhingga kerana bapak telah sedar dari pengsan.badan bapa kak zu terpeluh peluh.tapi yang menghairankan kak zu peluh bapak kak zu sejuk dan bergetah.

Rupa nya itu ialah petanda orang yang akan habis ajal nya.bagi jiran jiran emak yang berpengalaman mereka tahu yang arwah bapak kak zu akan pergi meninggalkan dunia ini bila bila masa sahaja.tetapi mereka tidak sampai hati untuk memberitahu pada kami yang tidak berpengalaman ini.Arwah bapak jugak bercakap seperti orang pendek lidah.Pada sangkaan kami bapak kena serangan strok.Rupa nya itu jgk petanda.

Setelah Kak Zu lihat keadaan bapak kak zu sudah agak stabil kak zu pun meminta izin untuk pulang kerumah kerana kakak anak sulung kak zu bersekolah KAFA.itu pun kak zu dah minta tolong jiran kak zu utk jemput kakak dan tumpang kan di rumah nya sementara kak zu akan sampai.

Kak Zu minta supaya adik kak zu balik kerumah emak untuk menemani emak dan arwah bapak untuk malam itu.Janji kak zu akan pulang semula kekampung pada keesokkan pagi nya.Tapi takdir Allah tiada siapa datang menghalang.Arwah bapak meninggalkan kami semua pada pagi hari Jumaat pukul 3 pagi.Bapak pergi menghadap Ilahi ketika umor 63 tahun.

Segala kenangan manis bersama arwah masih lagi segar dalam ingatan kak zu.segala nasihat dan teguran nya kak zu jadikan azimat dalam menempuhi hari mendatang.ALFATIHAH untuk bapak kak zu ZAINUDIN BINTI EMBUN.