kawan kawan Kak Zu

Thursday, December 27, 2012

RUMAH BARU KAK ZU




Assalamualaikum...

Korang jangan terkejut yer.betul..ini belog kak zu..sempena nak sambut tahun baru 2013 yang tak berapa hari jer lagi ni kak zu pindah masuk rumah baru.kasi kelainan skit .

Pagi tadi waktu bermanja manja ngan abang megat (dia balik selasa hari tu) kak zu pun bisik bisik kat telinga dia " bang..nak masuk taun baru ni ..tolong ejas blog skit..nak ubah background lain pulak..bolehhhh" sambil angguk angguk dia sambung zzzzzzz sebab malam tadi dia bermalam kat hospital jaga abah mentua..bangun kul 11 pg tadi dia pun mulakan misi menukar cat baru utk blog kak zu.sayang laki kak zu..huk huk huk

Haaaaa korang....terima kasih ler yang menenangkan hati kak zu pada entry yang lepas tu. kak zu baca komen komen semua tu dengan mata berkaca kaca.dan sehari selepas tu kak zu datang bulan hahahaha..patutlah meroyan fikir yang bukan bukan...suami mana yang tak sayangkan isteri yer dak..ndak pulak suami yang selalu dilautan dan dalam setahun 6 bulan sahaja dapat jumpa bini...

Okey berbalik pada belog kak zu yang berwajah baru ni terima kasih en laki sebab tolong tukarkan,bini mu ini buta IT. kak zu nak bagitau ,dalam dok ajes itu ini baru terperasan yang senarai bloglist kak zu semua nya hilang ditelan bumi. korang jangan marajuk or marah tau.nanti pelan pelan kak zu masukkan balik senarai blog korang semua yer.jangan risau kak zu ingat lagi semua senarai bloglist tu semua.kalau ada yang tercicir sila ingatkan kak zu tau.

Hari ni mungkin tak sempat sebab nak layan laki,nak tebus balik dosa dosa ngan laki sebab meragui kasih sayang dia.memang abang megat ni jarang nak luahkan perasaan dia tapi kekurangan dia tu kak zu maafkan sebab duit bonus dua bulan dia bagi kat kak zu semua..miahahahaha (gelak syaiton )...

Oh ya! semalam jugak kami laki bini dah tunaikan janji yang dibuat setahun yang lalu,iaitu untuk menghadiahkan sebiji laptop murah kalau kakak cemerlang dalam PMR.dah dapat laptop seketul senyum sampai ke telinga lah kakak. lepas ni sila belajar dengan lebih tekun lagi untuk SPM pulak.


 warna merah ni pilihan kak zu sebab nanti kalau kakak dah balik hostel laptop ni ibu yang punya..hehehe .bolehlah ibu berblogging sampai muntah...

 takderlah mahal mana pun,ini jerlah yang mampu ibu dah ayah tunaikan.belajar pandai pandai yer nak,nanti dapat kerja bagus bolehlah bawak ibu ngan ayah makan angin ke korea.kakak kan dok kursus bahasa korea sekarang ni.kadang kadang sampai tak tido malam punya dok asyik mendalami bahasa korea tu...

11 comments:

  1. sedih sbb rumah baru ada masalah..terpaksa pindah rumah lama balik...huhu

    ReplyDelete
  2. la pindah balik? ...hahahha intan gelak juga tang duit bonus bagi semua kak..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi semua untuk urus sekolah anak anak..yg tinggal utk ibu habuk jer...

      Delete
  3. haha...ha'ah Kak..semalam nak komen tak boleh.. cuba juga dua tiga kali..hehe..
    ye lah Kak.. baik nya abg Megat.. semua bagi kt akak...hihi:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang semalam dah cantik.tapi xleh nak tinggal komen plk..terpaksa cari tapak rumah baru lgi...

      Delete
  4. salam kenal..


    berblog sampai muntah yee..hee

    ReplyDelete
  5. Wah blog Kak Zu pun dah berwajah baru..semalam try nak tukar background putih yang SEO friendly..tapi tak boleh accept lagi..coz dah tersuka color hitam sekarang...hmmm..mungkin tahun 2013 kot..nanti kalau kak zu dtg lawat my blog dah tukar agaknya kot!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm..nnti tahun baru blog pun berwajah baru yek..bagus2

      Delete
  6. wajah baru cantik..
    laptop merah tu pun cantik..kaler merah anggun..
    murah tak apa kak Zu yang penting berguna

    ReplyDelete
  7. wah cantiknye laptop die,,hehehe ni lah ganjaran dripada ibu bapa yg bahagia tak tkate dgn kejayaan anak kan kak zu =)

    ReplyDelete