kawan kawan Kak Zu

Thursday, October 11, 2012

Yang Ku Inginkan



Pagar bermotor

Pagar rumah kak zu dah cantik .wiring semua dah siap ada.tinggal nak taruk motor jer lagi.yang menjadi masalah sekarang ni bila hari hujan.selepas keluarkan kereta,park kat tepi kak zu kena lari lari dlam hujan utk tutup balik pagar tu.habis basah baju walaupun gunakan payung.kalau tak tutup balik risau takut motor dan basikal kena rembat.sekarang ni bukan boleh lepa skit semua nya hilang.

Lagi satu, kalau terpaksa ambik Abang Megat kat stesyen bas.kadang kadang dia sampai kul 1 pagi dan teksi elek.terpaksalah kak zu keluar pagi pagi buta jemput dia.terketar ketar buka tutup pagar waktu sunyi sepi tu.kalau ada remote kan senang.masuk kereta,lock semua pintu tekan remote utk buka kendian undur kereta, tekan remote tutup pastu berdesup laju....


Set bilik tido untuk Angah.
Almari baju untuk angah dah uzur bebenor.semua kunci dah tercabut.kak zu ikat ngan getah pinggang kain jer sekarang ni.bahagian bawah macam sarang tikus.banyak kertas kertas kerja sekolah dia dalam tu.Almari dia jenis lama.murah pulak tu.dah 15 tahun kami guna.sejak masuk rumah sewa selepas setahun berkahwin dahulu.

Katil dan tilam saiz queen.sekarang guna katil bujang.itupun arwah bapak kak zu punya.sebelum ni hanya letak tilam tanpa katil.masalah sekarang ni katil bujang macam tak sesuai dah dengan saiz badan angah yang besar tu.bila dia tido mesti tangan dia terjulur keluar dari katil.kesian angah.Kak zu berangan angan kalau lah boleh beli satu set bilik tido kaler putih utk bilik angah mesti dia suka bila balik cuti sekolah nnti.


Televisyen atau tv
 Rumah orang lain dah lama guna tv plasma atau lcd yang lekat kat dinding tu.Rumah kak zu masih lagi guna tv pesen lama yang besar gedabak .Memang teringin sesangat.Walau bagaimana pun tv yang sedia ada sekarang ni masih lagi elok.kaler pun masih cantik.boleh terus digunakan lagi.


Hanya tiga benda ni sajalah yang kak zu inginkan buat masa sekarang.Tapi rasa rasanya ini semua hanyalah keinginan bukan nya keperluan yang sangat mendesak.dalam keadaan Abang Megat mencari nafkah seorang ditambah dengan 4 orang anak yang sedang belajar jadi berbelanjaan kami agak ketat sedikit buat masa sekarang.Kak zu sebagai isteri yang tidak bekerja tidak akan sekali kali membebankan suami dengan meminta minta.

Kan best kalau duit boleh jatuh dari langit apabila kita berhajatkan sesuatu.Ataupun tumbuh didahan dahan pokok dan kita hanya perlu memetik sahaja.hehehe..InsyaAllah semua yang kak zu inginkan itu akan tercapai juga asalkan kami berjimat cermat dalam urusan perbelanjaan.Beli barang yang benar benar perlu sahaja.Tupperware pun kena stop dulu...huhuhu




*walaupun hidup serba sederhana tapi kak zu sangat bersyukur punya suami yang penyayang dan anak anak yang menjadi pengikat kasih sayang kami..




6 comments:

  1. amik selangkah demi selangkah utk dapatkan semua yg dihajati. sha doakan akan ada rezeki utk semua yg diinginkan nanti...

    ReplyDelete
  2. moga impian tercapai ye amin2

    ReplyDelete
  3. pada intan pagar bermotor tu adalah keperluan sebab bila tinggal dgn anak2 memang payah bila hari hujan nak kena turun buka pagar dan takut juga bila kita turun buka pagar tiba2 ada orang kat sebelah hulur pisau..nauzubillah..., lagi satu alarm ADT memang perlu sebab kat shah alam ni kes jenayahnya masyaallah terlampau banyak sampai naik takut. Ada alarm baru lena tidur kak...

    intan pun macam kak zu, selalunya akan listkan apa yang intan nak, cuma bila sama2 bekerja ni, bajet boleh kongsi bersama, ada masa kalau teringin beli aje dgn duit sendiri, haahhaha. tak pe kak zue, pelan2..intan dah duduk rumah sendiri 3 tahun, dalam bilik utama tak ada built in wodrobe lagi, sebab masih menabung nakkan yang cantik dan terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. intan...kak zu kena cari income sendiri jgk klu camni...ingat nak jual nasi lemak ler...hehe

      Delete