Salam edul adha semua kawan kawan yang kak zu kasihi dan hormati.
Baru berkesempatan nak update blog.hari rabu selepas update n3 mengenai tiramisu kak zu terus bertolak ke balik Pulau amik angah.sampai rumah pukul 5.13 ptg.terus amik anak anak kat KAFA.nnti bila senang baru kak zu balas komen komen kawan kawan tu yer.
Malam tu kak zu tidur awal penat sangat.kaki kak zu sakit sebab dok tekan minyak.jem dari keluar jambatan pulau pinang sampai ke tol juru.nasib ler tak lama.
Hari khamis tu asyik mengadap baju baju kotor yang angah balik dari hostel.Kak zu pun taktau kenapa baju kotor angah ni terlampau berbau hapak.soflan mmg tak jalan punya.kena guna downy baru ok.itu pun guna 1 penutup penuh baru ada bau wangi.hebat sungguh penangan bau badan si angah ni.
Petang pukul 5 dah bersiap siap balik kampung kak zu dekat Batu Kurau.
Cerita raya kak zu biasa biasa sahaja.Takder gambar sebab kak zu terlupa bawak balik kamera.Abang Megat (singkatan nya AM hik hik) beraya kat pelantar minyak tahun ni.Jadi semua urusan kak zu sorang yang buat tu yng asyik lupa itu ini sahaja.
Kak zu cuma...
- beli ayam 2 ekor.sekor utk rendang sekor lagi utk buat sup.cukuplah hanya kak zu anak beranak sahaja.Abang dan adik kak zu masing2 balik kampung mentua depa
-daging tak beli sebab target nanti ada daging korban orang akan huluq..hehehe
- tak buat ibadah korban tahun ni sebab dah korbankan perasaan relakan AM raya kat laut huhuhu (lain taun baru buat)
-buat kek gula hangus 2 biji. Sebiji setengah sedekah kat jiran jiran mak yang datang beraya.Kak zu sepanjang hari hidung kembang sebab jiran mak puji kek kak zu sedap hahahaha
-sup ayam kak zu juga licin sebelum petang sebab tak sangka ramai sedara mara /jiran mak yang datang
-petang baru AM telefon dari laut cina selatan itupun suara dia tenggelam timbul sebab telefon rosak
sekian sahaja cerita hari raya kak zu.
No comments:
Post a Comment