kawan kawan Kak Zu

Sunday, October 14, 2012

AYAM PANGGANG ROSEMARY



Hari sabtu pergi melawat angah kat Balik Pulau,Penang. kak zu bawak makanan sebab rasa malas nak bawak angah keluar outing.Jadi bila bawak makanan bolehlah makan bersama sama dia kat taman depan sekolah tu.Jadi nya setelah berfikir fikir kak zu rasa nak buat ayam panggang rosemary dan kek batik.

okey,kak zu rasa nak kongsi resepi ler.walaupun kak zu tahu semua kawan kawan kak zu ni dah terror buat segala bapak ayam panggang.Takperlah kan kita tengok ayam panggang rosemary cara kak zu pulak.Resepi kek batik lenkali lah kak zu tepek sini yer.



Ayam Panggang Rosemary

Bahan bahan nya

1ekor ayam ( kak zu potong 6 )
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu jintan manis
1 sudu lada hitam 
1 ketul kiub ayam knor
setengah ketul gula kabung
garam ikut suka
(gula tak guna sbb dah masuk gula kabung )


kisar semua bahan diatas dan tuang atas ayam.gaul sekata.kalau ada daun rosemary kering boleh gaul sekali.perap lah paling kurang 2 jam.kak zu perap semalaman.



Bolehlah dibakar selama30 minit ataupun sampai masak.taburkan daun rosemary segar.Masa bakar ni bau dia wangi satu rumah.tiba tiba rasa lapar.tapi sabar jer sebab dah janji nak makan dengan angah.



Dah pun masak.Sedap dimakan makan dengan sos black pepper.kalau nak makan dengan sos cili pun ok.ataupun makan gitu jer.kak zu hidangkan dengan nasi corrat.


Ha senang jer kan kalau bahan semua dah ada.Yang jadi susah bila semangat nak memasak dah berkobar kobar tup tup bahan masakan tak cukup.


Kawan kawan nak resepi sos black pepper tu dak.kalau nak kak zu sertakan sekali kat bawah ni.



Sos Black Pepper

2 sudu mentega
susu cair 1 tin
air ikut nak pekat atau cair (ejas sendiri)
1 sudu besar tepung gamdum utk memekatkan kuah
1 sudu kiub ayam
1 sudu lada hitam
kicap utk bagi gelap kuah

cairkan mentega atas api sederhana
masuk tepung kacau guna wisker
dah larut masukan susu cair
bila berbuih masukkan kiub ayam dan lada
ejas kepekatan dengan air
kacau sampai masak.


okey ker resepi kak zu bagi ni?Bolehlah kalau adik kakak nak cuba yer.

kak zu juga sempat hantar kat kakak sikit walaupun hari nak melawat kakak ialah hari ni(ahad).ibu mana tak sayang anak kan.


okey babai selamat mencuba yer.




4 comments:

  1. sedapnyer, tq share ye

    ReplyDelete
  2. sha pon suka daun rosemary kerana baunya. tp khasiatnya pon banyak juga. itu yg buat suka aje nak guna tu. murah pon dah murah sekarang.

    tp takleh letak banyak sebab sikit je dah berbau satu rumah:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sha..mmg dah murah dan senang dpt sekarang ni..kak zu beli kat tesco..

      Delete