Selalu nya kita dengar perkataan berdikari kan.Maksud nya berdiri atas kaki sendiri.semua perkara buat sendiri tanpa memerlukan bantuan org lain lah tu.
Ni kisah angah anak kak zu yang dok kat hostel MRSM nun.Kak Zu melawat dia sebulan sekali sahaja.Kadang kadang 2 kali sebulan.Penat doh nak drive pi sana selalu.Penat mental dan penat poket jugak hehehe
Jadinya untuk menyenangkan ibu dan anak,kak zu buat kad ATM untuk dia.Bila dia dah kehabisan duit kak zu pun bank in lah kat dia.Tapi dia tak pandai nak keluarkan duit sendiri.mungkin dia belum cuba lagi.Lagi pun kesian dia nak kena jalan kaki pergi bank.Jauh pulak tu.
Kebiasaan nya guru homeroom atau guru kelas yang tolong amik kan.Bukan angah seorang jer. Kebanyakan murid lain pun camtu jgk minta tolong guru homeroom.Kecuali budak budak yang dah besar mcm tingkatan 4 dan 5 mmg diorang keluar amik sendiri masa outing.Tapi Kak Zu tak galakkan angah outing sebab dia muda lagi.tunggu besar skit baru boleh.
Minggu lepas masa melawat dia bercerita,bila angah minta guru homeroom tu keluarkan duit,cikgu tu cakap
BERDIKANI
Yang si angah ni pun tercengang cenganglah dengar perkataan tersebut. berbisik bisiklah sesama mereka.Apa kebenda nya berdikani tuh.ohhh rupa rupanya.....
Berdiri atas kaki kerani.
Homeroom tu dah takmau tolong lagi ambik duit untuk murid murid.Dia serahkan tugas tu kat kerani sekolah.Iyelah kan cikgu sekarang ni banyak sangat bebenan kerjanya.Dah tak terlarat nak buat kerja lain. Jadi mulai sekarang semua urusan keluarkan duit semua nya kerani sekolah yang buat.kerja mak bapak masukkan /standby duit dan kerja anak anak mintak duit dan habiskan duit...wah wah wah....manyak siottt maaa
* Semalam kak zu masak asam rebus tempoyak ikan kembong.sedap nya lama tak makan. Suami kak zu tak suka masakan ni.iyelah dia kan kampung kat london.mana mau makan bendalah ni. Kak Zu pentingkan diri sendiri semalam tau. Makan dengan pelahap nya sambil hirup hirup kuah lagi..brupppp..brupppp...sedap nya...
mengancam tak masak tempoyak Kak Zu nih.
ikan asam tempoyak...sedapppnya teringat kat masakan mak di kg he he
ReplyDeletemasakan mak paling best kan..
Deletesedap sagt tu
ReplyDeletemmg sedap..(wah msuk lif tekan sendiri )hehe
Deletesamalah kita, suami kampung kat england, intan yang kampung kat shah alam ni sangat suka masakan ni kak... hahahha hubby? tak layan..hahahaha
ReplyDeleteintan..sekali sekali kena layan selera sendiri jgk..hehe
Delete