Suka sangat kak zu bila ada cuti panjang.kerana semua anak anak akan balik kerumah.Bila anak anak semua dah berkumpul mula lah ligat otak ibu ni memikir nak masak apa untuk bagi diaorang makan.Anak anak kak zu jenis suka berkumpul depan tivi.Meja makan pulak dekat dengan ruangan menonton jadi apa apa yang kak zu masak sekejap sahaja habis diaorang makan.Mata ralit tengok tivi mulut pulak dok mengunyah tak henti henti.Memang seronok lah bila kita masak dan anak anak suka makan..betul tak.
Ni salah satu yang kak zu buat untuk minum petang.
cucur jagung ikan bilis
jagung 2 tongkol hiris nipis nipis
tepung gandum 6 senduk
ikan bilis segengam (tumbuk separuh hancur)
cili merah sebiji potong nipis
cili padi 2 biji tumbuk
bawang besar sebiji potong dadu
air agak agak jer (jgn lembik sgt nnti susah nak goreng)
garam secukup rasa
campur semua bahan.gaul seia dan sekata sehati dan sejiwa yer kawan kawan.
panaskan minyak.bolehlah menggoreng hingga kekuningan.api jgn kuat nnti luar dah hangit tapi dalam belum masak.
jari jemari yang cantik tu adalah jari bapak budak ..tak sabaq langsung
Warh, sedapnyer. Boleh cuba lepas nie.
ReplyDeletep/s : Datang sini membalas kujungan dan follow akak balik. Salam perkenalan :)
terima kasih dik..
Deletemakan panas panas memang sedap ni..:)
ReplyDeletetak sempat sejuk dik...hehe
Deleteyg ni simple & sedap !
ReplyDeleteselalu nya yang simple tu yg sedap kan...
Deletesedap ni mkn sambil tgk tv. :-)
ReplyDeletememang pun...
DeleteSedapnya Zu.Dah lama tak buat cucur jagung ni.
ReplyDeletenorzie..buatlah sekali sekala..sedap...
DeleteTak pernah makan lagi cekodok jagung ni...tengok gambar macm best..surely cepat aje habis ni kan..
ReplyDeletetrylah buat sekali mesti berebut rebut anak anak makan
Delete