kawan kawan Kak Zu

Wednesday, May 29, 2013

ww

mati mati ingatkan roti kelapa rupanyer belacan..patutlah anak pakat menjerit bila suruh diorang makan...hehe..pergi melaka haruslah beli belacan udang...

Friday, May 24, 2013

Happy Birthday To Me


Alhamdulillah.Hari ni genap usia kak zu 40 tahun.Syukur kepada Sang Pencipta kerana masih lagi meminjamkan detik waktu untuk kak zu terus bernafas dibumi Allah ini.kak zu kena sentiasa beringat bahawa bertambah usia , bermakna semakin pendek masa yang Allah pinjamkan kepada kak zu dan semakin dekat dengan detik perjanjian untuk menemui Tuannya..

Harapan kak zu dihari ulang tahun kelahiran ni semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk kak zu terus berkhidmat sebagai hambaNya...

Hadiah dari yang tersayang ???? takpayahlah...apa yang ada hari ini semuanya dianggap sebagai hadiah.layanannya yang baik selama hampir 17 tahun berkahwin ni merupakan hadiah yang tiada nilainya....

Dan takdir Allah juga hari lahir kak zu tahun ni jatuh pada hari Jumaat yang mulia.Hari ini juga kak zu sekeluarga akan ke A Famosa Resort Melaka kerana ada Family Day Petronas...kiranya macam hadiah percutian sempena ulangtahun kelahiran kak zu jugalah yer..

satu lagi!mesin basuh yang dah berjasa selama hampir 16 tahun dengan keluarga kak zu mogok takmau buat kerja dah.Ianya dah rosak dihari ulang tahun kelahiran kak zu juga..dahlah semalam anak anak yang dok hostel pakat bawak balik baju kotor sorang dua bag...huhuhu

Thursday, May 23, 2013

Tuhan tolong jagakan ...



Assalamualaikum kawan kawan kak zu semua...kesibukan melanda sejak akhir akhir ni..terkadang siang hari tak sempat langsung nak mengadap laptop.malam baru ada masa tu pun waktu dah nak tarik selimut.apa yang disibukkan????..entah..kak zu sendiri pun tak tahu .bila bangun pagi buat itu buat ini..pergi sana pergi sini sedar sedar yang nak malam...

Ni pun curi curi update blog sebelum pergi Balik Pulau menjemput anak teruna kesayangan kak zu di MRSM..insyaAllah dalam kereta nnti bolehlah ambil kesempatan singgah blog kawan kawan semua...

buat teman teman yang kak zu sayangi terimalah lagu yg paling kak zu suka sekarang ni.semoga Allah selalu menjaga kawan kawan kak zu semua...


terima kasih pada okje dan lisa yang bertanya kemana kak zu menghilang...


Friday, May 17, 2013



Thursday, May 16, 2013

blog sunyi sepi...

Assalamualikum....

Seminggu lebih blog kak zu ni sunyi sepi kan..bukan kemana mana pun cuma WIFI kat rumah kak zu ni buat hal.ini semua gara gara jari yang tak bermata ni tersilap tekan button kat belakang modem tuh.Blog kengkwan semua pun tak "terterjah"..miss u all like crazy horse...huhu

Bila dah seminggu tak menaip mulalah roh nak bercerita pun kurang jugak.tak tahu nak bercerita apa pun...oh ya sempena hari guru hari ni ,kak zu ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua warga pendidik dimana saja kalian berada..jasa kalian amat amat kak zu hargai.

Tahun ni anak anak kak zu bagi hadiah coklat kat cikgu diorang.Tahun lepas bagi pen merah sebab cikgu kan banyak guna pen merah untuk memanda buku anak murid.Dua tiga hari sebelum sambutan hari guru anak anak kak zu dah bagitau yang cikgu diorang nak hadiah yang berfaedah dan boleh digunakan dalam kelas seperti pen dan marker pen.khabarnya memang banyaklah cikgu dapat benda benda tersebut tahun ni.

Berbalik cerita coklat yang anak anak kak zu berikan pada cikgu diorang tu.kak zu ingatkan anak anak kak zu ni nak bagi hadiah tu awal awal pagi tadi,rupanya kena tunggu waktu acara kemuncak baru boleh bagi.acara kemuncak tuh pulak waktu lepas rehat.sekarang ni kan musim panas,nmpak gayanya coklat memasing dah lembik baru sampai ke tangan cikgu..hai nasiblah....

okeylah....tetiba idea tenggelam pulak..sampai sini saja...ni WIFI dah okey lajulah BW lepas nih...tunggu ya..

*cerita akhir mengenai Ho Chi Minh City akan menyusul nnti ya...

Wednesday, May 8, 2013

bilik Angah dah cantik

Alhamdulilah..baru baru ni rezki Abang Megat agak murah jugak.Berkat bekerja keras bersungguh sungguh.Jadi dapatlah kak zu memenuhi hajat dihati nak beli perabut baru untuk bilik Angah.Kak zu pernah ceritakan keinginan kak zu tu di SINI

Sekarang barulah cantik sikit bilik anak teruna kak zu tu.dia dah pun rasmi tidor atas katil baru tu masa balik bercuti baru baru ni..

set bilik tidor warna putih..

katil ni bersaiz 3 1/2 kaki.besar sedikit dari katil single tetapi kecik sedikit dari saiz queen.saja beli saiz ni supaya ada banyak ruang kosong untuk solat lebih selesa.

almari sliding 2 pintu.cukuplah ,baju seluar dia bukan banyak sangat pun.tv kecik tu utk dia main PS2.kotak hijau tu bekas serbaguna isi baju baju lama yang dah tak muat.belakang almari tu ada besi menyidai tuala.abang megat tak nak bukak jadi biarkan saja kat belakang almari tu..bye bye besi ,dok belakang tu dendiam tau..


pandangan dri luar bilik.langsir dan cadar pakai yang lama jer.disebabkan katil ni special saiz jadi mmg susah nak cari cadar baru.kena beli kain dan jahit sendiri.kak zu bercadang nak beli kain warna biru untuk langsir dan cadar tu..biru muda ,bukan biru BN tu tau ,nanti lagi gelap bilik ni lagi sedap angah tido sampai habis subuh...hehe

bilik angah ni berkongsi bilik air dengan bilik kak zu.kotak biru tu berisi barang pertukangan Abang Megat.tak tau nak letak kat mana ,tumpang bilik angah sekejap.camnilah rumah teres.ruang tak banyak...

walaupun bukan perabut mewah harga ribu riban tetapi kak zu bangga jgk dapat sediakan untuk keselesaan anak.yang nak kena tambah dalam bilik ni hanyalah rak penyidai tuala dan sejadah.meja study dan juga frame gambar...yang itu nanti nantilah....

*suatu ketika dahulu semasa anak anak masih kecil kak zu jahit set cadar,selimut dan isi kekabu buat bantal sendiri .tak terfikir pun nak beli yang dah  siap .pernah sekali ada orang tempah lagi...kenapa sekarang kak zu begitu malas nak buat semua itu..

Tuesday, May 7, 2013

ikan siakap masak ala ala stim

Nama resepi kak zu ni ialah Ikan siakap ala ala stim.kenapa mesti ada ala ala stim? Sebab kak zu tak stim pun hehe..korang pening ekkk..sebenarnya kak zu hanya rebus dalam kuali saja..malas nak keluarkan periuk pengukus...wlupun rebus ,tapi rasanya sama macam stim jugak..cara ni kak zu belajar dari blog cahaya cintaku.

Meh ler kak zu ajarkan caranya manalah tau kot kot kawan kawan semua nak try buat..bak kata anis 'senang kacang jer"

bahan nak masak 

ikan siakap 

2 cawan air

ketuk serai sebatang 


bawang besar sebiji dimayang

bawang putih seulas 

kiub ayam seketul ( kak zu guna serbuk hilal 2 sudu)

garam ikut masin

cili padi ikut suka pedas (kak zu guna 4 biji)tumbuk kasi pecah

tomato

limau nipis sebiji

minyak masak 1 sudu besar

caranya

rebus air dalam kuali.

bila mendidih masukan semua bahan diatas termasuk arwah ikan siakap tu jgk.

masaklah lebih kurang 10 minit.atau sampai ikan tu betul betul masak.kena balik balik kan ikan tu biar sama masaknya.

perasakan.kalau kurang garam tambah,kalau kurang masam perah limau lagi.ada jugak yang suka taruk asam masin atau asam boi tapi kak zu tak letak pun,bukan sebab tak suka tapi sebab tak ada..hehe

okeylah dah boleh hidang.taruk ler hiasan daun sup ker.carot yang di parut ker..semua boleh, kita yang buat dia kan....