kawan kawan Kak Zu

Tuesday, March 5, 2013

Tetamu Yang Datang Membawa Rahmat...



Hari Ahad yang lepas kak zu dan Abang Megat menerima tetamu.Mereka ialah kawan kawan sekolah Abang Megat semasa bersekolah menengah di Cheras KL dahulu.Kawan kawan suami bermakna kawan kawan isteri jgklah kan...


Disebabkan mereka yang datang ni kesemuanya perempuan maka kak zu jerlah yang lebih lebih melayan mereka.Selepas memberi kata kata aluan (eceh) pada kawan kawan ni laki kak zu tu pun terus menyorok dalam bilik.Tambahan pula salah seorang kawan tu mengenakankan niqab.Semasa nak makan dia seolah olah serba salah nak singkap niqabnya.Jadi lebih eloklah Abang Megat menyorok kat dalam bilik sahaja.Sewaktu kawan kawan ni nak balik baru abang megat keluar dari tempat persembunyian nya tu..hehe


Tetamu ni semuanya datang dari KL.Diorang datang berjalan jalan keTaiping.Diorang duduk dekat Sentosa Villa dikaki bukit larut.Diorang siap naik Bukit Larut dan pergi makan mee udang kat kuala sepetang yang femes giler tu.Kak zu yang dekat ni pun tak der rezki lagi nak sampai kat tempat mee udang tu.harap harap lepas ni Abang Megat terbukak hati ler nak bawak kak zu pergi sana.

gambar puncak Bukit Larut.google jer

Sentosa Villa Taiping.Tidur ditemani deruan air sungai.google jgk..

Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang.Gambar kak zu cilok dari FB depa.jgn marah na...


Kat bawah ni gambar Taman Tasik Taiping yang cantik dan tenang





Kak zu suka tetamu yang datang balik dengan perut yang kenyang. Sebab tu penting bagitau dulu sebelum datang.kalau main terjah dapat makan goreng pisang dengan kopi jerlah jawabnya.

Mula mulanya ingatkan diorang nak datang petang , rupanya tengahari.sebab derang check out villa pukul 1 tghari. Kak zu jamu diorang makan nasi lauk pauk kampung.kalau datang petang kak zu ingat nak masak laksa sebab geram tengok pokok kesum kak zu yang merimbun tu.

Ini gambar lauk pauk yang kak zu masak untuk tetamu jauh tu..

kari ikan tongkol.kalau tak tempat kak zu panggil ikan kayu.

sambal ikan keli cili padi.pedas menyengat.ikan keli ni masa goreng melekat kat kuali dan hancur masa nak kalih kalih tu.lagi pun dia kan meletup bagai masa menggoreng tu yang jadi lagu ni.tapi percayalah rasanya sangat marveles..hehe

ayam goreng kunyit.

sayur campur

ulam ulaman

dua jenis sambal.tempoyak dan sambal belacan.resdung tanggung sendiri...

kebetulan ada jiran bagi sambal jawa.pun kak zu hidangkan sekali ..sedap weh sambal jawa ni.


kak zu dan girlfrens abang megat...betul lah tu kawan pompuan...

Akhir kata "tetamu yang datang membawa rahmat ke dalam rumah kita dan membawa dosa dosa kecil kita semasa mereka melangkah keluar".Islam amat menggalakkan kita meraikan tetamu...



Monday, March 4, 2013

selamat berhari Isnin..



Assalamulaikum semua.Selamat berhari Isnin.Ada yang blues ker hari ni.kak zu tak pun...hehe

Cuaca yang sangat baik kat kamunting sekarang ni.Sangat sesuai untuk menjemur pakaian.Petang nnti tak tahulah bagaimana keadaannya.Bandar Taiping yang sangat terkenal sebagai kawasan yang paling lembab di Malaysia.kadang kadang elok elok panas tiba tiba hujan turun.Kami penduduk Taiping/kamunting sudah lali dengan keadaan begini.Kawan kawan semua jemputlah datang jalan jalan ke Taiping.Boleh jumpa kak zu..hehe


Friday, March 1, 2013

pokok pokok ku


Haha..tajuk macamlah kak zu ni ada kebun berekar ekar.Padahal tanam dalam pasu dan diluar pagar rumah jer pun.Tak kisahlah kan janji update blog...

Idea dah kering ni .Jadi bila dok termenung kat luar tu terpandanglah pokok pokok kat halaman yang kekurangan kasih sayang sebab tuan dia sebok berblog..hehe


tuan blog ni gedik tau.masa takder daun kesum gatai sangat nak masak asam pedas.siap pergi beli ataupun ambik rumah kawan lagi.bila emak kak zu datang dari kampung  dia bawak benih pokok kesum ni dan tanam dalam pasu tu.sekarang bila dah kaya raya dengan daun kesum haram sekali pun tak buat asam pedas.balik balik sup ayam jer.


pokok limau purut ni baru tanam awal tahun baru ni.pokok sebesar ni pun dah jadi mangsa tuan blog yang teringin nak masak tomyam.bru baru ni kak zu tengok dah ada peminat kat pokok ni.nampak tak yang putih putih bawah batang tu.apa benda kak zu tak tahu mungkin sarang semut sebab ada banyak semut kat pokok nih..

pokok kari kesayangan kak zu.dah lama pokok ni ,dari rumah lama bawak kerumah baru ni.tk tinggi tinggi.ketot jer.tuan dia yang makin meninggi.mungkin sebab tanam dalam pasu kot.terbantut agaknya.ataupun kekurangan baja..tuan pemalas nak membaja..

pokok serai ni kat luar pagar.ada tiga rumpun semuanya.tapi hanya serumpun ni yang kak zu selalu ambik.

dua rumpun laki bini ni tak der sapa pun nak ambik.kak zu offer gak kat jiran jiran tapi depa semua takndak.depa lebih rela beli dari terkena miang daun serai tu..takperlah depa semua orang orang kaya ..huk huk...

pokok mempelam ni dah masuk tahun ketiga emak kak zu tanam.iyer ulang sekali lagi emak kak zu yg tanam walaupun anak pokok ni kak zu yang beli.dah tiga tahun dok tinggi tu jgak.kalau pokok lain tiga tahun tanam dah boleh makan buah.tapi pokok ni nan ado.yng kak zu perasan tanah ni dalam dia tersangatlah banyaknya batu.asal cangkul jer kena batu ,asal korek lubang jer jumpa batu.tu sebabnya  akar pokok ni takleh nak membesar.esok pagi kak zu nak bisik bisik ngan pokok ni kalau dia takmau membesar kak zu nak tebang dia.nak tengok dia gabra tak...hehe

okeylah sekian sahaja lintas lansung dari ladang cik leha.oiiittt jangan gelak.nama glamer kak zu kat kampung leha tau...

Thursday, February 28, 2013

penat sangat kot



Sekolah Kebangsaan balik pukul 1 tghri...lepas makan rehat sekejap dah bersiap siap ke sekolah agama pulak.Balik dari sekolah agama dah pukul 6.15 ptg.lepak lepak depan tivi  tengok sinetron cucu menantu sambil makan roti bakar..selepas solat magrib tadi elok bagi salam jer terus tak sedarkan diri atas sejadah tu jgk...

Selalunya malam jumaat macam ni dia akan baca yasin. malam lain lepas solat baca Quran 2 page..tapi malam ni satu apa pun tak baca.penat melampau sangat kot.

Satu masalah ni sebab homework dia tak siap lagi.ibu dah kejut tiga empat kali ...tak jalan...besok pagi boleh dengarlah dia melalak sambil pegang buku..alahai anis oiiii...

Makcik Merah tu feeling perihatin la konon nyer .karang bila ibu angkat anis naik atas katil dia pun lompat naik sekali....

Tuesday, February 26, 2013

kenangan mengusik jiwa 18

Hujan dan kenangan...

Taiping sekarang dilanda hujan yang turun tanpa henti.jadi kak zu akan buat coretan mengenai hujan...

Kakzu tak benci hujan malahan amat bersyukur apabila hujan turun.Karana kak zu tak perlu bersusah payah nak siram pokok-pokok di halaman rumah .Tetapi... jikalau hari hari hujan turun kak zu akan berasa sedih.Hujan banyak mengingatkan kak zu pada kenangan lalu.kenangan yang sedih .Bila hari hujan kak zu akan terkenangkan emak yang keseorangan di kampung.Apa yang emak sedang lakukan,apa yang emak makan,siapa teman berbual di kala kesoarangan.Bermacam macam pertanyaan yg bermain di fikiran kak zu.Bila kak zu  ajak emak datang kerumah ,macm macam emak beralasan.Paling kerap alasan sayang nak tinggalkan kelas fardu ain.

Berpuluh tahun dahulu ,kak zu selalu terdengar keluhan yang keluar dari mulut emak dan arwah bapak bila tiba musim hujan.Bapak akan termenung panjang sambil merenung titik titik air hujan yang jatuh ke bumi.Mungkin memikirkan yg bekas beras semakin ringan.Walau pun keluarga kami mengusahakan sawah sendiri tetapi bila tiba di akhir akhir musim bekalan beras terpaksa dicatu juga.Dahulu sawah padi hanya dikerjakan setahun sekali.tidak seperti sekarang dua kali setahun.

Emak kak zu kerja nya menoreh getah,sementara bapak  pula bertukang rumah.tukang rumah kerja nyer tidak menentu.kadang kadang sahaja  ada orng kampung yang minta tolong perbaiki rumah.Itu pun bayaran nyer tak seberapa.Bila tak ada kerja menukang bapak  akan menolang emak menoreh.Duit menoreh juga tak seberapa kerana harus di bahagi dua dengan tuan kebun.Jikalau hari hujan sudah tentu emak tak dapat menoreh sbb pokok getah akan basah.jadi duit simpanan juga akan makin berkurangan ataupun tak ada langsung...

Masa tu keperluan kami bukan berupa pakaian baru.Bukan juga alatan sekolah yg terkini .Kami hanya perlukan duit utk membeli beras, ikan,gula,kopi/teh dan juga minyak tanah utk menyalakan pelita.Kami tak perlu membayar bil elektrik ataupun bil air,kerana kedua dua keperluan asas tu belum sampai ke kampung kak zu lagi..

Kalau dah berhari hari tak dapat menoreh,bapak kak zu dan beberapa kawan  sekampung akan berpakat beramai ramai ke bukit utk mencari rotan.Masa tu bukit bukan hak milik sesiapa pun,juga belum diterokai kerana kedudukan nyer yang tinggi.Selalu nyer org kampung akan pergi beramai ramai kerana kuatir akan terserempak dgn pak belang.Pagi pagi emak akan sediakan bekalan  untuk bapak.bukan masakan istimewa pun cuma nasi berlauk kan sambal ikan tamban dan ikan kering goreng.Nasi tu emak bungkus elok elok menggunakan upih yg telah dikeringkan... 

Setelah berpuluh tahun berlalu dan kini kak zu punya kehidupan sendiri bersama suami dan anak anak,kak zu masih lagi terbayangkan kehidupan yang lalu. Kenangan yang dulu dianggap sebagai "saat kehidupan yang sukar" kini kak zu rasakan amat manis sekali.terasa rindu untuk berada di sisi bapak dan emak...

Hidup bersama mereka adalah saat yg paling manis sekali..

Al Fatihah utk bapak...

Monday, February 25, 2013

rupa ikan dori



Masa kak zu buat entry psal ikan dori sweet sour dulu SINI ramai yang tertanya tanya ruper ikan dori tu macam mana.Sekarang kak zu nak tunjukkan gambr ikan dori tu.ikan dori yang ini kak zu beli di Giant.yang dulu tu beli kat Tesco.Yng beli kat Giant ni nampak fresh skit berbanding beli kat Tesco.Harga pun lebih mahal yang beli di Giant,mungkin sebab stock baru kot...



macam ni ruper bentuk kalau dlam plastik pembungkusnya...

tamak..beli sampai 2..harga satu dlam 7 ringgit lebih ajer...


kena rendam lama sebelum nak masak utk hilangkan ais ...

kak zu masak lemon.pnggang dulu dalam kuali pastu baru curah sos kat arwah ikan dori ni..secara jujurnya masak sweet sour lagi sedap..kena ngan tekak melayu kak zu nih..sory gambar blur sebab guna camera hpone jer..

Saturday, February 23, 2013

bila mulut rasa tak best

Mari kak zu tunjuk gambar makanan yang kak zu masak dua tiga hari lepas.Sebenarnya selepas baik dari demam dulu mulut kak zu terasa sangat tak best.Makan semua terasa seperti ada yang kurang nya.Kadang kadang terasa sepert kurang masin dan kurang masam,tapi bila cerita kat mak dia kata semuanya ok jer dengan semua makanan tu.dari situ barulah kak zu tahu yang deria rasa kak zu dah lintang pukang kerana demam ituhari....


sup ayam.biasanya kak zu kalau masak sup ayam suka taruk serbuk sup.kuah dia akan warna cam keruh sikit.tetapi sekali ni kak zu cuma letak kiub ayam jer seketul.kayu kayan yang lain cam biasa lah letak jugk...

ikan duri masin goreng ngan bawang.penyelamat kepada selera yang lintang pukang sebenarnya benda ni..

isi sup ayam tadi kak zu cicah dengan budu ni.pastu letak sekali cili potong tu dalam nasi...perghhhh..

singgang ikan bawal emas.buat masam masam sikit.kuah dia sedap kalau hirup panas panas.pertama kali beli ikan bawal emas ni. rupernya sedap sangat isi dia.mahal jugak harga ikan ni.sekor RM 14.baru2 ni jer ada orang jual kat pasar.sebelum ni tak pernah berjumpa pun.spises bawal baru kot.

tiga potong bawal emas tu kak zu buat goreng.petai tu tersesat sekeping kat dapur kak zu.ada mak saudara datang.dia beli 3 keping ,sekeping dia bagi kat emak kak zu.

Kadang kadang jer kak zu masak.kekadang tu beli lauk siap masak jer.Tapi bila abang megat ada kat rumah memang kena masak ler.sebab dia kuat makan ..hehehe..