kawan kawan Kak Zu

Sunday, December 30, 2012

SEGMEN : BLOGLIST MAMA KAYBEE 2013


Kak Zu pun takmau melepaskan peluang jugak.

Nak tahu lebih lanjut clik sini.kena cepat cepat tau sebab tarikh akhir ialah sebelum 31/12/12
Meh kita ramai ramai meriah segmen bloglist kawan kita nih

sosej bunga



Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua..

Walaupun dah pukul 12 tghari kak zu nak jugak tanya 'sarapan apa pagi tadi'.kak zu sekeluarga sarapan nasi lemak,kuih muih,laksam dan juga mihun goreng.banyak kan....buat bikin sendiri tapi tunjuk tunjuk kat gerai tepi jalan jer.Sebenarnya ada tetamu datang bermalam kat rumah tu yang beli macam macam makanan.beli banyak banyak jenis kendian pilih jer nak makan apa...


bagi yang buntu nak sediakan sarapan apa untuk anak anak kak zu ada idea nak bagi anak anak tak sabar sabar untuk bersarapan.yer..kadang kadang kita sebagai ibu buntu jugak nak sediakan makanan untuk anak anak kan.kadang kadang penat sediakan sarapan alih alih depa takmau makan..tentu hangin satu badan.


Apa kata ibu ibu semua buat sosej bunga.jangan lah cakap 'hek eleh..goreng sosej pun nak ajar'.tengok dulu sosej yang kat zu goreng tu bentuk dia camana okey..

inilah dia sosej bunga yang kak zu goreng tu .senang jer cara nak buat dia. sebatang sosej tu potong 3 atau 4.kemudian belah 4 hujung sosej tu.jangan belah sampai habis sekerat jer.pastu goreng.masa menggoreng tu dia akan kenbang dan bentuk macam bunga.


nampak ..tak sabar sabar anis bawak lari pinggan sosej ni .sekejap jer  licin pinggan tu.selamat mencuba yer ibuk ibuk yang anggun sekelian...




Friday, December 28, 2012

SALAM JUMAAT





Assalamualaikum dan salam Jumaat penghulu segala hari.Semoga kita semua mendapat rahmat dan kasih sayang dari Allah SWT.




Thursday, December 27, 2012

RUMAH BARU KAK ZU




Assalamualaikum...

Korang jangan terkejut yer.betul..ini belog kak zu..sempena nak sambut tahun baru 2013 yang tak berapa hari jer lagi ni kak zu pindah masuk rumah baru.kasi kelainan skit .

Pagi tadi waktu bermanja manja ngan abang megat (dia balik selasa hari tu) kak zu pun bisik bisik kat telinga dia " bang..nak masuk taun baru ni ..tolong ejas blog skit..nak ubah background lain pulak..bolehhhh" sambil angguk angguk dia sambung zzzzzzz sebab malam tadi dia bermalam kat hospital jaga abah mentua..bangun kul 11 pg tadi dia pun mulakan misi menukar cat baru utk blog kak zu.sayang laki kak zu..huk huk huk

Haaaaa korang....terima kasih ler yang menenangkan hati kak zu pada entry yang lepas tu. kak zu baca komen komen semua tu dengan mata berkaca kaca.dan sehari selepas tu kak zu datang bulan hahahaha..patutlah meroyan fikir yang bukan bukan...suami mana yang tak sayangkan isteri yer dak..ndak pulak suami yang selalu dilautan dan dalam setahun 6 bulan sahaja dapat jumpa bini...

Okey berbalik pada belog kak zu yang berwajah baru ni terima kasih en laki sebab tolong tukarkan,bini mu ini buta IT. kak zu nak bagitau ,dalam dok ajes itu ini baru terperasan yang senarai bloglist kak zu semua nya hilang ditelan bumi. korang jangan marajuk or marah tau.nanti pelan pelan kak zu masukkan balik senarai blog korang semua yer.jangan risau kak zu ingat lagi semua senarai bloglist tu semua.kalau ada yang tercicir sila ingatkan kak zu tau.

Hari ni mungkin tak sempat sebab nak layan laki,nak tebus balik dosa dosa ngan laki sebab meragui kasih sayang dia.memang abang megat ni jarang nak luahkan perasaan dia tapi kekurangan dia tu kak zu maafkan sebab duit bonus dua bulan dia bagi kat kak zu semua..miahahahaha (gelak syaiton )...

Oh ya! semalam jugak kami laki bini dah tunaikan janji yang dibuat setahun yang lalu,iaitu untuk menghadiahkan sebiji laptop murah kalau kakak cemerlang dalam PMR.dah dapat laptop seketul senyum sampai ke telinga lah kakak. lepas ni sila belajar dengan lebih tekun lagi untuk SPM pulak.


 warna merah ni pilihan kak zu sebab nanti kalau kakak dah balik hostel laptop ni ibu yang punya..hehehe .bolehlah ibu berblogging sampai muntah...

 takderlah mahal mana pun,ini jerlah yang mampu ibu dah ayah tunaikan.belajar pandai pandai yer nak,nanti dapat kerja bagus bolehlah bawak ibu ngan ayah makan angin ke korea.kakak kan dok kursus bahasa korea sekarang ni.kadang kadang sampai tak tido malam punya dok asyik mendalami bahasa korea tu...

Monday, December 24, 2012

sibuk kalah menteri...

Assalamualaikum.

Dah berapa hari kak zu tak update blog kan.kak zu sangat sibuk kebelakangan ini.tmbahan pulu abang megat masih lagi kat laut ,jadi tugas melawat bapa mentua terletak sepenuh nya keatas bahu kak zu.

kadang kadang kak zu pergi selang sehari.kadang tu kena pergi hari hari sbb hntar kan makanan untuk mak mentua yang menunggu di hospital.

kak zu dah gunting dua pasang baju sekolah untuk anis dan dekna.cukuplah sorang sepasang seragam baru sebab baju yang lama masih elok lagi.Masa otw ke hospital kak zu hntar jahit tepi.janji ngan cina kedai tu 
sebelum malam datang ambik.sekali nya tak sempat jadi bermalamlah kain kain tu kat kedai jait tepi.hari ni ahad jadi esok (isnin) baru ambik.huhuhu

hari jumaat lepas kak zu kena pergi ke Hospital Pulau Pinang untuk iring abah mentua kak zu kesana.mula mula adik ipar kak zu yang akan ikut dengan ambulan hospital tapi ntah last minit nurse bagitau ambulan tu dah penuh jadi kena guna kenderaan sendiri.

adik ipar kak zu takder kereta.dia nak ikut dengan motor.kak zu tak sampai hati pulak nak biarkan dia naik motor dari taiping sampai ke penang.ndak tak ndak terpaksalah kak zu bersetuju pergi ke sana.kak zu heret mak mentua ikut sekali walaupun dia pakai baju yang dua hari lepas dan tak sempat mandi!.

Bila sampai ke hospital pulau pinang boleh pulak diorang kata alat untuk scan prostat tu rosak dan kena datang bulan depan.punyaaaaaaaa ler hangat hati..buang masa buang duit jer.

kak zu baru berkesempatan bawak anak anak beli barang kelengkapan sekolah semalam.4 bag dan 3 pasang kasut dekat RM300.fuhhh..itu pun cari yang murah. kain untuk baju dan tudung sekolah kakak pun baru beli semlam jgk.sempat ker nak jahit sebelum sekolah bukak ni...????

korang dah ready ker semua kelengkapan anak anak nak melangkah ke alam persekolahan yang tak berapa hari dah ni...kak zu belum habis membeli lagi pun...seperti tahun tahun lepas kak zu memang suka buat kerja last minit.tabiat dah..


kak zu rindu sangat kat orang sebelah yang sedang drive tu,walaupun dia tak rindukan kak zu.tiap kali dia telefon dia asyik tanya pasal abah dia jer.dia dah jarang cakap tentang rindu dan cinta.agak agak kak zu masih ada dalam hati dia lagi tak?????

Thursday, December 20, 2012

tahniah kakak

Keputusan PMR 2012 telah pun diketahui semalam.Anak sulung kak zu Puteri Yasmin telah mendapat keputusan yang cemerlang 8A bagi semua matapelajaran. Setelah sepuluh bulan bertungkus lumus mengadap buku buku rujukan dan latihan akhirnya kejayaan berpihak kepada kakak.segala keluh kesah kakak utk menghadapi peperiksaan ini ibu dengar dengan perasaan bercampur baur.Ibu juga rasa berbaloi baloi hilang malu semua meleleh air mata depan cikgu apabila kakak telah mencapai kejayaan yang dianggap begitu manis sekali.

Buat kakak,ibu dan ayah sentiasa berdoa semoga kejayaan mu didunia seiring juga dengan kejayaan diakhirat.seimbangkanlah kedua duanya agar hidupmu sentiasa diberkati.Hiasilah dirimu dengan sifat taqwa kepada Allah SWT.




kakak (paling tengah)  bersama kawan kawan yang kesemuanya memperolehi 8A.

Monday, December 17, 2012

BUKIT GAMBANG RESORT CITY



Baru dapat nak buat entry pasal family day kat Bukit Gambang Resort City hari tu.Check in 6/12/2012 dan check out 8/12/2012.

Entry ni banyak gambar jadi bertabahlah tengok gambar yer .Jangan sampai muntah udah ler.


mula mula masuk kita akan nampak ini dulu.unta fadang fasirun

hotel penginapan.apartment pun ado.pilih jer

gambar bilik lupa nak tangkap.bila dah teringat keadaan bilik pulak mcm dilanggar garuda dikerjakan oleh anak anak kak zu,jadi tengok gambar kak zu dan anak anak dlam bilik dah ler..

gambar makan makan mesti ada..ni waktu breakfes.opppsss nmpak alunan ombak disitu hehe

ni makanan yang kak zu ambik..anak anak punya makanan tak sempat nak tangkap depa dah ngap dulu

sudah makan tangkap gambar lagi.kak zu sefamily...

ni kat padang untuk acara 'main main' ..gambar anis dan dekna

acara untuk bapak bapak dulu.tekun mendengar penerangan.

besarnya labu lakiku...hehe

urut urutin dan picit picitin dulu..

bersediaaaa...

"satu..dua...woi..woi..group sana bila nak bersedia ni"
 
 permainan untuk ibuk ibuk pulak..

main pas pas belon berisi air jer pun..eleh kacang..kumpulan kak zu menang tau..

permainan kedua..sambut belon berisi air jgk.kalau belon tu jatuh dan pecah kira kalah.kumpulan kak zu menang lagi..miahahahaha..walaupun nmpak cam preknen 5 bulan sbb baju ni berkedut kat dada,kak zu tetap suka pakai jgk.gambar tangkap duit tu pun pakai baju ni jgk..nilah baju terbaru yang kak zu ada..sob sob sob..sedihnya jadi surirumah ni, nak beli baju pun takder duit...

jangan pandang belakang 3..

tadi laki labu besar sekarang bini lengan besar..huk huk huk

sementara mak pak bergumbira anak anak pulak sibuk main playdoh..barulah takder yang merengek rengek peluk kaki mak kat tengah padang nun..


bapak bapak utk acara yang kedua "kasut gergasi"

 ada jgak kena isi borang kaji selidik persamaan suami isteri.dengar cerita ada yang sms pasangan utk dapatkan jawapan yang sama..ala ni utk suka suka jer..takyah lah serius sgt nak menang hadiah..

"errrr..barapa saiz kasut abang megat ha..saiz 9 ker 10..."

acara untuk dekna,tiub belon sampai pecah..dekna tak menang pun..

muzik chair..awal awal dah terkeluar..

anis dalam acara bawa bola dalam sudu..juara beb!

tunggu ketapi untuk ke waterpark..terserlah kegedikan kak zu disitu..anak anak semua muka bengkek ngan ibu.."biaq p la kat ibu"..

keretapi dari hotel ke taman tema..

tara...dah sampai

sekeping jer gambar kat dalam tu.malas nak usung kamera sana sini.mana mana taman tema pun sama saja.ada kolam ombak buatan ,slide,sungai dll cuma saiz saja yang membezakan .macam kat bukit merah saiz kolam ombak buatan nya kecik sikit ,itu jer pun..


kat bawah ni gambar gambar dinner malam tu kat tepi pool.gambar gambar makanan dan juga majlis penyampaian hadiah utk acara masa siang tu.layannnn..kak zu dah penat menaip...


amacam korang..muntah tak tgk gambar banyak banyak nih...