kawan kawan Kak Zu

Tuesday, September 11, 2012

AYAM PANGGANG SUKA HATI

Semalam masak ayam panggang ni utk pak megat dan anak anak.korang nak resepi dia tak..kalau nak cer tgk kat bawah..



BAHAN BAHAN


1ekor ayam potong ikut suka hati


bahan bahan kisar


1 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

1 sudu jintan manis

1 sudu lada hitam

halia sebesar ibu jari kaki

2 sudu gula kabung yang dihancurkan

suku cawan air



CARA MENYEDIAKANNYA


Tuangkan bahan  kisar tadi  keatas ayam

tambahkan

1 sudu kecil serbuk kunyit

2 sudu sos lada hitam

1 sudu sos tiram

1 susu kecil garam

1 sudu besar gula

gaul rata dan perap selama 2 jam

bakar selama 30 minit suhu 170 dc atau sampai masak

kena kerap jengok kedalam oven anda supaya tidak hangus



SELAMAT MENCUBA.

Monday, September 10, 2012

ada jugak macam tu...

Syawal dah sampai ke penghujung nya

tapi kak zu masih lagi berpuasa

puasa ganti jer..

niat berkobar kobar nak buat sunat dan ganti

tapi itulah...

kak zu hanya merancang

namunAllah yang menentukan segala nya

open house sana sini...

kenduri pun ada juga kena jemput..

alhamdullilah semua tu rezki dari Nya juga

bercerita mengenai open house ni

ada juga perangai manusia

yang takmau jemput jiran jiran tetangga

hanya jemput kawan kawan tempat kerja saja

tapi yang tak sedapnya

kawan kawan yang datang tu

parking kereta merata depan rumah jiran

kan tak best tuh..

apa salah nya kalau bermanis muka..jemputlah

jiran tu bukan nya hadap sangat dengan makanan

tapi itulah adap hidup berjiran...

Sunday, September 9, 2012

selamat hari lahir Angah dan Dekna

Puteri Nurliana Amira lahir pada 7/9/2003 pada waktu malam hari Ahad.dekna dilahirkan dengan seberat 4.1 kg.



Megat Izzuddin (angah) lahir pada 9/9/99.ibu lahirkan angah pada hari khamis waktu malam seberat 5kg..haha amik ko ngah..memang separuh mati ibu berjuang nak keluarkan kamu yang sebesar itu...


SELAMAT HARI LAHIR anak anak ibu yang tersayang.Doa dan harapan ibu sentiasa yang baik baik dan manis manis sahaja utk kalian berdua.Membesarlah menjadi anak yang soleh dan juga solehah.satu sahaja pesanan ibu iaitu "dunia ini hanyalah pinjaman dan sementara sahaja.janganlah kamu berleka leka didalam nya,sampai masa nnati kita akan kembali ke negeri kita yang kekal dan abadi iaitu Neger Akhirat "ingat itu wahai anak anak ku yang tersayang...


Dekna dok tanya taknak buat jamuan utk dia ker dihari jadi nya nanti.mula mula memang ibu terasa malas sungguh nak adakan tapi bila terpandangkan muncung dekna yang lebih tinggi dari hidung tu cair jgk hati ibu nih..ibu pun dengan penuh kasih dan sayang adakan jugalah small birthday party utk dekna.


antara kawan kawan dekna dan anis yang hadir.

Friday, September 7, 2012

kakak...

Asyik cerita pasal angah jer kan ibu nih.okeylah kita cerita pasal kakak pulak hari ni.kakak sekarang sedang bertungkus lumus utk PMR.sampaikan kena tahan kat hostel tak boleh balik masa cuti hari kemerdekaan baru nih.sian anak ibu.

Masa peperiksaan pertengahan tahun yang lalu kakak hanya dapat 3A dan 5B.alhamdulillah.Masa nak amik report card tu ibu bapa kena datang mengadap cikgu.Hari Bertemu Waris ler tu.sama jer mana mana sekolah pun kan.di sebabkan pak megat kat laut terpaksalah kak zu pergi seorang.sama jgk seperti tahun lepas sorang2 jgk mengadap cikgu.yang syok nya cikgu kelas kakak cikgu yang sama jgk utk tahun ini

Kak zu tak tahu kenapa kalau bercerita pasal kakak air mata kak zu cepat meleleh.padahal nak tanya pasal pelajaran dia jer pun.apa subjek yang dia lemah subjek mana kekuatan dia.itu jer.

Kat depan cikgu tu air mata kak zu punyalah laju sampai habis bedak kak zu jadi comot.nasib cikgu tu mcm faham jer.kakak kat sebelah pun meleleh air mata jugak

"cikgu , saya memang letak harapan yang tinggi pada anak saya ni utk jadi pendorong kepada adik adik dia nanti" ~ air mata kak zu meleleh

"saya tak marah walau apa juga keputusan yang dia dapat asalkan dia dah berusaha dengan bersungguh sungguh" ~air mata meleleh lagi

Banyak lagi sebenarnya yang kak zu bualkan dengan cikgu tu tapi jadi lupa pulak bila nak ditulis kat blog nih.cikgu tu cikgu lelaki dan muda lagi.cikgu tu faham apa yang kak zu ingin sampaikan.cikgu tu jga faham situasi kakak kerana dia juga anak sulung dan menjadi harapan keluarga dia.itu yang cikgu tu ceritakan pada kak zu lah.

Rupa nya pak megat pun ada tulis surat kat kakak dan letak dalam buku rujukan masa nak hantar kakak balik hostel sebelum tu.bila kak zu tanya tulis apa utk kakak sampai kehari ni dia takmau bagi tahu.bila kak zu tanya kakak,dia pun sama jgk takmau bagitahu apa yang ayah dia tulis .sama jer dua beranak tu..

Kak zu pernah dengar pak megat tanya kakak mana letak surat yang dia bagi.kakak kata letak kat meja belajar kat hostel sebagai sumber inspirasi.

Bulan puasa baru ni kak zu banyak berdoa utk kakak dalam solat malam.kadang kadang sampai menangis nangis.kak zu bukan hanya minta kakak cemerlang dalam peperiksaan tetapi jga dalam kehidupan seharian.kak zu minta supaya kakak menjadi sebenar benarnya kakak kepada adik adik.jikalau ibu dan ayah mati dahulu hanya kakak lah orang yang layak utk menjaga adik adik.

Kak Zu sebagai ibu dah melakukan apa yang patut seorang ibu lakukan.Ayah juga dah lakukan apa yang perlu ayah lakukan. kakak juga dah berusaha seprti sepatut nya seorang pelajar lakukan.dan hasilnya dari gabungan ketiga tiga elemen diatas kakak telah memperolehi 6A 2B semasa peperiksaan percubaan yang lalu.Alhamdullilah.takper kakak masih ada masa sebulan lagi utk memperbaiki apa apa yang kurang.


"KAKAK BOLEH INSYAALLAH"



tension belajar sampai jerawat berkeping keping kat muka.takper lepas habis exam kita fokus cari cara nak menghilangkan jerawat tu pulak yer nak!



*sedang menaip entry ni kakak hntr mesej.mesej dia berbunyi "ya allah ampunkan dosa kedua ibubapa ku,Kau limpahkanlah rahmat keatas mereka ya allah,sesungguhnya meraka ibu bapa yang terbaik"

Wednesday, September 5, 2012

alahai anak....

Cuti merdeka baru ni
angah kan ada balik rumah
dengan kawan dia budak Shah Alam tu
jadi kawan dia ajaklah angah pergi jalan jalan
nak tengok bandar Taiping

Hari sabtu ibu hntr pergi Taiping Sentral
bebudak dua orang tu nak tengok wayang

ibu hulur lah duit kat angah sikit
cukup untuk beli tiket wayang dan makan mc d
mula mula angah takmau amik
siap cakap kawan dia nak belanja
sebb masa balik haritu
angah dah belikan tiket bas utk kawan dia

tapi ibu bagi jgk
buat spare kata ibu

"takperlah ibu..takperlah"...kata angah

"amik jer"..kata ibu

dalam senyum senyum masuk kan duit dalam poket

ibu jemput bebudak dua org tu dlm pukul 7 mlm camtu

malam tu lepas makan malam
sedang ibu berkesempatan berdua dgn angah kat dapur

ibu: "guna tak duit yang ibu bagi tadi"

angah: "ada lebih seringgit"

alahai angah...itu dalam dok "takperlah ibu..takperlah ibu"
seringgit jer lebih nyer..hehehe

Monday, September 3, 2012

cuti hari KEMERDEKAAN

Baru jer bercuti panjang utk aidilfitri baru baru ni,negara kita bercuti lagi sempena HARI KEMERDEKAAN negara kita MALAYSIA.megat izzuddin aka angah nak balik rumah lagi.tapi kali ni dia balik menaiki bas.dia balik dengan kawan dia budak Shah Alam.Angah kata wajib balik.Kesian kawan dia tu nak balik S Alam jauh ndak ndak pulak baru jer balik beraya baru ni.

Selalu nya kata Angah kawan dia tu akan balik kerumah makcik dia kat Penang jgk ler klu ada cuti pendek camni.Tapi kali ni makcik kawan dia tu takder kat rumah.takper lah angah bawak lah balik kawan kawan, ibu tak kisah pun.apa yang ada kita makan sama sama.setelah 3 hari kat rumah semalam (ahad) ibu dah hantar mereka balik ke MRSM Balik Pulau


Semalam jgk kak zu dan mak/pak mentua pergi berjumpa dengan Atok dan Pak Tam Mr Fred(pak megat ler tu) kat ADTEC Taiping.Mereka ada kursus haji perdana peringkat negeri perak.kira nya semua bakal jemaah haji dari negeri perak berkumpul kat situ.ramai nya orang dengan berkopiah putih dan berjubah terasa macam dah berada di tanah suci Mekah dah.Atok pak megat nmpak begitu sihat dan bersemangat sekali.berseri seri muka nak jadi tetamu Allah. 

Melihatkan suasana macam tu membuatkan Kak Zu pun tak sabar nak menjejakkan kaki kesana.kalau diikutkan tahun masa mendaftar kat Tabung Haji dulu tahun giliran Kak Zu dan pak megat ialah pada tahun 2048 huhuhu...jauh lah lagi.bongkok 3 dah masa tu.

Hari ni baru kak zu berkesempatan berpuasa ganti.seminggu pas raya baru ni ingat nak mulakan terus puasa ganti dan sambung puasa 6 terus tapi time tu jgk kak zu uzur.jadi rasa nya tak sempat dah nak buat puasa 6.takper lah yang penting puasa qado wajib di dahulukan sebab kita berhutang puasa dengan Allah,puasa 6 tu hanya sunat sahaja.

Oh ya nak cerita jgk..pak megat ada kat kuantan minggu nih.dia berkursus 5 hari kat sana.kak zu rasa sunyilah bila dia tak ada ni.lebih lebih lagi Syawal masih ada lagi ni.tak seronoklah pergi open house sorang sorang.jeles tgk org lain datang berkapel kapel ngan pasangan masing masing.anak anak kak zu bukan nyer nak ikut kalau kak zu kemana mana sekarang ni.kakak tak balik cuti ni sebab dia kena tumpukan pada PMR yg tak berapa lama lagi ni.

Friday, August 31, 2012

RAYA 2012

Alhamdullillah setelah sebulan kita berpuasa,maka kita berhari raya dengan gembira nya.Tahun ni giliran berhari raya pertama di kampung kak zu.Meriah sikit tahun ni sbb abang kak zu dapat pulang berhari raya bersama sama kami.Tahun ni juga pak megat dapat berhari raya di daratan lagi seperti tahun lepas.tahun hadapan tak tahu lagi.Kalau kat darat daratlah...kalau kat lautan lautan lah.sebagai isteri pekerja pelantar minyak kak zu dah lali dan selalu bersedia apa apa sahaja yang mendatang...insyaAllah

pak megat belajar bakar lemang dengan mak nab dibantu oleh abang kak zu.lemang semua masak elok sbb yang tukang jaga api teramatlah hensem nya mengalahkan artis kpop...hew hew hew..

kegembiraan bagi kanak kanak dan juga remaja lelaki ialah bermain bunga api.




kebiasaan nya....

luar biasa pada kak zu...hehe

menggedik dipagi raya...

sesi tayang duit raya

sampai juling2 mata kira duit raya

pagi raya layan kartun apa barang...

layan kartun lagi...

tu jer citer raya kak zu..gambar keliling kampung berhari raya xder.malas nak usung kamera.gambar kat rumah mak pak mentua kak zu juga tak ada,sibuk memasak smpai lupa ...