kawan kawan Kak Zu

Thursday, November 29, 2012

musim buah di kampung

Assalamualaikum...

Kak Zu dah sampai kerumah dari kampung pukul 5 petang tadi.6 hari jugak ler kak zu anak beranak bersama opah kat kampung.Sempat bawak opah ke klinik sekali sebab opah sakit kaki.Abang Megat masih lagi kat laut jadi hanya kami sajalah yang balik kampung.

Kat kampung kak zu sekarang ni musim buah durian ,manggis dan juga rambutan.memang puas ler anak anak kak zu dapat makan buah buahan.

Kak zu tunjuk gambar dah ler yer.mood nak mengarang ayat panjang2 ni ke laut sikit.


pokok durian kepunyaan atok sedara.tepi rumah emak kak zu,sedap isi dia.selalu bila buah jatuh tuan pokok ni suruh kami ambik jer,dia sedekah...alhamdulillah

salah satu pokok rambutan emak kak zu.pokok ni kat depan rumah.belakang rumah ada dua pokok lagi.

pokok manggis juga di halaman rumah.gambar lama masa abang megat balik kampung hari tu.balik dari masjid terus capai galah jolok buah manggis.walaupun hanya dua pokok sahaja tapi buah dia lebat sangat.

hitam hitam si tampuk manggis,walaupun hitam isi nya manis.

durian pemberian saudara mara dan juga jiran jiran emak kak zu.sejak arwah bapak kak zu meninggal dunia dusun durian arwah terbiar camtu jer.dusun arwah tu tinggi berbukit jadi anak anak tak berminat nak menjaga.lagipun adik beradik lelaki kak zu sibuk dengan kerja masing masing.tetapi kami tak pernah 'putus'buah bila tiba musim durian sebab ramai orang2 kampung yang sangat bermurah hati memberi..terima kasih

kuning isi durian ni..memang sedap.

model durian..puteri anis humaira



okeylah.sekian sahaja cerita dari kampung kak zu.



11 comments:

  1. Welcome back Ka Zu..:)
    Rindu tau nk baca en3 kakak..
    Banyak nya buah..berliur tgk nya....
    puas lah ye makan buah...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. atie..kalau dekat mau ajak dtg kg kak zu makan buah..

      terima kasih sudi tunggu n3 terbaru kak zu yer

      Delete
  2. wahhhhh sedapnyer kak ... dah tak ada kampung tak dapat nak merasa lagi ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 kat bandar atau pekan lagi senang nak dpt buah buahan seperti durian..kalau yg tempatan takder musim yang siam punya ada..betul tak

      Delete
  3. jangan makan lebih2 ye.... terutamanya durian...ada orang sini meninggal sebab makan durian banyak sgt.. kesian arwah.... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik f..kak zu makan skit sikit jer..heheh percaya tak?

      Delete
  4. Enak itu durennya .. aku pengen :) eh follow blogku ya amelindha.blogspot.com

    ReplyDelete