kawan kawan Kak Zu

Thursday, November 1, 2012

kenangan mengusik jiwa 14



Buang...

situasi (1)

Kakak anak sulung kak zu
tolong opah (emak kak zu) menyediakan air laici
susah sangat nak bukak tin air laici tu
rumah opah pembuka tin macam rosak jer
bila pusing pemulas dengan tin sekali terpusing sama

opah suruh kakak buang dulu  sirap laici tu
kakak tanpa membantah terus tuang sirap laici dalam sink
apa lagi terjerit jerit lah opah

opah-"kenapa di buang nya air tu"

kakak- "tadi opah suruh buang"

opah- "opah suruh buang dalam jug"

he he he

situasi (2)

Hari sangat panas ,opah dan dekna sedang berbual bual
opah  kesian tengok cucu nya berpeluh peluh

opah-"kesian dekna berpeluh peluh,buang dulu baju tu"

dekna-"sayang lah baju ni kenapa nak buang"

lagi sekali hehehe

Inilah padah nya kalau mak pak tak cuba memperkenalkan loghat daerah kat anak anak.Terus terang kak zu tak pernah gunakan loghat Patani yang selalu kak zu gunakan kat kampung kepada anak anak.Kak zu gunakan bahasa melayu yang biasa digunakan mereka.

Jadi bila emak kak zu cakap slang Patani dengan anak anak kak zu mereka tercengang cengang tanda tak faham.Maka akan terjadilah lain yang disuruh lain pulak yang dibuat.Sekarang bila anak anak dah mula besar mereka akan cuba ikut slang yang selalu opah diorang gunakan pastu ketawakan opah beramai ramai...

Buang dalam kes kakak ialah keluarkan dahulu sirap laici kedalam jug manakala buang dalam kes dekna pula ialah bukak baju yang sedang dipakai tu...

Teringat pulak kenangan  berbual dalam slang Patani dengan kawan kawan sekolah dulu.Loghat Patani kalau kat kampung kak zu akan kedengaran seperti cakap Kelantan + Trangganu sikit sikit

4 comments:

  1. Hehe..kelakar pulak anak2 akak tu..Nasib baik saya dah terbiasa guna bahasa ibunda ..kalau tak,berapa banyak yang dah terBUANG..>_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang anak2 kak zu dah pandai cakap loghat Patani tau...takder yang terBUANG..hehe

      Delete
  2. he he baca cerita kak zu samalah kita he he ktorg pun loghat petani kalu mak saya memang pekat sgt, nk kata kelantan pun ada. Bila ckp ngan asben memang dia angguk je walaupun tak faham , cucu2 pula memang akan gelakkan opah bila opah ckp yg pelik2 he he
    kak zu ni org mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak zu dok tepeng..kampung kat batu kurau...

      Delete