kawan kawan Kak Zu

Wednesday, November 7, 2012

HARI ANUGERAH



Pertama kali kak zu nak ucapkan tahniah pada anak anak kak zu terutama sekali Anis kerana kecemerlangan dalam peperiksaan akhir tahun baru ni.Nama Anis telah tersenarai untuk 5 anugerah iaitu

- Anugerah pencapaian terbaik kelas (no 1)

- Anugerah mata pelajaran terbaik
   -Bahasa Inggeris (100 markah)
   -BM Pemahaman (100 markah )
   -BM Penulisan (100 markah)

- Anugerah Kecemerlangan akedemik (terbaik keseluruhan darjah 1.kak zu paling suka anugerah yang ini)

Dekna juga dapat anugerah mata pelajaran terbaik untuk BM penulisan (99 markah)

Sebagai ibu tiada apa yang mengembirakan hati selain daripada anak anak membawa pulang keputusan peperiksaan yang cemerlang sob sob sob *sambil lap air mata* (over mak ko).Ibu masukkan dalam blog bukan untuk bermegah megah sebalik nya sebagai perangsang untuk anak anak terus berusaha lebih baik lagi dan sebagai cabaran utk mengekalkan prestasi di tahun hadapan (ibu tau anak anak ibu baca blog ini)


dah habis cerita mari kita tengok gambar pulak...


Dekna ambik bahagian dalam persembahan pembukaan.Dekna yang pakai selendang merah kat pinggang tuh..

Anis 



Dekna tak sempat tukar baju

ibu pun nak menyelit jugekkk...

anis dan hadiah nyer

tak sempat sempat dah nak bukak hadiah..rumah kak zu berselerak.tak sempat nak kemas hari tu sbb pagi2 dah kena bwk budak2 ni pergi dewan (alasan basi)


hasil nya








6 comments:

  1. Alhamdulillah, tahniah ;) Hana follow ;)

    ReplyDelete
  2. tahniah puteri2 kak zu membawa pulang kejayaan yg pasti dibanggakan oleh seorg ibu..inilah hadiah paling bermakna buat kita kan yg bergelar ibu ni
    sek ank ke2 akak hari sabtu lepas buat majlis anugerah ni,suker kan tgk ank2 buat persembahan he he comel belaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg bermakna sangat

      kecik2 tergedik gedik atas pentas mmg comel,klu dah besar mau meluat ye tak hehe

      Delete
  3. tahniaj kak zu...pandai2 belaka anak kak zu...apa rahsia akak didik anak anak jd bijak mcm nih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takder rahsia dik..cuma bagi galakan dan beli buku latihan banyak2..hehe

      Delete